BAB 34 : Surprise

1.6K 90 3
                                    

Aku memandang lelaki di sisiku ini.Satu keluhan berat keluar dari bibirku membuatkan dia menoleh seketika ke arahku.Kemudian dia kembali memandang jalan raya.

Sunyi dan dingin menemani kami.Aku membetulkan dudukku sebelum menoleh ke belakang untuk melihat Qalisya yang sudah tertidur.Tadi keadaan riuh kerana dihujani pelbagai persoalan daripada si puteri.Tapi kini hanya kedengaran alunan muzik di corong radio.

Aku dan Qasyaf terperangkap di dalam kereta yang sama hari ini kerana Qalisya.Tanpa anak itu,tiada sebab untuk kami bertemu.Sebenarnya apakah hubungan kami berdua? Sahabat?

"Apa yang buat kau tak selesa? Temankan Qalis keluar atau terpaksa menghabiskan masa dengan aku?" Suaranya mendatar.
"Kau nak jawapan yang jujur atau cuma buang masa bertanya?" Aku tak terus memberikan jawapan kepada soalannya.
"Masa aku terlalu berharga untuk dibazirkan,Nia.Kau tahu kan?"

Aku mengangguk.Sungguh aku tak tahu jawapan yang sesuai untuk soalannya itu.Perlukah aku berterus-terang?

"Bukan kau atau Qalis yang buat aku tak selesa tapi..." kata-kataku tersekat di kerongkong.
"Jangan buat macam tu." Qasyaf berkata tiba-tiba membuatkan aku terpinga-pinga.

"Err..."
"Apa yang kita ada sekarang,kau dan aku tak memerlukan label.Tak untuk aku,tak untuk kau dan tak juga untuk dunia."

Label apa yang dimaksudkannya?

"Maaf,aku tak faham."

Berkerut dahi Qasyaf.Aku sedikit malu dengan kelemahanku 'memproses maklumat'.

"Hubungan kita sekarang ni tak memerlukan nama,Nia.Itu yang buat kau rasa tak selesa kan? Sebab kau tak tahu kedudukan kita yang sebenar." Tekaan Qasyaf tepat mengenai sasaran.

Aku meraup wajah.Lambat-lambat aku mengangguk.

"Kadang-kadang aku ingatkan kita dah melepasi satu tahap tapi esoknya,kita dah kembali ke kosong balik.Itu buat aku keliru,Syaf.I don't know how to act around you and it's driving me insane." Aku cuba mengawal nada suaraku agar tak kedengaran kecewa.

Apa tujuan Qasyaf bawa kami jauh ke sini padahal ada tempat yang lebih dekat untuk membeli barang Qalisya.Aku terpaksa menangguhkan pertemuanku dengan Izwan kerana mama tiba-tiba memintaku menemani Qalisya hari ini.

Kasihan si dia kerana aku kerap membelakangkannya.Aku tak mampu menolak permintaan mama kerana aku sudah berjanji untuk tak mengabaikan Qalisya.

"Tak payah serabutkan fikiran kau.Tak semua benda memerlukan label,Cik Nia.Terutamanya kalau benda tu melibatkan aku."
"Aku...err..Kita nak pergi mana ni sebenarnya? Dah setengah jam kita tersekat kat sini tau."

"And that's exactly how you should act around me." Qasyaf tersenyum nipis menunjukkan rasa senangnya.

"Mempersoalkan setiap tindakan kau? Bertekak dengan kau tanpa penat? Kau nak Nia yang macam tu?" Aku sengaja mahu menduga.
"Sebab Nia yang lembut dan manis tu tak pernah wujud untuk aku.So aku tak boleh terlalu memilih." Bijak dia memberikan jawapan.

Dia menoleh ke arahku.Kebetulan aku turut menoleh ke arahnya dan...pandangan kami saling bertaut untuk beberapa saat.

"Jangan berkedip." Qasyaf mencabar sambil menjongketkan keningnya.
"Haha aku boleh je tapi kau,mister..kena memandu.Sekarang cepat tengok depan." Aku menjegilkan mataku.

Jantungku berdegup laju.Bagi mengurangkan rasa janggal,aku memandang Qalisya.Wajah mulus itu menyentuh hatiku.Kalaulah si comel ini milik aku...Cepat akalku menolak angan kosong itu.

Qasyaf membelek telefonnya sebelum meletakkannya kembali di atas dashboard.

Eh,kejap! Kenapa Qasyaf tegak saja,bukankah patutnya belok kiri?

Be Mine (adaptasi novel)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ