BAB 33 : Semakin Aneh

1.6K 61 0
                                    

"Hish,nak dapat duit lebih pun susah! Ingatkan waktu belajar je kena fikir," rungut Naim sambil mengeliat malas.

Gelagatnya mengundang tawaku.

"Budak-budak technician tu merungut kita asyik terperuk dalam office je.Diorang pula bekerja keras.Yalah tu."
"Setiap pekerjaan ada kesusahannya sendiri." Aku membalas.

Naim merungut kerana stres menyiapkan mini projek dengan kertas kerja yang bertimbun.

"Optimis macam biasa,Nia? Mana boleh macam tu.Kerja banyak,badan penat.Balik rumah,tidur terus.Nak main dengan anak-anak pun tak sempat.Awak sempat ke keluar dating dengan cik abang?" Gurau Naim.

Aku melirik jam di tangan.

"Kena pandai curi masa.Contohnya paksa dia hantar dan jemput dari tempat kerja." Aku segera berkemas supaya Izwan tak menunggu lama.

"Bijak! Patutlah semua projek dapat kelulusan.Untung jadi orang pandai ni."

Aku sekadar menggeleng.Naim ni memang gemar mengusik.

"Alhamdulillah,rezeki.Saya ke surau dulu ya.Siapkan kerja tu cepat.Nanti balik boleh relaks."
"Ok.Solat baik-baik." Naim melambai dan kembali menghadap komputernya.

Dalam perjalanan ke surau,telefonku bergetar.Aku lihat skrin telefonku.Unknown?

"Helo." Aku memulakan sapaan.

Beberapa saat berlalu tanpa suara si pemanggil.Hampirku memutuskan talian,tiba-tiba ada suara menyapa.

"Dania Irish?"
"Ya saya.Siapa ni?" Aku mula penasaran.
"Kamelia.Saya tak pasti awak ingat saya lagi ke tak sebab dah lama kita tak jumpa."

Wajah cantiknya bermain di fikiranku.

"Tentulah saya ingat.Apa khabar?"

Kamelia ketawa.

"Baik,syukur.Awak sibuk tak weekend ni? Ingat nak bawa Firash jalan-jalan tapi bosan pula sebab takde teman.Kalau ada awak boleh juga kita berborak," ujarnya.

Aku berjeda sebentar.Memikirkan jadualku pada hujung minggu ini.

"Nia?" Lembut saja suaranya.
"Maaf,tengah berfikir.Weekend ni saya free.Lagipun saya memang rancang nak bawa Qalis jalan-jalan." Aku memberi persetujuan.

"Great! Thanks sangat.Nanti kita confirmkan.Awak tengah kerja ke? Kacau pula saya ni.Ok,jumpa nanti."
"Ok,bye."

Bercakap pasal Qalisya,aku teringatkan Qasyaf.Sejak hari itu,kami masih belum bertemu.Entah apa yang Azli katakan kepada Qasyaf sehinggakan makhluk aneh itu begitu marah.Emma tak sedar ke yang Azli berbohong?

***

"Hai sayang.Macam mana kerja?" Senyuman manis Izwan melayangkan segala kepenatanku hari ini.
"Biasa je.Dah lama tunggu?"

Izwan menggeleng.Dia membantu membuka pintu dari dalam.Bau minyak wangi yang aku hadiahkan kepadanya dulu menusuk hidung.Tak sangka dia masih setia dengan jenama perfume yang sama.

"Kat carpark tu ke awak dapat bunga 'misteri' tu?" Ditekan perkataan misteri sengaja mahu mengusikku.

"Misterilah sangat.Awak memang suka buat macam tu kan? Takut punya pasal sampai remuk kereta saya." Kataku sambil cuba memasang tali pinggang keselamatan.

Izwan memanjangkan tangan untuk membantu.Kami saling berpandangan lalu tersenyum.

"Ops,bukan salah saya.Semua tu idea Yasmin.Saya cuma suruh hantar bunga setiap hari,bukan takutkan awak.Tak tahu pulak dia bodoh sangat sampai tak terfikir untuk hantar ke rumah awak," ujarnya kedengaran sedikit kesal.

Be Mine (adaptasi novel)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum