BAB 4

17.1K 314 8
                                    

So today is my first day belajar di dalam dewan yang besar bersama-sama pelajar yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum berasal daripada seluruh negeri di Malaysia.

Hari ini aku seorang diri ekoran daripada Lin yang tidak mengambil sama kos dengan aku. Lin mengambil bidang akauntan manakala aku pula mengambil bidang pastry. Aku mengambil tempat di bahagian hadapan. Tidak betah rasanya hendak berjalan jauh-jauh ke belakang. Mujur ada lagi beberapa ruang kosong di hadapan.

Beg sandang aku letakkan di atas peha. Buku nota dan sebatang pen aku keluarkan. Sementara menunggu pensyarah datang, aku melayari internet. Habis semua aplikasi aku buka dan tutup.

Ya, beginilah aku. Aku lebih suka berdiam diri apabila berada di tempat asing. Cuma sesekali sahaja aku akan tersenyum apabila bertentang mata secara tidak sengaja dengan pelajar lain.

Terdengar pintu dewan dibuka daripada luar. Aku mengangkat kepalaku memandang ke hadapan. Setelah itu aku melihat handfone ku semula apabila mendapati yang masuk itu mungkin salah seorang pelajar di dalam dewan ini juga.

"Ehem." Lelaki yang baru sahaja masuk itu berdehem sedikit di mikrofon untuk menarik perhatian semua pelajar di dalam dewan. Kini semua mata sudah tertumpu kepada dia. Keadaan di dalam dewan juga menjadi sunyi secara tiba-tiba. Yang kedengaran hanya bunyi air-cond yang terpasang.

"Hello guys. How are you?" Soal pemuda tersebut. Hampir semua pelajar yang berada di dalam dewan itu menjawab soalan nya. Aku mengerutkan sedikit dahiku kerana tidak faham apa yang dia sedang cuba lakukan?

" My name is Encik  Aminuddin Bin Amiruddin. Please do not confuse my name with my father's name. Nama kami memang nampak sama tapi tak serupa. Setakat ni dah lebih daripada 1000 orang pelajar tersalah panggil nama saya dan orang  terakhir yang salah panggil nama saya tu saya denda dia basuh tandas universiti yang sebesar alam ni. Selepas itu dia taubat tak sebut nama saya dah. Dia panggil sir saja."Keadaan di dalam dewan itu gamit dengan gelak ketawa pelajar.

"So I'm here as your lecturers." Sambungnya lagi membuatkan separuh daripada pelajar di dalam dewan itu terlopong termasuk aku. Lecturer? Bukan lecturer selalunya pakai pakaian yang kasual ke? Ini tidak, one set baju Adidas dari atas sampai bawah. Muka pun tak macam lecturer!

"I'm sorry asking you this question sir but why your dress up isn't look like lecturer?" Soal salah seorang pelajar lelaki di dalam dewan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I'm sorry asking you this question sir but why your dress up isn't look like lecturer?" Soal salah seorang pelajar lelaki di dalam dewan itu. En. Aminuddin hanya tergelak kecil sebelum menjawab.

" It's okay. Setiap kali pelajar baru masuk ke sini mereka akan ajukan soalan begini dan saya tertunggu-tunggu juga ada ke tidak pelajar yang berani bertanya." En. Aminuddin diam sejenak mencuri masa memerhati pelajar di dalam dewan itu. Sesekali matanya bertembung dengan mata aku dan aku akan mengalihkan nya secepat yang mungkin.

"Saya pakai macam ni sebab saya rasa selesa. Saya memang jarang pakai kemeja dengan seluar slack beserta kod hitam nor red code. Just Kidding." En.Aminuddin tersengih menayangkan sebaris giginya membuatkan pelajar perempuan di barisan belakang menjerit kecil bersama tawa yang dibuat-buat agar kedengaran manja *tapi bila gelak dengan member tak ingat dunia macam kena sampuk setan kahkah*

"Kalau awak nak tengok saya pakai kemeja dan seangkatan dengan nya, tunggu lah pihak universiti buat apa-apa majlis. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh lihat saya berpakaian begitu." Sambung En.Aminuddin lagi lalu mengenyitkan sebelah matanya.

Bertambah galak perempuan di barisan belakang menjerit. Pelajar lelaki pula sebahagian nya sudah muntah hijo. Ada juga yang bersiul nakal. Dasar gay!

"Okay saya rasa sampai di sini sahaja sesi perkenalan kita. Cukup lah awak semua kenal saya seorang. Saya tak nak kenal dengan awak semua. Ramai sangat and I think I should do something to you guys. Maybe divide into two groups? Anyway, jumpa esuk petang ya? Kita berkenalan dengan peralatan dapur pula. See ya." En.Aminuddin terus meletakkan mikrofon itu di atas meja dan melangkah keluar dengan sebelah tangan dimasuk kan ke dalam poket seluar.

Cool and Style. Ada lecturer macam ni memang tak jemu nak belajar. Betul tak? Heheheh lepastu bayangkan saja muka dia as fav sir/lecturer korang.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now