BAB 17 : Wanita

2.1K 93 3
                                    

"Ya Allah,apa dah jadi Nia?" Kak Nana menekup mulutnya.

Lebam dan luka masih jelas di wajahku.

"Berlatih untuk perlawanan Golden Gloves." Aku menjawab selamba.

Alin yang baru menghampiri kami turut terkejut.Aku menahan diri dari tersenyum melihat reaksi mereka.

"Apa dah jadi? Alin tertinggal pape ke? Penderaan rumah tangga?" Kalut suaranya.

Tekaan Alin itu membuatkan aku ketawa.

"Siapa nak dera Kak Nia? I'm divorced,remember?" Aku menjawab.

"Ex husband Kak Nia lah.Orang kata dia tu...errr...psiko sikit.Manalah tahu tak dapat terima hakikat Kak Nia dah tinggalkan dia.Tu yang buat Kak Nia macam ni."

Aku tergamam.Qasyaf dituduh psiko dan sanggup mencederakan aku?

"Syaf bukan macam tulah.Kak Nia accident 2 hari lepas.Tak kenal warna lampu isyarat punya pasal." Aku menafikan.

Kak Nana menggelengkan kepala.

"Berserabut sangat ke sampai warna merah dengan hijau pun tak dapat beza?"

Tidak mahu memanjangkan cerita,aku berpura-pura membelek telefon.

Pagi ini aku ke tempat kerja menaiki teksi.Sampai sekarang aku masih belum mengetahui keadaan keretaku.Entah-entah Qasyaf dah hantar ke tempat besi buruk.Bukan boleh percaya sangat mamat tu.

Sejak 2 hari lepas,aku asyik terfikirkan siapa gerangan perempuan itu.Kawan lama? Tapi tulisannya macam...Dania Irish! Stop mengarut.Itu sangat mustahil untuk terjadi.

Sebaik saja pulang,aku disambut oleh senyuman manis Emma yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya.Mengemaskini Blognya mengenai pelancongan mungkin.

Semalam dia menghantar emel mengatakan yang dia sudah sampai di KL.Tapi disebabkan aku sibuk maka tak dapatlah aku menjemputnya.Aku hanya memberikannya alamat rumahku.

"Well,don't I get a hug?" Dia bangun mendepakan tangannya.
"Aku baru balik kerjalah.Busuk!"
"Berapa tahun kita jadi room-mate hah? Bau kau yang macam kambing ni aku dah biasa."

Kami berdua ketawa.

"Bila sampai?" Aku duduk di sofa.
"Petang tadi.Kenapa dengan muka kau?" Dia menyelak rambutku.

Aku menceritakan segalanya kepada Emma.Emma mendengar dengan tekun.Setelah aku habis bercerita.Emma merapatiku.

"Kau serius kena bergerak ke hadapan,Nia.Sampai bila kau nak terus seksa diri kau macam ni? Aku dah tak sanggup nak tengok.Berterusan menyalahkan diri sendiri takkan mengubah apa-apa." Lembut saja suaranya.

"Aku tahu."
"So?"
"Aku tak rasa aku boleh sayangkan orang lain macam aku sayangkan Wan.Aku pun tak rasa ada orang lain boleh terima aku macam Wan."

"Mana kau nak tahu kalau kau tak cuba?" Emma berusaha meyakinkan aku.

Aku menarik nafas dan cuba menukar topik.

"Sampai bila kau kat sini?"

Emma tersengih.

"Aku akan bercuti dari melancong untuk sementara.Aku ingat nak tinggal sini.Tu pun kalau kau tak kisah.Aku janji akan bayar separuh sewa rumah ni." Emma mengangkat tangan kanannya seperti orang mengangkat sumpah.

Tubuh Emma aku peluk seeratnya.Itu merupakan berita gembira buatku.

"Mestilah kau boleh duduk sini.Aku tak kisah langsung kalau kau just nak jadi freeloader sebab kau dah gembirakan aku dengan keputusan kau ni.Eh! Kejap."

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now