BAB 7 : Hantu Raya

2.5K 109 2
                                    

Seawal jam 10 pagi lagi aku sudah sedia menunggu di lapangan terbang.Hatiku menyanyi riang menunggu ketibaan Emma yang sangat aku rindui.

Hampir 3 bulan kami tak berjumpa.Emma merupakan kawan aku di universiti dulu.Dia adalah rakan karib yang amat aku percayai.

Itupun dia!

Daripada jauh kelihatan seorang gadis bertubuh tinggi lampai berjalan laju ke arahku.Dia melambai-lambaikan tangannya.

"Olla girl!" Aku tersenyum.
"Olla!" jeritnya lalu memelukku.
"Emma,aku rindu kau sangat.Ke mana kau menghilang hah?"

Emma ketawa.

"Kata orang,kita kena menghilang diri dulu untuk buat orang lebih sayangkan kita," balasnya.

"Yeah right.Let's check you into a hotel then kita pergi makan.Aku nak dengar semua cerita kau."

"Tapi kita mulakan dengan kau dulu.Apa masalah kau dah buat kali ni,Dania Irish?"

Aku menarik tangannya agar berjalan seiring denganku.Ketika ini,memang aku amat memerlukan pendapat Emma.

***

"What?" Suara Emma yang agak tinggi itu mengejutkan aku.

"Aku tengah drive ni.By the way,tak payahlah overreact sangat." Aku menggeleng.

Emma menampar aku agak kuat.

"Emma,sakitlah!" jeritku.
"Kau memang patut ditampar.Perkahwinan buat main-main je kan?"

"Mana ada,Semua ni salah keluarga kitorang.Kalau tak terus memaksa mesti benda ni takkan terjadi.Macam aku cakap tadi aku akan kembali single lepas 3 bulan nanti.Yay for that!"

"Kau memang sangat childish kan? Patutlah dulu takde lelaki yang boleh tahan dengan kau kecuali..." Kata-kata Emma terhenti.

Aku tahu apa yang bakal Emma katakan.Dia takut akan membuatkan aku sedih.

"Wan?" Aku menyambung.

Lambat-lambat Emma mengangguk.Kami berdua senyap seketika.

"He's a great guy.Clearly both of you deserve one another but He has other plan for us."

Aku diam.Cuba untuk mengawal perasaan yang cukup sensitif apabila menyentuh tentang lelaki itu.

"Dulu aku suka tengok kau happy.Tapi kehilangan dia tak bermakna kau pun kehilangan hak untuk bahagia.Kau kena berhenti salahkan diri sendiri and start moving forward my friend."

Aku ketawa sinis.Itulah ayat yang dah hampir berjuta kali aku dengar.Stop blaming myself.

"Easier said than done.Kau patut tahu yang aku pilih untuk bersendirian bukan sebab aku masih salahkan diri sendiri..." Renungan Emma buat aku berfikir semula.

"Ok.Mungkin tu salah satu sebabnya juga.Tapi faktor primanya ialah,I Dania Irish is still in love with my dead fiance,comprende?"

"Estas loco!" gumam Emma.

Khairil Izwan ialah manusia paling indah yang pernah aku jumpa.Perangainya dengan Qasyaf jauh beza.Bicara Izwan lemah lembut dan buah fikirannya bernas menunjukkan kematangan.Bagi aku Izwan tiada gantinya.

"Nia,kau tahu aku selalu sokong kau.Aku cuma nak kau bahagia macam orang lain sebab kau berhak.Mana tahu kau akan jumpa kebahagiaan baru lepas perkahwinan tu?" Emma menjongketkan keningnya.

"Apa maksudnya tu,Emma?"

"Lepas kau dah solo balik,kau boleh ikut aku travel around the world.Bestnya sebab I really miss your company." Dia mengeliat sambil memejamkan mata.

Aku menjeling ke arah Emma yang nampaknya sudah tertidur.

"It's you that need love,not me." Aku berkata perlahan.

***

Sepasang kasut di hadapan pintu membuktikan bahawa lelaki itu berada di rumah.Sekarang dia kerap balik ke rumah.Mengecewakan!

Aku sangat tak selesa bila dia ada di rumah.Sungguh aku rasa tak bebas.Aku langsung tak boleh menyentuh televisyen kerana manusia itu sangat berkira denganku.Jadi aku terpaksa terperuk dalam bilik.

"Yay,Cik Nia dah balik!"

Aku memandang Qasyaf.Dia sedang mengejek aku kerana aku pernah menyuruhnya berbuat baik padaku.

"Haha.You don't have to sound so...fake." Aku membalas.

Qasyaf mengangkat bahunya.Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah laptop di hadapannya.

Tadi aku ada singgah ke rumahku bersama Emma.Ibu tak henti-henti menghadiahkan aku jelingan tajamnya.Pasti mama sudah memberitahu ibu tentang perbincangan kami.

Qasyaf awal-awal sudah memberitahu yang dia takkan masuk campur urusan antara aku dan ibu.Aku kena terangkan sendiri pada ibu dan ayah!

Tapi aku tak kisah kerana kehadiran Qasyaf langsung tak membantu malah akan membuatkan keadaan bertambah kacau.

"Staring is rude,you know? Apatah lagi kalau mengutuk aku." Qasyaf berkata tanpa memandang ke arah aku.

"Eh?" Aku terkejut lalu menekup mulutku.

Ini sangat menakutkan.Macam mana dia tahu yang aku tengah kutuk dia?

"You're still staring."

Aku lantas mengalihkan pandangan lalu berjalan ke bilik dengan penuh tanda tanya.Ibu,Nia rasa menantu ibu ni ada bela hantu rayalah.

"In case you're wondering...Tak,aku tak bela hantu raya."

Mendengarkan kata-katanya,aku menjerit pantas berlari masuk ke dalam bilik.Aku terus mengunci pintu bilikku.

Di ruang tamu,buat pertama kalinya aku dengar Qasyaf ketawa.Nampaknya lelaki itu dah gila!

Sesuka hati kau je ea Nia cakap suami kau tu gila😂😂

Thanks for your votes!

Be Mine (adaptasi novel)Onde histórias criam vida. Descubra agora