BAB 35 : Lari

1.5K 75 1
                                    

Pagi itu,hatiku berasa senang sekali.Aku teringat peristiwa semalam.Setelah selesai makan malam,Qasyaf kembali mendiamkan diri.Cepat saja dia meminta diri untuk pulang.Dia langsung tak memandangku.

Aku tak peduli.Biarlah Qasyaf Daniel tetap begitu kerana itu membuatkan aku berasa selesa dengannya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 pagi.Ibu pasti berleter kerana aku bangun lewat.Semalam dah terlalu lewat untukku pulang jadi aku bermalam di rumah ibu saja.

"Anak dara oii! Janganlah diamalkan tidur lepas subuh.Rezeki tak masuk,mak mertua tak berkenan." Leter ibu.

Aku melangkah masuk ke dapur untuk minum air.Ibu menepuk bahuku kerana aku tak menghiraukan bebelannya.

"Aduh,ibu.Nia dah besar panjang macam ni pun kena pukul lagi? Baru semalam birthday Nia."
"Takde kena-mengena birthday Nia semalam dengan bangun lewat," sela ibu.

Aku melihat ibu menyusun pinggan yang sudah dibasuh.

"Penat mengemas,bu."

Ibu menjeling membuatkan aku ketawa geli hati.

"Kalau nak kira penat,tak berasaplah dapur rumah ni." Mendatar suara ibu.

Milo yang masih berasap aku hirup perlahan.Otakku ligat berfikir,rasa macam ada sesuatu yang aku terlupa.

Aku bergerak ke ruang tamu mencari beg tanganku.Telefon bimbit aku keluarkan.Hampir luruh jantungku melihat nama yang tertera di skrin.

9 missed call dan 5 mesej daripada Izwan.Rasa bersalah menikam diri.Ligat aku mendail nombornya.Namun hampa.Aku cuba sekali lagi tapi hasilnya masih sama.

Tolonglah jawab telefon Wan.Awak kat mana?

Aku membuka mesejnya yang terakhir.

No rush.Saya kat carpark rumah awak.Take care.

Dalam kegembiraanku semalam,aku terus terlupa dengan janjiku pada Izwan.Sepatutnya aku berkeras dengan Qasyaf untuk menghubungi Izwan.Aku mendail nombor Izwan sekian kalinya.

"Uh...helo?" Suara garaunya menyapa tanpa sebarang emosi.
"Wan,saya minta maaf pasal semalam.Saya tak tengok phone langsung dan lupa nak reply mesej awak.Ya Allah,memang salah saya."

Di hujung talian kedengaran Izwan mendengus memarahi sesuatu.

"Uh."
"Errr...Awak tengah buat apa?"
"Car-park.Awak." Dia memberikan jawapan.
"Masih kat situ? Khairil Izwan!" jeritku.

"Apa tu hah?" Ibu menjengah ke ruang tamu.

Kalut aku menyimpan semula handphoneku dan menyalami ibu.

"Pinjam kereta.Urgent!"
"Nia." Panggilan ibu tak aku pedulikan.

Aku ingin sampai ke rumah secepat mungkin.Dia menungguku semalaman.Kegilaan apakah itu?!

Bertenang Nia.Izwan bukannya budak kecil lagi.Dia takkan apa-apa dengan hanya menunggu semalaman.

Dalam kekalutan aku memarkirkan kereta.Meliar mataku mencari keretanya.

"Nia." Suara yang cukup aku kenali menyapa.

Pantasku menoleh.Hampir pengsan aku melihat keadaannya.Raut wajahnya kepenatan dan rambut yang tak terurus.

"Syukurlah awak ok.Saya risau bila awak tak jawab call saya." Dia bersuara sambil menghulurkan jambangan bunga kesukaanku yang hampir layu.

Aku teragak-agak hendak mencapai hulurannya.Izwan menungguku kerana risaukan aku.Dia tak tahu ke aku ada kat mana semalam?

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now