BAB 13 : Studio

2K 90 1
                                    

Hari Sabtu seawal 8 pagi aku dah mula mengemas rumah.Sarapan sudah aku sediakan untuk Qalisya yang masih belum bangun.

Aku semakin dapat membiasakan diri dengan kewujudan Qalisya.Dia memerlukan aku sebagai mamanya.Harap Qasyaf dapat buka hati untuk anaknya.

Telefon bimbit aku yang berdering itu aku capai.Qasha?

"Selamat pagi,kak ngah." Suara ceria Qasha menyapa di hujung talian.

"Pagi kak ngah dah tak selamat bila Qasha call.So tell me,what can I do for you,miss?" Aku bertanya.

"Bosan! Keluar jom."
"Apa pula ajak kak ngah? Ajaklah boyfriend Qasha.Hari ni kak ngah off."
"Alah,sampai hati! Qasha mana ada boyfriend.Qasha tunggu Yamada Ryosuke je."

Fanatiknya adik ipar aku ni! Sampai macam tu sekali dia gilakan artis Jepun itu.

"Tunggulah dia sampai Qasha berjanggut."
"Haha.Jomlah,Qasha bosan sangat ni.Please.."

"Yalah..yalah.Tengah hari ni kak ngah ambil Qasha.Sekarang Qalis masih tidur."
"Hooray! Thanks kak ngah.Love you."

Baru saja aku mahu meletakkan telefon bimbit,tiba-tiba ia berdering lagi.Sekarang Abang Dani pula.

"Dania Irish to Dani Irfan,how can I help you?"
"Nia sibuk tak harini?" Abang Dani lantas bertanya.
"Tak sibuk.Kenapa?" Aku bertanya lagi.

"Patutnya abang kena temankan Kak Nisa beli barang harini but something came up.So,abang nak Nia temankan dia,boleh tak?" Suara Abang Dani memang benar-benar berharap.

"Ok,petang ni Nia pergi rumah abang sebab tengah hari ni dah janji nak keluar dengan Qasha."
"Cantik! Abang bagitahu Kak Nisa.Thanks sis,bye."
"Mention not."

***

"Kita nak pergi mana ni?" Aku bertanya kepada Qasha.

Selepas makan tengah hari tadi,Qasha mengambil tugas sebagai pemandu pelancong tak bertauliah.Tapi dia langsung tak memberitahu aku ke mana arah tuju kami.

"Dah nak sampai.Nampak simpang kat depan tu? Belok kiri." Qasha masih berahsia.

"Qalis,kita nak ke mana ni?" Aku mengalihkan tumpuanku kepada Qalisya.

Qalisya hanya menggeleng.

"Sekarang silalah parking kereta anda.Kita dah sampai."

Mataku meliar memandang sekeliling.Kerutan di dahiku semakin tebal apabila kami mendaki tangga untuk ke suatu tempat.Kelihatannya seperti sebuah pejabat.

"Qalis,kak ngah..selamat datang ke studio Qasyaf Daniel." Qasha tersenyum bangga.

Aku menjegilkan mataku kepada Qasha yang sudah menekan pembaz pintu.Tak lama kemudian,seorang pemuda yang aku kira sebaya Qasha muncul.Dia memandang kami pelik kemudian membenarkan kami masuk.

Qasha terus meluru masuk sambil menjerit nama abangnya.Aduh,malunya aku! Aku masih teragak-agak untuk masuk.Qalisya menarik tanganku masuk ke dalam.

Patutlah Qasyaf lebih suka menghabiskan masa di sini.Studionya lebih selesa berbanding rumah buruk itu rupanya.

"Err...Abang Qasyaf ada kat dalam." Pemuda itu memberitahu tapi matanya hanya tertancap pada Qasha.

Qasha malu-malu kucing.Malu? Tadi menjerit sampai rakyat negara Bangladesh boleh dengar.Tak malu pula.

Mereka saling berpandangan untuk beberapa saat sehinggalah...

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now