BAB 6 : Perbincangan

2.7K 109 1
                                    

"Qasyaf Daniel! Kenapa kau biarkan mama fikir yang semua ni salah kau?" Aku menyuarakan rasa hatiku sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.

Aku dah tunggu dia seharian.Sekarang hampir jam 2 pagi baru dia balik.Gila!

"Berita cepat tersebar kan?" katanya selamba.

Aku memeluk tubuh memandangnya dengan perasaan yang bercampur.Dia masih boleh bersikap selamba dalam keadaan macam ini?

"Kau patut bagitahu mama yang ini keputusan kita bersama.Tengok! Kau dah buat mama kecil hati dengan kau." Kata aku kesal.

Dengan perlahan Qasyaf menolak tubuhku yang menghalang laluannya.Beg laptop dan kameranya diletakkan ke atas sofa.

"Macamlah ada apa-apa perubahan.Jangan pedulikan mama sangat.Mula-mula memang dia marah.Macam masa dia cuba jodohkan aku dengan..." Kata-kata Qasyaf terhenti.

Dia seperti baru tersedar pada sesuatu yang selama ini tak pernah dipedulikannya.

"Dia pernah jodohkan aku dengan kau! Macam mana aku boleh terlupa pasal tu? Anyway,lepas aku cakap no mama agak marah tapi lepas tu dia cool down sendiri."

Aku sendiri pun dah lupa pasal itu.Mereka memang pernah cuba menjodohkan kami.Ketika itu aku masih di tahun pertama pengajianku.Qasyaf pula berada di USA.

Tapi disebabkan kami berdua tak bersetuju,rancangan itu gagal.Tak sangka hasrat ibu dan mama tercapai juga.

"Sekarang kita boleh proceed ke level seterusnya.We're both gonna have our life back."

Inilah saat yang aku nantikan.Tapi kenapa hati rasa tak gembira?

"Tapi masalah kau dengan mama?"

Qasyaf mengeluh dan memicit bahu kanannya.

"Kan aku kata,jangan risau pasal mama.Dania..aku penat sangat.Boleh kita bincang pasal ni esok,lusa,tahun depan atau paling cepat pun lepas aku bangun tidur nanti?" Dia bergerak ke biliknya.

Patut ke aku biarkan Qasyaf sendirian menghadapi masalah dengan mama? Aku pun turut terlibat dalam hal ini.Memang aku nak bebas secepat mungkin tapi aku bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.

"Syaf,memang aku nak hidup aku balik secepat mungkin.Tapi aku tak boleh biarkan kau dengan mama bergaduh."

"Apa yang kau nak buat sekarang ni? Menangis lagi macam semalam?"

"Last night I'm...ermmm overwhelming.That's all.Bagitahu aku yang kau tak kisah mama kecil hati dengan kau."

"So what kalau aku kisah? Benda tetap takkan berubah kan? Benda yang mesti berlaku pasti akan berlaku juga."

"But not like this.Aku akan terangkan perkara sebenar pada mama dan ibu aku juga.In the mean time,let's put a hold to our 'escape plan'."

"Fine.Buat jelah apa yang kau suka." Qasyaf masuk lantas menutup pintu bilik.

Macam tu je? Senangnya berurusan dengan Qasyaf.Hal-hal yang besar macam ni dapat diselesaikan dengan mudah.Macam mana dia buat? Syaf,kau memang kena bagi aku tips.

Keputusan dah dibuat.Aku mahu kami berpisah secara baik.Tak menyakitkan sesiapa terutamanya mama.

***

Aku memerhatikan mama yang sedang memasukkan anak pokok ke dalam pasu.Ibu mentua aku memang gemar berkebun.

"Aduh lenguh pinggang! Dah tua-tua ni buat kerja sikit sampai ke pinggang sakitnya." Mama bangun membasuh tangan.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now