BAB 38 : Pilih

1.6K 79 4
                                    

Spontan tanganku menekup mulut.Emma sudah memekik lantas menolak kasar tubuh Qasyaf.Dia membantu Azli untuk bangun.

Qasyaf masih memandang Azli tanpa berkedip.Dadanya berombak menahan kemarahan.

"I've told you to stay away from her," ujar Qasyaf keras.Tangannya masih dikepal.
"Kau dah gila ke hah?! Dah teringin sangat masuk penjara?" Tengking Emma sambil menolak kuat tubuh Qasyaf.

Aku menghampiri Emma lalu menariknya.

"Emma,sabar.Kau cuma buat keadaan bertambah teruk," ujarku.

Emma mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

"Kau patut kawal dia,Nia.Bukan aku yang gila kat sini," bentak Emma.

Azli membalas pandangan tajam Qasyaf.Emma cuba mengesat darah di bibir Azli tapi ditepis kasar.

Apa yang dah terjadi antara mereka berdua?

"Syaf,kenapa ni?" Aku bertanya lalu menariknya menghadapku.

Pandangannya masih menghala tepat ke wajah Azli.Dia menyelak rambutnya ke belakang.Aku perasan buku limanya bengkak.

Bukan Azli saja yang rasa sakit,Qasyaf juga.

"Apa yang kau dah buat,Azli?" Soalan aku lontarkan kepada Azli.
"Hello? Kau lupa ke yang kena tumbuk tadi tu Azli." Mencerlung Emma memandangku.

"Aku..aku cuma nak berlaku rasional kat sini."
"Kalau kau nak berlaku rasional,tolong suruh mamat ni berambus sekarang," bidas Emma.
"This is absurd.You have to stop pointing finger.There must be a logical exp..."
"Dania Irish,simpan speech dewan rakyat kau tu."

Ouch!

"Kau sendiri nampak apa yang jadi,so kenapa kau masih nak menangkan dia?" Tuding Emma ke arah Qasyaf.

Dengan langkah malas,Qasyaf bergerak meninggalkan kami.Azli memerhati dengan senyuman sinis yang menyakitkan hati.

"Jom baby,kita naik atas.Nanti I sapukan ubat."
"Nia,tolong bawakan beg aku tu boleh?"
"Kau naik dulu.Aku ikut nanti." Kataku.

Emma menghampiriku dengan wajah yang menyinga.

"Aku kawan kau dan kau sepatutnya menyebelahi aku.Bukan mamat tu!"
"Aku tak menyebelahi sesiapa tapi.."
"Dah 2 kali Syaf buat macam ni dan aku memang dah hilang sabar.Sekarang aku nak kau pilih,aku atau dia?"

Mataku bulat memandang Emma.Tak percaya dengan soalannya.Tak masuk dek akal!

Memang Qasyaf tak sepatutnya buat begitu tapi pokok takkan bergoyang kalau takde angin.Pasti ada sebabnya dia buat begitu.

"He's unstable,Nia.Selfish,if I may add." Azli menambah.
"Oh,dan itu datang daripada penipu yang sebelum ni kata tak pernah kenal Qasyaf Daniel?" Sindirku.

Kalau ikutkan hati,mahu saja aku menambah hasil kerja Qasyaf tadi.

"Kau tak percaya? Pergilah kejar dia.But he would never tell you anything because you meant nothing to him."
"Diam,Azli!" Marahku.

Qasyaf memang tak pernah berkongsi apa-apa dengan aku kerana aku tak penting baginya.Tak sepenting Tengku Marissa.

Emma menjongketkan keningnya menyokong kata-kata Azli.

"Buat pilihan kau,Nia," katanya sebelum menarik Azli ke atas.

Kakiku pantas bergerak mengejar Qasyaf.

Qasyaf berura-ura membuka pintu kereta ketika aku menghampirinya.Sebatang rokok dikepit di bibirnya.Qasyaf hisap rokok?

"Apa yang jadi tadi?" Aku lantas bertanya.

Qasyaf membeku di situ sambil menyedut batang nikotin itu.

"Dah malam.Apa kau buat kat luar lagi?" Dia sudah kembali seperti sebelum ini.Beku.

"Apa kaitan kau dengan Azli?" Aku bertanya lagi.
"Bukan masalah kau." Tenang Qasyaf membalas.
"Bukan masalah aku? Kau datang rumah aku malam-malam macam ni dan tanpa sebab tumbuk kekasih teman baik aku.Itu kau kata bukan masalah aku?!"

Sekuat tenaga aku menarik tubuhnya menghadapku.Aku mahu melihat reaksinya.

Beberapa ketika Qasyaf masih berdiam diri.Aku berasa kecewa kerana Qasyaf telah membenarkan kata-kata Azli dan Emma terhadapnya.

"Kau takde apa-apa nak cakap kat aku ke? Memang kau selfish,Syaf.Kau kelam-kabutkan hidup aku,rosakkan hari aku yang dah sedia rosak,dan kau takde apa-apa nak cakap kat aku?" Marahku.

Sakit hatiku dengan sikapnya.Qasyaf memeluk tubuh sambil memandangku.

"Bagitahu aku apa yang kau nak dengar?" Dia bertanya.

Ringan saja tanganku melayang ke pipinya tapi sempat ditangkap oleh Qasyaf.

"Don't I mean anything to you at all? Dengar sini,Encik Qasyaf.Kau pun takde nilai pada aku.Jadi sepatutnya aku takde masalah masa Emma suruh aku pilih antara kau dengan dia.Aku..."

"What's your choice gonna be then,Nia?" pintas Qasyaf.Perlahan saja suaranya.

Aku tidak menjawab sebaliknya mahu Qasyaf sendiri yang membuat penilaian.Qasyaf angkat bahu.

"Aku tak perlu memilih.Apa yang aku nak cuma penjelasan daripada kau.Kenapa kau buat macam tu tadi? Susah sangat ke?"

"Aku tak boleh! Kenapa kau perlu terus memaksa?! Kalau betul kau perlu memilih,tolong keluarkan aku daripada senarai pilihan tu!" tengking Qasyaf.

Terkedu aku.

Aku merentap tanganku daripada pegangannya.

"Ok," ujarku.
"Dania Irish,aku tak maksudkan macam tu.Tak boleh ke kalau kau berhenti tanya aku soalan yang aku tak boleh nak jawab? Susah sangat ke untuk kau percayakan aku?"

Aku tak mengendahkan pujukannya itu.Aku berjalan meninggalkannya tetapi tiba-tiba tanganku ditarik kuat sehingga terdorong semula ke belakang.

"Kau kenal aku,Nia.Atau sebenarnya kau lebih percayakan diorang daripada aku?"
"Aku tak nak cakap dengan kau lagi.Let go off me."

"Damn it.Kenapa kau degil sangat? All I need for you to do is to trust me.Kau tahu aku takkan buat sesuatu tanpa sebab."
"Jadi apa sebabnya?" Bentakku kembali.

Perlahan-lahan Qasyaf melepaskan tanganku.Dia mengangguk seolah berpuas hati.Aku memaksa diri untuk tersenyum.Dia menyuruhku mempercayainya sedangkan dia langsung tak memberitahu aku sebabnya.

"Kau salah,Syaf.Aku tak kenal kau.Dan sekarang,kau dah dapat jawapan untuk soalan kau."

Qasyaf hanya diam dan memandangku yang mula bergerak meninggalkannya.Air mata yang mengalir aku biarkan.

Agak-agak apa sebab Qasyaf serang Azli? Mesti ramai yang bengang dengan Azli dan Emma kan? Kesian Syaf,Nia dah tak percayakan dia..Siapa nak percayakan si Syaf tu? Author juga😂

Thanks for your votes!

Be Mine (adaptasi novel)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon