BAB 5 : Bidang Lain

2.8K 101 3
                                    

Majlis hari lahir Nur Melisa Liana,puteri sulung abangku sangat meriah.Ramai betul tetamu yang hadir.

Kak Nisa yang sedang sarat mengandung turut membantu walaupun telah ditegah oleh ibu.Biasalah...isteri Abang Dani mestilah degil macam dia juga.

Qasyaf pun tak kurang sibuknya.Serata ceruk dihalakan muncung kameranya supaya takde satu saat pun terlepas.Qalisya pula sangat riang bermain dengan anak tetamu yang lain.

Nampak sempurna kan? Suami,anak dan hari yang indah.Kalaulah sesempurna yang dilihat...

Aku nak dia yang ada di tempat Qasyaf.Gilakah aku masih mencintai sesuatu yang dah tak wujud lagi?

Masih jelas terbayang wajah manis lelaki yang bernama Khairil Izwan.Senyumannya,matanya yang bersinar setiap kali dia bergurau dan cara dia menggosok hidungnya apabila diusik.Tapi aku telah rampas semuanya daripada dia.

Wan,saya betul-betul perlukan awak.Tengoklah apa yang jadi sekarang ni?

"Mama menangis?" Qalisya yang baru menghampiriku bertanya.

Qasyaf yang berada di belakangnya juga memandang aku pelik.

Ini sangat memalukan! Kawal emosi kau,Dania.Apahal pula Qasyaf ada kat sini? Menyampah betul.

"Mana ada." Aku menafikan.
"Ni mak long suruh bagi kat mama." Qalisya menghulurkan piring berisi sepotong kek itu kepadaku.

"Terima kasih.Nanti mama makan.Sekarang mama nak ke toilet jap.Excuse me." Aku segera bangun.

"Kau pula apa tengok-tengok?" Aku bertanya kepada Qasyaf yang sedari tadi memandangku.

"She's weird,Qalis." Terdengar dia berkata kepada Qalisya selepas aku melangkah meninggalkan mereka.

Cis! Berani dia kata begitu pada anaknya!

"Ibu,Nia mana?" Kedengaran Qasyaf bertanya.
"Tu kat dapur.Dari tadi membasuh," jawab ibu.

Qasyaf masuk ke dapur.Aku sedari kehadirannya tapi aku langsung tak berpaling.Mood aku dah hilang entah ke mana.Aku cuma nak bersendirian.

"Aku balik dulu nak hantar Qalis.Lepas tu aku terus ke studio." Dia memberitahu.

"So?"

"Tak ada apa.Aku cuma nak bagitahu kau yang...you can have the house all to yourself tonight.I'm figured you might need it."

Aku meletakkan pinggan yang sudah dibasuh itu ke rak.Masih juga aku tak memandangnya yang sedari tadi memerhati setiap gerak-geri aku.

"Aku ingat malam ni nak tidur rumah ibu.Mungkin esoknya pun.Thanks anyway." Akhirnya aku berkata.

Qasyaf mengangguk.

"Qalis cepat salam mama.We're going home." Qasyaf memanggil Qalisya yang sedang bermain dengan Melisa.

Cepat saja Qalisya mendapatkan kami berdua.

"Mama tak ikut sekali?" Qalisya bertanya.
"Auntie...I mean mama.Mama nak tidur kat rumah ibu mama malam ni."

Qalisya mengangguk.

"Lepas salam mama,salam semua orang kat depan sana.Cepat." Qasyaf mengarah.

Qalisya cepat-cepat mencium tangan aku dan berlalu ke ruang tamu.

"Aku akan cuba cakap dengan mama lagi malam ni.But I'll definitely let you go.Jangan risau," katanya cuba menghilangkan rasa tak gembira di hatiku.

Dia tak menunggu respons aku terus berlalu ke depan.

Kenapa kami perlu menunggu persetujuan daripada mama untuk berpisah? Mereka perlu tahu keadaan sebenar antara aku dan Qasyaf terutamanya ibu.

Tak kira apa saja yang ibu lakukan tetap takkan mampu membuang Izwan dari hati dan fikiran aku.

Be Mine (adaptasi novel)Where stories live. Discover now