BAB 8 : Motherlike

2.5K 111 4
                                    

Sedar tak sedar sudah sebulan berlalu.Hanya tinggal 2 bulan saja lagi.Qasyaf masih tak berubah.

Sepanjang tempoh itu,aku masih belum berbincang dengan ibu dan ayah.Aku takut mereka berkecil hati dengan keputusan kami.

"Yo!" sapa Qasyaf yang baru saja keluar dari biliknya.

Qasyaf meletakkan sekeping kad di depanku.Aku berpura-pura tak berminat.

Sebaik saja Qasyaf berlalu ke dapur,aku curi-curi lihat kad yang diletakkan oleh Qasyaf tadi.

Mendidih darah aku.Ingat aku nak sangat duduk kat rumah kau yang tak seberapa ni? Oh,tolonglah...

"Kau tak nampak ke yang aku tengah berusaha cari rumah sekarang ni?" Suaraku tinggi.

Qasyaf menghampiriku.

"Sebab tu aku cuba mudahkan keadaan.Nanti kau cakap aku tak tolong pula." bidasnya kembali.

"Thanks but no thanks.Sejak bila kau ambil kisah apa yang aku cakap?"

"Honestly,I don't give a damn about what you've said to me.Aku sekarang ni cuba untuk berlaku baik." Dia meneliti reaksi aku.

Ouch! Seseorang kena ajar lelaki ini untuk menjaga hati manusia lain.

"Oh sorry,was I too harsh? Get over it."

Aku menjelingnya tajam.Qasyaf mengangkat kening mencabar aku membalas kata-katanya itu.

"Jangan risau,Encik Qasyaf.That feeling is mutual." Aku menjawab enggan kalah.

Qasyaf ketawa.Sesuatu yang sekarang ini sering dilakukannya.Aku tak suka bila dia mentertawakan aku.Buat aku rasa bodoh di depannya.

"Abaikan.Aku rasa kau patut call dia."
"Kenapa?" Aku bertanya.
"Let's just say aku kenal dia personally.Lagipun tak rugi kalau kau cuba kan? Nice house,good environment.Sewanya pun boleh tahan."

Aku memandang kad di hadapanku.Berfikir sama ada mahu menerima atau tak.

"Dia boleh dipercayai?" Aku meminta kepastian.
"Client aku.Kalau kau nak aku boleh uruskan untuk kau."

"Oh takpe.Aku boleh uruskan sendiri.Thanks." Pandanganku masih lagi pada kad nama di tangan.

"Mention not." Mugnya dicapai lalu dia bergerak ke sofa.

"Syaf." Aku memanggilnya.
"Hmm." jawab Qasyaf langsung tak memandang aku.

"Out of curiosity,kenapa kau benci sangat kat aku?" Soalan yang selama ini ingin aku tanyakan padanya.

Kami tak pernah kenal sebelum ini tapi sikapnya pada aku sangatlah teruk.Aku yakin dia tak bersikap begini dengan kliennya.

Qasyaf menoleh.
"Aku tak benci kau malah aku tak ada apa-apa perasaan pun bila tengok kau.Sekarang mana yang kau rasa lebih baik?"

Ada beza ke? Macam sama je maksudnya.Huh! Sabar jelah dengan dia ni.

"Much better.Thanks for asking."

***

Aku membaca surat jemputan dari sekolah Qalisya bagi menghadiri majlis penyampaian hadiahnya.

"Eh,Nia pun ada kat sini?" Suara along mengejutkan aku.

Qalisya yang duduk di sebelah aku melompat kegembiraan.

"Ecah!" jeritnya.

Anak sulung along,Aisya berlari ke arah Qalisya.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now