BAB 30 : Karma?

1.7K 90 4
                                    

"Minah kilang tak sedar diri!" jerkah Yasmin meluru laju ke arahku seperti peluru sesat.

Aku berasa sedikit gerun ditambah dengan kewujudan Qasyaf di situ.Bukankah dia sepatutnya menuruti langkah Adam dan Qalisya?

Aku mendongak membalas renungan Yasmin.Yasmin tersenyum sinis.

"Jadi tolong sedarkan aku.Bagitahu aku apa yang aku dah buat sampai kau sanggup ikut minah kilang ni ke sini," kataku berani.

Karma? Adakah ini yang dirasakan oleh Qasyaf semalam masa aku menyerangnya?

"Good one,Nia," puji Qasyaf.

Mendengarkan kata-kata itu,wajah Yasmin bertambah masam.Dia mencebik seolah-olah jijik dengan kehadiran Qasyaf di situ.

"Diam! Lelaki dayus macam kau tak layak bersuara." Sinis kata-katanya dilontarkan kepada Qasyaf.

Aku meneliti reaksi Qasyaf.Seperti biasa,dia kelihatan sikit pun tak terkesan dengan penghinaan itu.

Tumpuan Yasmin kini beralih kepada Qasyaf.Bagus,sasarannya kini bukan saja aku tapi Qasyaf juga.Satu jelingan tajam aku hadiahkan kepada Qasyaf.

Sejak bila pula dia suka masuk campur hal orang lain?

"Yasmin,kau datang sini nak cakap dengan aku.Abaikan je apa yang Syaf cakap.Anggap dia tak wujud.Sekarang bagitahu aku,kenapa kau ke sini menjerit-jerit macam orang gila?" Tuturku lembut.

"Kau ingat diri kau dah cukup bagus untuk buat Wan macam tu? Hei,kau patut bersyukur lelaki macam dia nakkan perempuan low class macam kau! Kalau tak,kau akan end up dengan sampah macam dia ni!"

Hina Yasmin sambil menunjal dadaku.Aku menepisnya kasar.

Izwan..Sekali lagi kerana lelaki itu! Mangsanya masih sama iaitu aku dan juga Qasyaf.Qasyaf tak layak menerima penghinaan sebegitu kerana dia tak tahu apa-apa!

"Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan Wan? Hit man Wan? Ini masalah aku dengan dia dan akan diselesaikan oleh aku dan dia.Kedatangan kau ke sini hanya memburukkan lagi keadaan."

"Aku bukan hit man tapi aku boleh upah sorang kalau aku nak.Wan dah lalui macam-macam untuk ada kat sini dengan kau.Dan aku rasa kau tak layak dapat semua tu.Benda paling mulia yang kau boleh buat adalah menghargai dia."

Pengorbanan apa yang Izwan dah buat untuk bersama aku? Aku tak tahu kerana Izwan tak pernah nak berkongsi ceritanya dengan aku.Dia tak percayakan aku lagi.

"Itu aku punya pasal!" bentakku geram.
"Sekarang kau cuba nak bagitahu aku yang kau lagi suka habiskan masa dengan sampah ni dan anak har..."

Belum sempatku menahan,ringan saja tanganku melayang ke pipinya.

Ya,peristiwa yang sama berulang lagi cuma bezanya kali ini sikit pun aku tak menyesal atau rasa bersalah.Memang patut dia ditampar kerana bersikap kurang ajar.

Aku membalas pandangan terkejut Yasmin tanpa berkedip.

"Jangan libatkan Qalis atau Syaf." Amaranku.
"Kurang ajar! Berani kau tampar aku,bodoh." Yasmin mengangkat tangannya untuk membalas tamparanku tadi.

Aku memejamkan mata bersedia untuk menerima apa saja yang akan berlaku.

"Nope,I don't think it's necessary to do that." Suara garau Qasyaf membuatkanku membuka mata.

Wajah Qasyaf serius manakala tangannya menggenggam erat tangan Yasmin sehingga berkerut dahi wanita itu menahan kesakitan.Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri tapi Qasyaf menguatkan lagi cengkamannya.

"Get your filthy hand off me! Sakitlah!" jerit Yasmin.

"Kau kena biarkan si Izwan tu selesaikan masalah dia sendiri supaya kau boleh belajar adab sopan.Sekarang tolong keluar dari sini sebelum aku baling kau dari tingkap tu." Katanya tanpa sebarang emosi membuatkan aku turut menggeletar.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now