“Karaoke dengan Aizul dan Ika.Saya dah mesej Kak Ima tadi.” Yuri menjawab jujur.

“Untuk apa pergi karaoke?”

“Berseronok.”

“Seronok ke keluar dengan Aizul?”

“Seronok sangat.Hilang semua stress.” Yuri berpura-pura senang hati.

“Ha,bagus sangatlah tu.Lain kali kalau nak hilangkan stress,tak payah balik terus.Awak ingat rumah saya ni hotel ke?!”

Tengkingan Ervin yang dipenuhi rasa cemburu itu membuatkan Yuri terkedu.Sampai hati Ervin memarahi Yuri.Padahal Datin Kasma selaku tuan rumah tidak kisah jika dia pulang lewat.Jadi,mengapa Ervin hendak marah dia pulak.Inilah kali pertama Yuri pulang lewat sepanjang dia menginap di bangle tu.Itu pun sebab dia rasa stress sangat hari itu.Yuri sedar yang dia sekadar menumpang di rumah pemuda itu..Tak payahlah nak tinggikan suara.Hati gadisnya berasa sebak dan terguris.

“Keluar malam dengan lelaki.Balik pagi-pagi buta.Bagus betul perangai awak Mayurie Rosella!”

Wajah Ervin merah padam menghamburkan kemarahan.Kerana perasaan cemburu yang meluap-luap dia berbicara tanpa berfikir panjang.Tidak sedar semua ayatnya menyakitkan hati Yuri.

“Hampir berpuluh kali saya telifon awak,tapi awak langsung tak jawab panggilan saya.Berkaraoke sampai lupa dunia ke.Seronok sangat ke menyanyi dengan Aizul tu?!” Seperti machine gun Ervin menghamburkan kemarahan.Wajahnya merah dan masam mencuka.Datin Kasma yang berada dalam bilik tidur dan mendengar sayup-sayup suara anak bujangnya membiarkan saja situasi itu.Ingin melihat apa yang bakal berlaku.

Yuri bengang apabila nama Aizul dibangkitkan dalam hal itu.Suka hati dialah hendak keluar ke mana atau dengan siapa pun.Yang Ervin hendak sibuk kenapa pulak.Namun,semua kata itu hanya terlintas dalam hatinya.

“Saya nak tidur.”

Yuri berlalu meninggalkan Ervin apabila air mata hampir saja merembes keluar.Dia biarkan saja Ervin terpinga-pinga di ruang tamu.Sungguh Yuri tidak menyangka yang Ervin sanggup memarahi dirinya sedemikian rupa hanya kerana dia pulang lewat.Dia tidak pernah menyuruh pemuda itu menunggu kepulangannya.Jadi mengapa Ervin perlu bersengkang mata dan tidak tidur saat itu?

……………….. 

Keesokan harinya Yuri bekerja shift pagi.Tamat saja waktu bekerja dia terus bergegas pulang ke kampung mengenangkan keesokan harinya dia bercuti.Rasa tidak sanggup untuk berhadapan dengan Ervin akibat peristiwa semalam.Sudahlah Ima dan Farah bertanyakan dia banyak soalan tentang mengapa Ervin memarahi dirinya.Yuri malas untuk bersoal jawab tentang pemuda itu lagi.Buat sakit hati saja.

Sepanjang perjalanan menuju ke kampung dengan menaiki bas,dia banyak mengelamun.Angin kencang yang masuk daripada tingkap bas yang terbuka luas menyamankan diri.Bas yang menuju ke kampung,hanya sebuah bas uzur yang tidak mempunyai penghawa dingin seperti bas ekspres.Bas di bawah kelolaan Syarikat Mahdan itu beroperasi sejak zaman ibunya muda lagi.Walaupun jenis bas itu agak ketinggalan zaman,ia tetap berjasa kepada penduduk kampung seperti Yuri.

Tidak ramai orang yang menaiki bas petang itu.Jadi dia tidak perlu berkongsi tempat duduk dengan penumpang lain.Rambut pendeknya terbang beralun ditiup angin petang. Yuri menghela nafas panjang.Pertama kali dia merasakan perasaan yang sangat pelik.Berasa marah tapi tidak mampu memaki.Rasa hendak menangis tetapi rasa malu jika air mata keluar.Dan rasa diri ini bodoh sangat sebab mula menyukai Ervin.

Ervin sudah berpunya dan Yuri tahu yang selama ini Ervin menganggap dirinya sebagai kawan.Cuma dia yang tidak sedar diri hingga membuat kesimpulan yang Ervin benar-benar sukakan dirinya.Walhal,memang Ervin jenis lelaki yang bermulut manis pada semua perempuan.Prinsip hidup Yuri yang tidak mahu menjadi gadis hidung tidak mancung tapi pipi tersorong sorong kini lebur begitu saja.Bodohnya dia sebab terjatuh hati pada Ervin!

Beberapa ketika dia hanyut dengan pandangan luar yang dipenuhi kehijauan dedaunan.Pemandangan kampung memang jauh berbeza dengan bandar.Nyaman dan mententeramkan jiwa.Lagu Ace yang berkumandang di corong fon telinga menemani jiwa galau Yuri saat itu.Sekali sekala bas itu berhenti untuk mengambil penumpang yang mungkin hendak menuju ke pekan Tanjung Sedili.

Yuri mengeluh kecil apabila melihat beberapa wajah tua yang membeli banyak barang daripada bandar dan terpaksa mengangkutnya bersendirian dengan menaiki bas.Yalah,di kampungnya mana ada pasaraya.Jika mereka ingin memberi barang keperluan rumah dengan harga yang murah,mereka perlulah ke Kota Tinggi.Jika hendak memberi makanan basah seperti ikan,maka mereka semua terpaksa menaiki bas untuk ke Tanjung Sedili.Mujurlah masa yang diambil untuk menuju ke Tanjung Sedili dari Kampung Sayang adalah singkat.Lebih kurang 15 minit.

Pandangan Yuri beralih pada seorang perempuan yang duduk selang dua kerusi daripadanya.Wanita itu sedang menenangkan bayinya yang sedang menangis.Mungkin bayi itu tidak selesa apabila terkena pancaran matahari petang yang menembusi tingkap.Terdapat juga beberapa orang lelaki sebaya ayahnya yang sedang berbual secara bersebelahan di bahagian depan bas.Wajah pemandu bas yang Yuri kenali sebagai Pak Teh,berumur dalam lingkungan 40 an itu turut membuatkan dia berfikir panjang.Daripada zaman awal persekolahan menengah hinggalah dia tamat sekolah,Pak Teh masih memandu bas yang sama untuk menyara kehidupan.

Semua pemandangan itu sudah biasa Yuri lihat.Dan dia tidak pelik dengan situasi itu.yuri cuma berdoa agar Allah memberikan dia peluang untuk melihat sesuatu yang lebih menarik berbanding semua perkara itu.Sungguh dia bosan apabila hanya mampu melihat dan tidak mampu memberi sebarang bantuan.Apabila melihat ibu atau bapanya berhadapan dengan situasi sama yang selalu diperhatikan terhadap semua orang di situ.Hatinya sebagai seorang anak berasa sedikit terguris.

Dia teringin benar untuk menyenangkan kehidupan kedua orang tuanya dengan semua kemewahan yang terdapat di atas dunia ini.Namun,mampukah mereka menggapai semua itu jika dia hanya bekerja sebagai seorang staf Pizza Star?.Kata-kata Ace kepada peminatnya hidup ini sudah ditakdirkan oleh tuhan.Namun,kita sebagai manusia langsung tidak tahu akan takdir yang sudah ditetapkan itu.Sama ada baik atau buruk.Jadi,selagi ada peluang,capailah apa jua impian yang anda inginkan.Jangan mudah berputus asa dan takutkan kegagalan.Too many of us are not living our dreams because we are living our fears.Dan Yuri dia adalah salah seorang darinya.Dia mahu keluar daripada kepompong ketakutan itu!

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now