BAB 32 : Bowling

1.6K 66 0
                                    

"Emma,kau tak rasa aku nampak pelik ke?"

Emma menarik nafas panjang lalu berpaling menghadapku.Aku memandangnya dengan wajah tak bersalah sambil mengedipkan mataku.Meminta simpatinya agar tak memarahiku kerana bertanya soalan yang sama berulang kali.

"Dania Irish,kalau kau cuba untuk buat aku gila,kau hampir berjaya.Untuk sejuta kalinya,kau tak nampak pelik.In fact,kau nampak sangat cantik.Puas hati?"

Aku meneliti wajahnya mencari kebenaran kata-katanya itu.

Semua ini hanya kerana aku mahu menutup mataku yang bengkak.Emma dengan murah hatinya menawarkan diri untuk membantu.

"Baby,apa pula kali ni?" soal Azli yang berada di hadapan kami dengan muka yang bosan.

Emma tersenyum dan menyuruh Azli untuk bersabar.Sebenarnya rasa tak senang hati aku bukan saja kerana mekap ini tetapi juga kerana kehadiran Azli.

Dahlah aku ke sini kerana terpaksa,kena pula menumpang kereta Azli dan menonton babak-babak yang meloyakan.

Sekali-sekala soalan diajukan Azli kepadaku.Aku cuba untuk menjawabnya sesopan mungkin.Sungguh aku tak boleh untuk menyukai Azli seperti mana Emma.

"Apa lagi yang Cik Nia kita tak puas hati?" soalnya sinis.
"Boleh tak you bagitahu bestfriend I ni yang dia nampak sangat cantik?" Emma memaut lengan Azli manja dengan senyuman lebar.

Belum pernah aku melihat Emma sebahagia itu.Walaupun Azli bukan orang yang aku suka untuk bersama Emma tapi nampaknya cuma lelaki itu yang mampu membuat Emma bahagia.Nampaknya aku patut lebih bersabar dan cuba berbaik dengan Azli.

Azli merenungku untuk menilai penampilan aku.Kemudian dia mengalihkan tumpuannya kepada Emma di sisi.

"You lagi cantik kut," ujarnya membuatkan wajah Emma bertukar merah.
"Itu barulah statement yang jujur." Aku menyampuk.

Kami bertiga melangkah ke destinasi yang dituju.Aku pasti Qasha dan yang lain sudah menunggu.Aku sangat berharap Izwan akan datang.Banyak benda yang nak aku tanyakan kepadanya.

Selepas dia pergi,aku tak dapat panggilan seperti yang dijanjikan tapi hanya satu mesej bertanyakan rancangan malam ini.Kemudian dia terus mendiamkan diri membuatkanku berasa risau.

Kehangatan tubuh yang terasa begitu dekat denganku membuatkan aku pantas menoleh.Azli tersenyum.Senyuman yang dia kira mampu mencairkan wanita yang melihat.Tapi dia salah orang.Aku langsung tak terpikat,meluat lagi adalah.

Selamba dia merapatkan lagi jarak di antara kami.Beraninya dia padahal Emma ada berhampiran.

"May I say that you look stunning with all those make on? But I prefer the plain Nia," bisik Azli.

Aku menekup mulut menahan diri daripada menjerit geram.Emma memandang kami pelik.

"Apa pula kali ni?" Dia langsung tak mengesyaki apa-apa.

Aku menggeleng.Mataku merenung tajam wajah bodoh Azli.Ingin saja aku mencakar mukanya kerana dia tersangatlah biadab.

Emma kembali melangkah sambil menarik Azli.Aku bertambah geram bila Azli mengenyitkan matanya kepadaku.

Aku tak sukakan Azli! Tapi memandangkan hanya dia yang mampu buat Emma bahagia,aku terpaksa terima.Aku sangat berharap Emma akan menyedari perangai Azli yang sebenar.

Setibanya kami di Bowling Alley,kelihatan Qasha melambaiku dari jauh.Senyuman menghiasi bibirnya.

Sebaik saja aku menghampiri Qasha,dia memelukku erat.Hanya Qasha yang ada di situ.Mana yang lain?

Be Mine (adaptasi novel)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt