BAB 21 : Demam

2.2K 87 0
                                    

Sebaik saja aku membuka mata pada pagi itu,hanya satu persoalan dalam kepalaku.Adakah semuanya sekadar mimpi atau realiti?

Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik dengan lemah.

"Nia,kau ok?" Tanya Emma yang kelihatan sedang berbual di telefon.Azli mungkin.

"Ada sebab ke untuk aku tak ok?" Aku bingung.

"Honey,I think my bestfriend is suffering from lacunar amnesia.I'm afraid I'm gonna have to call you back.Love you." Emma meletakkan handphonenya.

Dia berjalan ke arahku dan meneliti keadaanku.Tangannya diletakkan di atas dahiku.

"Panas! Kau demam,Nia," jerit Emma membuatkan telingaku berdesing.

Oh,aku demam rupanya.Patutlah badan aku terasa lemah.Aku melihat jam di dinding.Mataku terbuka luas.

"Alamak! Aku ponteng kerja harini." Kata-kataku membuat Emma mendengus.

Wajahnya kelihatan marah.Tanganku ditarik agar duduk di atas sofa.

"Kau kena berhenti seksa diri kau sebab lelaki tu.Keadaan kau sekarang buat aku kecewa,Nia.Aku ingat kau lagi kuat daripada ni.Kalau kau fikir lari dari kenyataan akan buat hidup kau lebih bahagia,kau salah.Masalah ni takkan selesai.Face it like a brave girl you are."

"Maaf tapi aku blur tadi.Percayalah,aku tak cuba lari daripada masalah.Cuma sekarang ni aku tak tahu apa yang perlu aku buat."

"Ambil masa sebanyak mana pun yang kau nak.Jangan paksa diri.Wan dah tunggu 3 tahun dan aku pasti 10 tahun lagi takkan bagi masalah pada dia.Oh! Aku rasa aku perlukan contact number Wan." Wajah Emma bertukar serius membuatkan aku gugup.

"Aku takde nombor telefon dia." Aku menggigit bibir lalu memandang TV yang tak 'bernyawa'.

"Kau takde nombor telefon dia? Kau nak aku percaya tu?" Emma bercekak pinggang.

Aku mengangguk.

"Err...Kalau dia nak cari aku,aku yakin dia ada caranya."

Sebenarnya aku terlupa untuk meminta nombor telefon Izwan.Tapi aku pasti,Izwan tahu cara untuk mencariku.Tak ada benda tentang aku yang terlepas dari pandangannya kan?

Lagipun,kalau dia tak punya nombor aku,takkan Yasmin boleh menelefonku haritu.Aku dapat rasakan yang Yasmin bencikan aku.

Hubungan mereka pasti sangat besar kerana masakan Yasmin sanggup melakukan semua itu untuk Izwan meskipun jelas dia tak sukakan aku.

***

Balik dari klinik,aku terus memandu ke rumah ibu.Walaupun aku berasa teramatlah penat namun aku gagahkan juga.Ada hal penting yang harus aku selesaikan segera.

"Eh,tak kerja?" Ibu terkejut melihat aku melangkah ke dalam rumah.
"MC," jawabku ringkas.

Aku menyalam tangan ibuku.

"Uish,panasnya kepala.Nia demam ni.Kenapa memandu kalau tak sihat?"

"Sakit ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang Nia rasa sekarang." Kakiku menghala ke dapur untuk minum air.

"Itu sakit yang sendiri cari," bidas ibu.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Dan siapa yang mendorong Nia buat keputusan macam tu?" Aku bertanya.

"Kegilaan sendiri.Orang dah berbuih mulut nasihatkan supaya lupakan budak tu.Ada Nia pakai? Tak langsung kan? Nak juga menangis,tanggung rasa bersalah tak bertempat."

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now