BAB 19 : Tahun Baru

2.1K 85 2
                                    

Banyak kerja yang perlu disiapkan tapi aku malas untuk menyelesaikannya.Sepatutnya aku ikut cakap Emma supaya mengambil cuti hari ini.Esok merupakan tahun baru.

Dah seminggu majlis perjumpaan berlalu dan aku masih gagal menyelesaikan misteri kewujudan Qasyaf di sana.Seminggu bebas daripada Qasyaf Daniel memang sangat menenangkan.

Bunyi gegaran telefon bimbit mengejutkanku.Pantas aku mencapainya lalu membaca mesej daripada Emma.Katanya dia akan menjemput aku pada pukul 10 malam nanti.

Hari ini dia beria-ia menghantarku ke tempat kerja.Selepas itu kami akan melepak bersama melakukan pengiraan detik pelancaran tahun baru.Qasha juga akan turut serta dan semestinya ada Adam.

Apa yang lebih membuatkan aku teruja pada hari ini adalah Emma akan mengenalkan aku pada buah hati pengarang jantungnya.

4 jam kemudian,aku sudah siap mengemas barangku.Penyuntik semangatku untuk menyiapkan kerja adalah berjumpa dengan boyfriend Emma.

Aku berjalan laju menuju ke pondok pengawal keselamatan.Lelaki tua yang berjaga di situ tersenyum kepadaku.Matanya tidak lepas memandangku membuatkan bulu romaku meremang.

Apahal pula orang tua ni? Hish,cepatlah sikit Emma.Kata pukul 10 malam,sekarang dah pukul 10.30 malam.

Telefon bimbit aku keluarkan dan lantas mendail nombor Emma tapi tak dijawab.

"Dania?" Aku menoleh pantas ke arah suara itu.
"Err..apa akan jadi kalau saya cakap ya?" Aku bertanya kembali kepada pengawal tersebut.

Dia kelihatannya memegang sekeping gambar.Tolonglah bagitahu aku yang itu bukan gambar aku!

"Pak cik tengok muka kamu macam sama je.Mari sini tengok ni betul tak gambarnya." Dia menggamit.

Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya.Gambar itu bertukar tangan.

Ya Allah,memang betul gambar aku.Gambar ini diambil semasa majlis perjumpaan minggu lepas kerana aku berpakaian dress berwarna putih.Tak syak lagi!

"Ok,betul ni gambar saya.Dari mana pak cik dapat gambar ni dan tahu nama saya?"

"Susahnya nak cari orang kat sini.Dari petang tadi sampailah sekarang baru jumpa.Nah,ni ada orang bagi kat pak cik siang tadi.Suruh bagi kat Dania katanya.Itu yang dibaginya gambar tu."

Sekeping sampul surat berwarna biru laut dihulurkan kepadaku.

"Siapa yang bagi?" Aku bertanya.
"Sorang perempuan.Tinggi,muka garang,sikit pun tak senyum.Cakapnya berselang-selang dengan bahasa Inggeris.Susah betul pak cik nak faham."

Dengan tangan yang menggigil,aku mengeluarkan sekeping kad dari sampul itu.Menurut surat itu,dia mahu berjumpa aku pada hari esok pukul 2 petang.

Baguslah,mari kita tamatkan semua permainan mengarut ini sebab aku dah tak tahan!

"Terima kasih.Saya akan simpan gambar ni." Aku berkata seraya tersenyum kepada pengawal itu.

Kebetulan Emma sampai pada waktu itu.Dia menghentikan kereta betul-betul di hadapanku.

"Hei,apa dah jadi? Kenapa kau nampak marah?"
"Kau boleh percaya tak perempuan tu ikut aku sampai ke reunion? Tangkap gambar aku then bagi kat guard supaya dia boleh bagi aku kad bodoh ni.Mana aku tak marah."

Emma nampak bingung.

"Perempuan mana...Oh,her!"
"Aku benci semua ni.Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku sampai dia buat aku macam ni."

Emma membaca isi kad itu dengan wajah yang serius.

"Nampak gayanya dia dah sedia nak jumpa kau.Bagus sebab nanti bolehlah kita belasah dia sama-sama."

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now