BAB 31 : Pelawat

1.6K 73 2
                                    

Aku berpaling ke kanan dan memejamkan mata serapat mungkin.Tapi sayangnya,aku masih tak boleh nak lena.Sekali lagi aku berpaling menghadap siling dan kipas.

Satu keluhan keluar dari mulutku.Aku masih cuba untuk memejamkan mata dan mengosongkan fikiran.Comforter aku tarik sehingga menutupi seluruh badanku.

You might be his first love after all.

Sekali lagi ayat Kak Nisa menampar gegendang telingaku.Spontan tanganku memegang kedua belah pipi yang tiba-tiba terasa panas.

Bunyi 'beep' menghiasi ruang bilikku menandakan hari semakin menginjak pagi.Sudah hampir 3 jam mataku tak boleh lelap.

Pejamlah wahai mata.Kasihanilah aku.

Perlu ke aku menghubungi Izwan? Kalau dia masih menyuruh orang mengekori gerak-geriku pasti dia akan tahu tentang Yasmin.

Jangan peningkan kepala,Nia.Bukankah kau yang mahu privasi kau tak diganggu? Tapi dia mengongkong dan cemburu kerana dia sayangkan kau.

Tanpaku sedar,akhirnya aku terlelap.

***

Penggera berbunyi nyaring mengejutkanku daripada tidur.Aku mendengus dan memaksa diri untuk membuka mata.

Argh! Dah pukul 6.30 pagi.Bermakna hanya setengah jam aku tidur tadi!

Dengan malas aku perlahan-lahan bangun mencapai tuala dan berjalan ke bilik air.Selesai menunaikan solat,aku keluar ke ruang tamu.

Kelihatan Emma sedang membaca surat khabar.Aroma nasi lemak dan teh menusuk ke hidung membuatkan perutku berkeroncong.

"Selamat pagi,Cik Emma.Awal kau harini?" tegurku sambil duduk di hadapannya.
"Good mor...Oh my! Apa dah jadi dengan kau? Kau nampak sangat teruk.Rambut kusut tak terurus,mata macam panda.Mimpi yang mengerikan?" soal Emma.

Dia menelitiku lagak seorang polis.

"Mimpi mengerikan apa kalau nak tidur pun tak boleh," balasku selamba.
"Orang yang curi tidur kau patut disebat." Kata-katanya itu hampir membuatkanku tersedak.

"Sedahsyat tu? Takde siapa yang patut disebat.Aku memang tak boleh tidur pun.Hiperaktif pula tiba-tiba.Mungkin sebab fikirkan kerja kat pejabat yang berlambak."

Aku memandang Emma cuba meneka moodnya pagi itu.Sejak dia bersama Azli,moodnya sering tak menentu.Mujur Emma tak tahu tentang kunjungan sosial Yasmin.Kalau tak,pasti akan berlaku perang dunia ketiga.

"Glad to hear it.Apa plan kau harini? Menghabiskan masa dengan Qalis dan mungkin juga..papanya?"
"Kenapa perlu kaitkan Syaf? Hidup aku dengan Qalis je,tak perlu nak tambah Syaf.Dan aku tak rasa nak ke mana-mana dengan mata panda ni."

Bungkusan nasi lemak aku capai lantas membukanya.Baru saja mahu menyuapkan nasi ke mulut,pintu rumahku diketuk kasar.

Kami berdua berpandangan.Tetamu seawal pagi begini? Jangan bagitahu aku satu lagi serangan hendap akan berlaku.

"I'll get it." Emma berkata selepas melihat keenggananku untuk bergerak.

Aku menggenggam sudu dengan erat sambil melihat ke arah pintu dengan perasaan berdebar.

"Nia,kau ada pelawat!" Laung Emma sambil memandangku tajam.Sudu di tanganku jatuh ke lantai.

"Apa yang dah jadi dan aku tak tahu? You have some explanation to do,missy." Keras Emma berkata.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now