“Kenapa awak tak suka dating dekat zoo?” Ervin bertanya pelik.

“Busuk.” Yuri menjawab ringkas dan mula menapak melewati sangkar-sangkar burung yang berada tidak jauh dari situ.

“Nak pergi dating tempat lain ke?” Dahi Yuri berkerut apabila Ervin bertanya soalan itu.Siapa yang dating sebenarnya nih?!

“Awak cakaplah dengan dia orang suruh pergi dating tempat lain.”

“Eh,tak payahlah.Tinggalkan saja dia orang di sini.Kita berdua pergi berdating tempat lain.”

“Amboi,sejak bila pulak kita berdating ni?” Yuri berpeluk tubuh memandangnya.

“Sejak sekarang nilah.” Jawapan Ervin membuatkan Yuri menggeleng-geleng kepala.

“Kalau macam tu tak apalah.Teruskan saja berada di sini.”

“Poyolah sayang saya ni.Jom ikut saya.” Ervin menarik tangan Yuri dengan senyuman lebar hingga ke telinga.

………………

Zoo Johor Bharu ditinggalkan begitu sahaja apabila Ervin membawa Yuri ke Aeon Tebrau City.Pasaraya yang dikunjungi bersama Ervin saat dia membasahkan baju dia kali lepas. Ima dan Farah masih berada di zoo dengan pasangan masing-masing.Akibat mulut yang gatal mengatakan tidak suka akan zoo,Ervin membawa Yuri ke tempat lain.Sepertinya Yuri dan Ervin benar-benar bertemujanji hari itu.

“Awak nak tengok cerita apa?” Ervin bertanya apabila melihat Yuri mendiamkan diri apabila dia mengheret gadis itu ke kawasan membeli tiket untuk menonton wayang.Malas hendak berbalah dengan Ervin.Yuri mengikut saja ajakannya itu.

“Ikut suka awaklah.” Yuri menjawab malas.Senarai filem yang ditayangkan hari itu langsung tidak menarik minat Yuri.Ervin terkebil-kebil memandang gadis itu sebelum dia tersenyum kecil.

“Em,kita tengok cerita Ajiboy nak?” Terbuntang mata Yuri apabila mendengar pilihan filem yang ingin ditontonnya.Sebuah filem melayu bergenre komedi yang heronya adalah pelakon kanak-kanak.Jangan haraplah hendak menyuruh Yuri menonton filem sebegitu.

“Oh,pleaselah.I tak tengok filem yang budak-budak jadi heronya.Tak matang langsung.” Automatik Yuri mencebik bibir dan membebel bak gadis gedik yang suka mengkritik.Siap gelarkan diri I lagi.Aduhai mulut.Terlupa pulak yang dia sedang berbicara di hadapan Ervin.Bukan Ima atau Farah.

Buat seketika Ervin memandang Yuri dengan pandangan tidak percaya sebelum tawanya meletus.Yuri terpaksa menutup mulutnya dengan tangan apabila beberapa mata melihat mereka berdua dengan pandangan curiga.Ervin ketawa mengilai macam Pontianak.Diikutkan hati bengang,memang Yuri hempuk kepala dia saat itu.

“Amboi,filem melayu tak nak tengok.Apalah awak ni.Tadi kata tak kisah nak tengok cerita apa pun?” Ervin menamatkan sisa tawanya dan memandang Yuri dengan wajah ceria.Banyak perkara tentang gadis itu yang belum diketahuinya.

“Tak nak.Cerita lain.” Yuri menolak ringkas.

“Kenapa,awak tak suka budak-budak ya?” Ervin seperti dapat mengagak perangai Yuri.

“Tepat betul tekaan awak Ervin.Saya memang benci budak-budak.Lagi-lagi budak kecil yang nakal dan tidak mendengar kata.”

Yuri memberitahu salah satu daripada sikap buruknya itu dengan selamba.Dia memang tidak suka akan kanak-kanak.Acap kali dia rasa meluat bila terlihat kanak-kanak yang nakal bermain kejar-kejar sewaktu keluarga mereka makan di Pizza Star.Disebabkan sikap Yuri yang kurang mesra dengan kanak-kanak,semua anak saudaranya yang berumur bawah tujuh tahun takut untuk mendekati Yuri. Mereka kata dia garang macam singa.

“Susahlah kalau macam tu.” Ervin mengeluh kecil dan Yuri memandangnya pelik.

“Apa yang susah?”

Bila Kuli Jadi ArtisOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz