BAB 19

10.2K 194 17
                                    

"Weh seriouslah tu Ammar?" Soalku tidak percaya. Lin menganggukkan kepalanya.

"Jom tengok dia. Apehal doh macam tu." Aku sudah bangun daripada kerusi. Namun Lin pantas menarik tangan aku agar duduk semula di kerusi.

"Biar jelah dia."

"Weh mana boleh biar member kita tu." Aku tetap bangun daripada kerusi dan berjalan menuju ke arah Ammar. Lin terpaksa mengekori aku daripada belakang.

"Ammar?" Aku menyapa Ammar. Ammar menoleh ke arah aku dengan riak terkejut. Dia pantas mengalihkan pandangan nya. Aku duduk di hadapan nya diikuti dengan Lin.

"Woi apehal Iz sampai macam ni sekali?" Soal Lin. Ammar kelihatan serba salah untuk bercakap.

"Kena denda doh wei." Kata Ammar perlahan. Lin sudah gelak terbahak-bahak. Aku juga ingin ketawa tetapi aku tahan sahaja kerana melihat muka Ammar yang sudah monyok. Aku menyiku lengan Lin menyuruh dia supaya berhenti ketawa. Lin pantas menekup mulutnya.

"Awak buat apa Ammar sampai kena denda ni?" Aku bertanya lembut. Ammar mengangkat pandangan nya.

"Saya ingatkan kelas start esuk.. saya tidur jelah sampai pukul 8. Tengah sedap tidur tup tup dapat whatsapp dari member, dia tanya saya tak pergi kelas ke? Saya buka balik jadual tengok pagi ni ada class Pn.Rosmah. Memang masak lah.. dia suruh budak-budak tu conteng muka saya dan halau saya keluar." Ammar melepaskan keluhan berat.

Kasihan pula melihat keadaan dia sekarang. "Ammar, awak cuci lah muka dulu. Kebetulan ada pencuci muka dalam beg saya sebab tadi tak sempat nak keluarkan. Nah." Aku menghulurkan pencuci muka itu kepada Ammar. Dia lantas mengambilnya dan menuju ke sinki.

"Tak baik tau Lin, kau gelakkan dia." Ketika itu Lin sedang asyik bermain handfone di tangan.

"Ala salah dia juga kan? Careless." Jawab Lin bersahaja.

"Eh Lin, kau dah kawan lama ke dengan Ammar?"

"Lama juga lah.. dah 6 bulan."

"Ish main-main lah Lin." Aku membentak kerana geram dipermainkan sebegitu.

"Lah apa benda main-main nya? Betul lah aku cakap.. aku kenal dengan Iz tu masa mula-mula masuk NU. Iz tu kawan dengan Acap dari sekolah menengah tu yang senang kamcing." Aku mengangguk faham.

"Eh dah lah, aku nak pergi jumpa Acap jap. Kau tahu kan jalan nak balik bilik?" Lin mengangkat punggung nya daripada kerusi.

"Tahu lah ingat aku budak kecil ke." Aku merengus.

"Jangan salah bilik pula hahahahha" Lin mencuit pipi aku dan berlalu pergi daripada situ.

"Cehh tak guna punya budak."

"Siapa tak guna? Saya ke?" Ammar sudah duduk di hadapan aku ketika ini. Mukanya bersih tidak berconteng lagi seperti tadi.

 Mukanya bersih tidak berconteng lagi seperti tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now