“Aku rasa, kali terakhir aku joging masa balik kampung dulu.Itu pun joging 15 minit je.” Sampuk Farah sambil tergelak.Kampung Farah terletak agak jauh di Sungai Layau.Dia adalah seorang anak peneroka yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.Farah tidak berniat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat sijil kemahiran daripada sebuah politeknik di Johor Bharu.

“Em,aku pulak kali terakhir joging dengan abang angkat aku masa dekat dengan tarikh SPM dulu.” Yuri membuka mulut.Masih tergambar dalam fikirannya saat abang Amri memaksa dia untuk berjoging seminggu sebelum dia menduduki SPM.

“Oh,abang angkat kau yang hensem tu.Dia dah habis belajar belum? Kau berhubung dengan dia lagi tak” Farah yang mengetahui serba sedikit tentang abang Amri melalui cerita Yuri mula bertanya.

“Em,dia baru je habis belajar dua bulan lepas.Aku berhubung dengan dia dalam facebook je.” Yuri memberitahu jujur.

“Amri tu lelaki pertama yang kau suka kan? Takde niat untuk berpasangan dengan dia ke?” Pertanyaan Kak Ima membuatkan Yuri menggeleng-geleng kepala.

“Dia dah ade teman wanita lah kak.Lagipun,Yuri dah tak suka dia.Yuri dah anggap dia macam abang kandung je.” Yuri memandang ke arah Kak Ima yang berjalan di sisi kirinya.Kak Ima mengangguk-angguk kecil.

“Siapa yang awak anggap macam abang tu?” Pertanyaan serius Ervin membuatkan Yuri berpaling ke hadapan.Tanpa sempat dia mengelak,wajahku terlanggar dada pemuda itu.Yuri mendongak memandang wajah pemuda itu yang kelat sebelum mengundur setapak ke belakang. Entah sejak bila dia berhenti berjoging dan mendengar perbualan mereka bertiga.

“Sibuk jelah dia ni!”

Yuri menolak lembut kepala pemuda itu dengan tangannya.Ervin mendengus kecil dan berpeluk tubuh.Masih memandang Yuri dengan pandangan tidak puas hati.Kak Ima dan Farah yang berada di sebelah hanya memerhati sambil tersengih-sengih.

“Kenapa kamu sibuk nak campur hal perbualan perempuan?” Datin Kasma yang berhenti berjoging mendapatkan anak bujangnya sebelum meluku kuat kepala anaknya itu.

“Mama,sakitlah!” Ervin mendongkol geram sambil mengelak diri daripada terus diluku Datin Kasma.Yuri yang melihat tergelak kecil.Terpamer kemesraan antara dua beranak di hadapannya itu.

“Kamu bertiga ni,janganlah berjalan kaki pulak.Jom sambung joging.Barulah dapat membentuk badan yang cantik macam model.”

Datin Kasma membebel ke arah Yuri, Ima dan Farah sebelum dengan hati terpaksa mereka meneruskan aktiviti joging di pagi yang indah itu.Kali ini Ervin memperlahankan lariannya dan dia berlari di sisi Yuri.Datin Kasma tidak tentu pasal menarik tangan Ima dan Farah agar berlari di sebelahnya.Aktif sungguh wanita itu.

“Yuri,siapa yang awak anggap macam abang tu?” Ervin bertanya.

Yuri memandang Ervin daripada atas hingga ke bawah.Nampak bergaya dengan pakaian sukan lengkap Nike bewarna hitam dan putih.Orang kalau dah kacak,pakai apa-apa jenis baju pun nampak kacak.Lainlah macam Yuri.Pakai baju sukan macam gaya orang hendak berkebun.

“Mama awak aktif betullah Ervin.” Yuri berpura-pura tidak mendengar pertanyaannya.

“Siapa abang angkat awak tu?” Ervin tanya lagi.

“Saya kagum betul dengan mama awak.” Yuri membicarakan topik lain.

“Awak pernah suka abang angkat awak tu ek?” Ervin menahan perasaan cemburu dalam hati.

“Badan mama awak cantik betul.” Yuri terus memerhatikan tubuh Datin Kasma yang sedang berjoging di bahagian hadapan.Cuba tidak mengendahkan pertanyaan pemuda itu.

“Awak  rasa dia dengan saya mana lagi hensem?” Ervin tidak penat bertanya.

“Saya suka betul semangat kesukanan mama awak.” Yuri merapu.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now