BAB 16 : Holmes

2.1K 96 3
                                    

Aku membuka mata memandang sekeliling bilik.Otakku enggan berfungsi menyebabkan aku tak ingat di mana.Perlahan-lahan aku keluar dari bilik.

"Oh hey! There sleeping beauty." sapa Qasha.

Ah! Qasyaf menghantar aku ke rumah mama.

"Qasha."
"Rasa lebih baik? Bump kat sini pun dah berkurangan daripada semalam." Qasha menyentuh dahiku.

"Kak ngah tak sedar pun bila kak ngah sampai sini." Kepalaku mula berdenyut.

"Semalam angah bawa kak ngah datang sini.You were sound asleep like a baby when he brought you in and put you on the bed.So sweet considering angah was never this sweet.Dia dah bagitahu kitorang apa yang jadi semalam.Tapi jangan risau,not a word to your parents." Qasha tersenyum.

"Syaf dengan mama mana?"
"Angah macam biasalah,kat studio.Dia pergi lepas hantar kak ngah ke sini.Mama keluar beli barang kejap.Kak ngah patut berehat.You don't look good."

"I don't feel good too." Aku berjalan menghala ke bilik semula.

"Angah cakap petang nanti dia ambil kak ngah."

Aku mengangguk.
"Tolong kejutkan kak ngah nanti ea?"

Aku menghempas badan ke katil.Tanpa aku sedar,aku tertidur kerana terlalu penat.

***

"Risau betul mama tengok Nia semalam.Sikit pun tak bergerak masa Syaf bawa masuk," kata mama kepada Qasyaf.

Sup ayam dan nasi di depanku itu aku pandang tanpa selera.

"Tak sangka pula mama,Nia akan percayakan Syaf dalam keadaan macam tu."

Aku tak memberi sebarang respons.

"Masih ada masa untuk betulkan semua ni.Rujuk balik dan mulakan hidup baru."

"Teruskanlah cakap macam tu.Mungkin ini akan jadi kali terakhir dia jejakkan kaki ke rumah ni." Aku dapat rasakan Qasyaf memandangku.

Betapa bodohnya aku semalam di hadapan Qasyaf! Meluahkan perasaan aku kepadanya.Sekarang aku berasa sangat malu.

"Nia bukan macam tu angah," bidas mama.
"Syukur untuk itu." Bijak Qasyaf membalas.

Aku teringin nak tahu dari mana dia belajar 'seni mempertahankan diri' itu hingga boleh membuatkan orang terdiam.

Tapi semalam...Qasyaf yang semalam bukan Qasyaf bermulut lancang yang sedang berdiri di belakang aku sekarang ini.Seolah-olah wujud dua Qasyaf yang berbeza.Split personality ke?

"Qalis mana?" tanya Qasyaf.
"Main games kat atas dengan Qasha.Dah makan?" Mama bertanya kepada Qasyaf.
"Sedang diet,terima kasih."

Aku tak tahu Qasyaf memang serius atau sengaja nak kenakan aku.Tapi sedaya upaya aku menghalang diri aku untuk menjeling ke arahnya.

Milo suam di dalam mug itu aku teguk perlahan-lahan.

"Kalau otak kau masih lagi tak berfungsi lepas terhantuk semalam,tujuan aku datang ni nak ambil kau.Jadi boleh tak kau jangan buang masa aku dan cepat siap sekarang?" Nadanya mendatar tapi cukup buat mama menjegilkan matanya.

"Tak boleh ke cakap baik-baik sikit?"

Qasyaf menghela nafas.

"Aku tunggu kat kereta.Assalamualaikum,mama." Dia bersalam dengan mama kemudian berlalu keluar.

Aku segera bangun dan mengangkat pinggan dan cawan ke dapur tapi mama menghalang.

"Tinggal je kat sini.Nanti mama kemas.Minta maaf pasal perangai Syaf tadi.Faham-faham jelah,dia memang tak bertimbang rasa."

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now