“Saya takut nak masuk bilik.Ada kelawar.” Yuri memberitahu jujur.

“Kenapanya dengan kelawar? Awak tak malu ke kalau orang lain nampak awak berpakaian macam tu.Cepat tukar pakaian.” Ervin memaksa.Tidak sanggup bertentang mata dengan gadis kesayangannya itu selagi Yuri tidak berpakaian sempurna.

“Saya takutlah! Saya geli! Saya takkan masuk hostel selagi kelawar tu ada.”

Yuri menjerit kecil memberitahu.Tiba-tiba berasa sebak sebab Ervin tidak memahami.Yuri yang tadinya berdiri duduk di atas tangga dan berpeluk lutut.Terasa malang sangat sebab kelihatan dengan pakaian sebegitu di hadapan Ervin.Entah apalah tanggapan pemuda itu ke atas dirinya.Tanpa Yuri sedari Ervin menanggalkan kemeja kerjanya dan memberikan baju itu kepada Yuri.

“Pakai kemeja saya ni.Saya takde baju lain nak bagi awak. Tak elok kalau ada staf yang lalu di sini melihat awak hanya dengan singlet.” Ervin mengendurkan suara.Cuba memahami situasi Yuri yang dalam ketakutan.Dariapda suara dan memek muka Yuri,Ervin yakin yang gadis itu tidak menipu.

Ervin tidak terkata.Untuk mengelakkan situasi janggal itu berpanjangan,Yuri cepat saja menyarung kemeja majikannya itu.Mujurlah masih berbau wangi.Jika sudah berbau tengik,mahu pengsan Yuri dibuatnya.Amboi,banyak songeh pulak kau Yuri!

 “Awak tunggu dekat sini.Saya naik atas kejap.”

Ervin memberi arahan dengan suara yang lembut dan berlalu meninggalkan Yuri.Yuri hanya terkebil-kebil memandang setiap langkah pemuda itu.Dia berdoa dalam hati agar Ervin dapat menghapuskan makhluk yang menggangu ketenangannya itu.Yuri punya bimbang saat itu seperti seorang isteri menghantar suami pergi berperang pulak!

Yuri kembali duduk di tepi tangga.Kemeja Ervin yang membalut tubuhnya terasa hangat dan mendamaikan.Apabila Yuri memakai baju pemuda itu dia berasa seolah-olah berada dalam pelukan Ervin.Mujurlah sepanjang dia duduk di tangga itu tiada staf yang terlihat kelibat Yuri.Sudahlah tangga yang dia duduki itu adalah tangga yang sama untuk menuju ke freezer dan chiller.Jika ada staf yang melihat Yuri dengan pakaian Ervin,mahu tebal berpuluh inci muka Yuri.Selang beberapa minit,Yuri bingkas bangun daripada duduk apabila melihat Ervin keluar daripada pintu hostel dan menuruni tangga.

“Er..awak buat apa kat atas?” Yuri teragak-agak bertanya apabila melihat wajah Ervin selamba sahaja.

“Saya bunuh binatang ni dekat atas.” Hampir luruh jantung Yuri apabila Ervin menunjukkan bangkai seekor kelawar yang tidak bergerak dalam sehelai plastik lutsinar.Dia mendekatkan plastik itu pada wajah Yuri dan gadis itu menjerit seriau.

“Ervin,gelilah! Jangan dekatkan bangkai itu dengan saya!.” Yuri menjerit besar sebelum berlari menaiki tangga menjauhi Ervin.Pemuda itu tergelak kecil melihat Yuri.Ingatkan rockers,rupa-rupanya penakut juga!

“Apalah awak ni.Kelawar dah mati pun nak takut lagi.” Ervin menggeleng gelengkan kepala sebelum membuang plastik yang mengandungi bangkai itu ke dalam sebuah tong sampah yang berada di kaki tangga.Kemudian dia kembali naik ke atas mendapatkan Yuri.

“Muka sampai pucat sebab takutkan kelawar.Kelakar betullah awak ni Yuri.”

Ervin ketawa lagi sambil mengusap-usap kepala Yuri.Walaupun kena peril,Yuri berasa lega.Kelawar itu sudah mati jadi dia boleh memasuki bilik.Memang Yuri fobia dengan spesies binatang yang satu itu.Ini bukan pengalaman kali pertama dia melarikan diri daripada kelawar.Sudah banyak kali sebenarnya.Selalunya Farah yang menjadi mangsa suruhan agar membunuh kelawar.Farah bukan orang yang penggeli.Jadi,dia boleh membunuh kelawar dengan menggunakan penyapu tanpa rasa takut.Hanya dengan melihat bayang kelawar Yuri sudah lari berbatu.Masakan dia boleh membunuhnya.Memang dia tidak mampu.Masih teringat dalam fikiran Yuri bagaimana hingar bingar keadaan hostel ketika kelawar itu melekat pada baju yang dia pakai.Hampir bergegar hostel dengan jeritannya ketika itu.

“Okeylah saya nak ambil barang dalam chiller lepas tu saya kena sambung kerja dekat bawah.” Ervin memberitahu seraya melangkah naik ke atas.Ingin menuju ke arah chiller.Pemuda itu selamba saja bersinglet.Menampakkan susuk tubuhnya yang tegap.

“Ervin,takkan awak nak bekerja dengan berpakaian macam tu je?” Yuri teragak-agak menegur.

“A,ah saya lupa.Nanti ramai pulak pelanggan yang tergoda melihat badan saya yang cantik ni.” Ervin memuji diri untuk menceriakan wajah gadis dihadapannya.Ternyata dia berjaya apabila melihat Yuri tersenyum kecil.

“Em,awak masuk bilik.Pergi tukar baju.Lepas tu pulangkan kemeja saya.Saya tunggu awak dekat depan chiller.” Ervin menyambung ayatnya apabila melihat Yuri berdiam diri.

“Okey.”

Yuri malas bertatapan lama dengan Ervin dalam keadaan pemuda itu yang bersinglet dan Yuri memakai kemejanya.Jika ada staf lain yang nampak situasi mereka berdua,mungkin lain tanggapan mereka.Jadi Yuri segera bergegas kembali ke dalam bilik dan bersalin pakaian.Dia hanya menyarung sehelai t shirt longgar lengan pendek dengan seluar track.Setelah itu dia kembali menemui Ervin.

“Terima kasih sebab pinjamkan kemeja.”

Yuri berterima kasih seraya menghulurkan kemejanya.Ervin mengangguk kecil seraya dengan selamba menyarungkan kembali kemeja itu ke atas badannya.Langsung dia tidak kisah walaupun pakaian itu pernah melekap ditubuh Yuri.

“Sama-sama.Lain kali,kalau ade berpuluh kelawar yang terbang dalam bilik awak pun,janganlah keluar dengan pakaian seksi Yuri.Tergoda iman saya melihatnya.Kalau tak sempat pakai baju biasa,awak selubung saja dengan selimut.Asalkan tertutup.”

Pesanan yang disertai dengan senyuman nakal membuatkan Yuri melopong.Ervin ini kalau tidak menyakat memang tidak sah!.Yuri bukan sengaja hendak berpakaian sebegitu di hadapannya.Takut punya pasal,dia terus melarikan diri tanpa menyedari yang dia sudah menanggalkan uniform kerja sebelum solat asar tadi.

“Yalah,saya akan ingat pesanan awak tu Ervin.Terima kasih sekali lagi sebab bagi pinjam kemeja dan tolong bunuh kelawar tu.Saya nak masuk bilik ni.Selamat bekerja.”

Yuri mahu mengelak daripada terus berada di hadapannya.Terasa wajahnya membahang apabila memikirkan semua peristiwa yang telah berlaku.Baru beberapa langkah Yuri menapak,tangannya ditarik dengan lembut dari arah belakang.Yuri terpempam dan langkahnya terhenti.Mula berfikir yang bukan-bukan.

“Kenapa dengan tangan awak ni Yuri?” Ervin bertanya cemas sambil membelek lengan Yuri.Terdapat beberapa tompokan lebam yang kecil di situ.Yuri terkebil-kebil seketika sebelum tergelak.Ingatkan kenapalah tadi.

“Love bite.”

“What?!” Membuntang mata Ervin mendengar jawapan selamba Yuri.Terus terlepas tangan gadis itu dari pegangannya.

“Awak ingat saya ni jahat sangat ke?” Yuri tergelak besar apabila melihat wajah Ervin yang memucat.Pasti pemuda itu mula bertanggapan buruk terhadapnya.

“Yuri,tolong jangan main-main.Awak menakutkan saya.” Ervin mengeluh di hujung ayatnya.Bimbang jika Yuri tidak sebaik yang disangka.

“Tangan saya ni lebab seba kena gigit dengan parasit.” Jelas Yuri ringkas.

“Parasit apa?” Ervin bertanya lagi.Jelas tidak berpuas hati.

“Em..nantilah saya cerita.Waktu maghrib dah nak habis ni.Saya belum mandi dan solat lagi.Awak pun banyak kerja nak dibuat.” Yuri cuba mengelak.Malas untuk berbual panjang dengan Ervin akan hal itu.

“Malam ni lepas saya habis kerja saya nak awak cerita.Saya nak tahu parasit apa yang gigit awak.Awak jangan tidur awal pulak.”

Ervin memberikan arahan dengan suara yang tegas.Dia mahu tahu parasit apa yang mengenakan love bite pada lengan buah hatinya.yuri termangu seketika sebelum menganggukkan kepala.Jika Yuri menolak permintaan Ervin pasti perbualan dia dan Ervin akan berlanjutan di hadapan chiller itu.Lebih teruk,mungkin mereka akan bertengkar.Jadi Yuri ikutkan saja permintaannya.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now