BAB 11 : PS2

2.4K 107 0
                                    

Aku berasa sangat lega lepas memberitahu ibu dan ayah tentang keputusan kami.Terima kasih kepada Qasyaf kerana sudi bersama aku.

Sekarang ini aku automatik akan rasa mengantuk setiap kali hujan lebat.

Ini menjadi masalah kepada aku kerana kalau hujan turun sebelah petang,aku akan tidur sehingga maghrib.Akibatnya aku tak boleh tidur hingga subuh.

Aku keluar ke ruang tamu sesudah mandi dan solat.Mataku segar tiada tanda-tanda untuk lelap semula.Dahlah esok aku kerja.

Bunyi di dapur menarik perhatianku.Perlahan-lahan aku melangkah ke sana.Tak mahu mengganggu makhluk aneh yang mungkin sedang memasak.

Kelihatan Qasyaf sedang memasukkan tauge ke dalam mi yang telah digoreng.Satu lagi fakta tentang lelaki ini yang baru aku temui.Dia pandai masak!

"Wow,Syaf pandai masak! I'm impressed." Lelaki itu agak terkejut.

"Dan aku tak tahu kenapa aku selalu lupa yang aku tak bersendirian dalam rumah ni." Dia menyindir.

Aku ketawa.
"Sebulan je lagi.Lepas tu we'll both get our life back.Cuba untuk bertahan,ye?"

"I'll try my best," jawabnya acuh tak acuh.

Tangannya cekap menyendukkan mi goreng tadi ke atas pinggan.Baunya sangat menyelerakan.Ini tak boleh jadi.Jangan-jangan dia lagi pandai masak daripada aku.

"Kalau kau rasa nak makan mi goreng aku yang sedap ni,silalah ambil.Jangan malu-malu ok?" Dia mengenyitkan matanya padaku lantas berlalu ke ruang tamu.

"Terima kasih tapi aku tengah diet sekarang ni." Aku berkata sambil berjalan menghampiri televisyen.

Susunan DVD dan permainan milik Qasyaf menarik perhatianku.

"Diet dengan badan yang macam tu?" Qasyaf sedikit kagum.
"Yalah,sebab badan aku macam nilah aku kena diet," getusku.

Death Note.Sejak bila Qasyaf berminat menonton cerita Jepun?

"Tak payah diet.Buang masa.You're fine as you are even though you're not hot as Tamara Bleszynski."

"Dieting is not a waste of time and who the hell is Tamara Bles...whatever?" Suaraku meninggi.

Qasyaf mengangkat bahu.Selamba saja dia menyuapkan mi goreng ke dalam mulut.

"You're missing the key point here.Kan aku cakap,you're fine as you are.Unless,your dead fiance memang suka kau kurus kering macam pesakit anoreksia.Then go ahead.Aku tak rugi apa-apa."

Aku tak mempedulikan kata-katanya itu lalu meneruskan menyelongkar almarinya.

Banyaknya! Resident Evil,Resident Evil: Apocalypse,Resident Evil: Afterlife,A Walk to...Biar betul lelaki ini.Perangai stone tapi jiwang rupa-rupanya.

Melihat aku yang beria ketawa,Qasyaf menghampiriku.Bekas DVD di tanganku ditarik kasar.

"Apahal kau selongkar barang-barang aku hah?" Qasyaf bengang.

Haha.Rahsia dah pecah memang patut dia rasa bengang.

"Aku langsung tak sangka kau tengok cerita macam tu." Ketawaku masih bersisa.

"Habis kau nak aku layan cerita apa.Porn?" bidas Qasyaf.

Serta-merta ketawaku mati.Terasa agak segan bila dia berkata begitu.

"Yalah,aku dah tak gelak.Aku bosan.Sebab idea kau yang tak boleh pakai tu aku sekarang tak boleh tidur malam."

"Dah tahu tak boleh pakai,siapa suruh ikut? Aku kan kata nap.Yang kau mereluh sampai maghrib tu apahal?"

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now