BAB 20 : Kembali

2K 92 5
                                    

Argh...Qasyaf! Kau memang hebat! Aku betul-betul kagum dengan naluri kau yang sentiasa mengena itu.

Ya! Aku kenal pemburu aku itu.Sangat sangat kenal.Aku menggenggam tanganku sekuat hati.

"Yasmin,I need to talk to her alone." Dia berkata tegas.

Yasmin kelihatan enggan pada mulanya tapi akhirnya dia akur.Sebelum pergi,dia meneliti aku dengan jijik.

"Low life skank," desis Yasmin sebelum meninggalkan kami.

Aku hanya diam.

"Mari sini.You don't look good." Dia menarikku agar duduk.

Aku masih kehilangan kata-kata.Mungkinkah keinginan aku selama ini menyebabkan otak aku gagal membezakan antara realiti dan mimpi?

Wajahnya aku pandang lama.Seluruh sayangku tumpah,tak sikit pun kurang untuknya.

"Maafkan saya sebab terpaksa menyusahkan hidup awak." Lembut suaranya.

"Ini hanyalah mimpi." Aku berkata perlahan sambil memejamkan mata.

"Tak.Awak tak mimpi.Sini." Dia menarik tanganku agar menyentuh dadanya.

Aku merasakan degupan jantung yang teratur di tapak tanganku membuatkan mataku terbuka.

"Wan.."

"Ya,saya kat sini.Awak tak mimpi." Katanya membuatkan aku mahu menangis.

Kalau kau ialah Khairil Izwan,untuk siapa aku bersedih 3 tahun dulu?

Pantas aku menarik tanganku dari pegangannya.Kalau betul dia masih hidup,kenapa selama ini dia tak pernah cuba menghubungi aku?

"Saya ada semua jawapan yang awak nak,Dania Irish.Tapi saya tak boleh bagitahu kalau awak terus macam ni."

Jadi aku harus macam mana,Wan? Melihat orang yang aku anggap telah meninggal tapi tiba-tiba muncul di depan mataku.

"Awak dah mati,Wan.3 tahun saya terpaksa hidup dengan hakikat tu.Tiba-tiba je awak muncul balik dan bagitahu saya yang ini bukan mimpi.Sekarang awak nak saya terima dengan mudah? Saya bukan robot." Aku berkata perlahan dan melarikan pandangan jauh dari wajahnya.

"Awak tinggalkan saya,Wan."
"Bukan kehendak saya.Sebab tu awak kena dengar penjelasan saya.Tolong jangan buat saya macam ni.I've been waiting for 3 damn years for this moment to happen."

"And I've been drowning in guilt for the past 3 years over your death.Awak tahu tak macam mana rasanya tu?"

Aku menggeleng kepala.
"Tak,awak tak tahu."

"Maafkan saya.Jangan ingat saya tak tahu apa yang berlaku pada awak selama 3 tahun tu."

Berkerut dahiku.Dia tahu?

"Nia,awak ingat saya nak lepaskan awak macam tu je? Semua yang jadi pada awak sejak 3 tahun dulu semua ada dalam genggaman saya.Termasuklah perkahwinan awak dengan Qasyaf Daniel bin Haji Hanafi."

Matanya bersinar dengan api cemburu sewaktu menyebut nama itu.Aku kematian kata-kata.

"Saya nak tahu semuanya,Wan."

Kemudian Izwan menghubungi Yasmin menyuruhnya pulang dulu.Itu bermakna bermulalah sesi Q&A kami.

"Awak mungkin dah sedar sekarang yang kemalangan 3 tahun dulu tak membunuh saya.Cuts and bruises but that's all.Tapi semua tu dah cukup buat papa dan mummy freak out.Diorang salahkan awak."

Aku cuba untuk menenangkan hatiku.

"Tak boleh salahkan mereka.Hanya saya yang mereka ada." Izwan mempertahankan ibu bapanya.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now