BAB 30

10.6K 200 14
                                    

Tukk! Tukk!

Tukk! Tukk!

Aku membuka mata apabila terdengar pintu bilik diketuk berkali-kali. Handfone di bawah bantal aku ambil. Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Baru sahaja aku ingin melompat turun daripada katil, Kyla terlebih dahulu bangun membuka pintu.

Jack sedang berdiri di hadapan pintu. Dia tersenyum apabila terlihat Kyla berada di hadapan nya.

"Baru bangun?" Soal Jack. Kyla hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Matanya di kesat-kesat.

"Busuk nya dia.. mandi cepat. Dah pukul berapa ni.. nak breakfast tak?" Soalnya lagi. Kyla masih lagi mengangguk. Jack memegang tepi kepala Kyla dan mendongakkan muka Kyla keatas. Jack melihat aku sekilas sebelum mencium dahi Kyla. Setelah itu dia melepaskan muka Kyla dan menggosok kepala Kyla sebelum berlalu pergi.

"Lia.. diorang suruh siap sebab nak pergi breakfast." Kata Kyla dengan suaranya yang serak basah. Aku hanya tersenyum tipis dan melangkah turun daripada katil.

Sebaik saja aku memasuki bilik air, aku terus membuka air pancuran. Air panas yang keluar daripada air pancuran itu menimbulkan rasa nyaman. Aku menggosok sabun di setiap pelusuk badan. Habis sahaja menyabun badan, aku beralih ke sinki untuk memberus gigi. Aku melalukan tangan di bawah pancuran air paip.

"Damn! Sejuk like hell!" Aku menjerit kesejukan. Eh kejap, tapi hell bukan panas ke?

Aku menutup pili air tersebut dan beralih semula ke bawah pancuran air panas. Aku menggosok gigi di situ sehinggalah semuanya selesai.

---------------------------------------

Kami menikmati sarapan di kawasan yang berdekatan dengan ladang strawberi. Keindahan ladang yang menghijau benar-benar memukau mata yang memandang. Setiap udara yang disedut sangat menyamankan. Setiap kata-kata yang keluar disertakan sekali dengan kepulan asap. Berada di Malaysia tetapi rasa seperti di luar negara.

Aku melihat Ammar yang sedang enak menjamu selera. Dia, dengan prinsipnya sendiri -tidak bercakap ketika makan. Sedangkan rakan yang lain sedang rancak berbual, bergurau senda, selfie dan bermacam lagi.

"Ammar." Aku sengaja memanggil namanya. Ammar mengangkat pandangannya ke atas. Aku yang berada di hadapan nya di pandang dengan soalan. Keningnya di angkat ke atas.
Aku juga memandangnya dengan senyuman tanpa bicara. Ah! saja ingin menyakat dia.

"Ammar.." Aku memanggilnya lagi dengan suara seakan berbisik ketika dia sedang menyedut air. Tanpa melepaskan sedutannya pada straw itu, dia membuat bunyi 'hmm'. Aku sengaja mengenyitkan sebelah mata. Straw pada mulutnya terus terlepas dan tersedak-sedak dia disitu. Suasana yang bingit sebentar tadi serta merta sunyi. Semua mata terarah kepada Ammar yang sedang tersedak itu.

"Am okay tak?" Soal Aliff di sebelahnya. Belakang Ammar di gosok perlahan tanda prihatin. Aku menahan tawa daripada terhambur. Kuat juga penangan kenyitan mata ni. Nak nazak dibuatnya jika terkena.

"Ahh okayy.." Kata Ammar dengan suaranya yang tersekat-sekat. Ammar berdehem beberapa kali sebelum memandang aku tajam. Aku tersengih lalu mengeluarkan hujung lidah sedikit. Kalau kami berdua sahaja disitu, sudah pasti aku akan mengeluarkan lidahku mengejeknya.

"Kau kenapa tiba-tiba tersedak?" Soal Jack hairan. Beberapa orang disitu sudah mula memyambung perbualan yang tergendala.

"Entah. Ada orang dengki kot." Jawabnya selamba. Aku menyepak kecil kakinya di bawah meja. Ammar terus mengeraskan badannya. Mukanya berkerut. Giginya diketap menahan suara daripada keluar.

"Orang dengki sampai macam tu sekali?" Jack menyoal lagi.

"Itulah.. orang dengki ni kadang tak kira tempat. Mana-mana pun boleh.. kadang sengaja disepak nya kita." Jawab Ammar lagi. Jack yang mendengar terus berkerut tidak memahami maksud tersirat Ammar. Tapi aku faham! Setepek dia perli aku. Tak guna betul.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now