"Ya Allah,apa pulak kait mengait dengan air ni.Awak dah janji dengan saya kan,kalau saya berhadapan dengan awak,kalau saya tanya apa-apa,awak jangan membisukan diri.Awak dah janji dengan saya.Jangan mungkir janji." Yuri menggaru garu kepala yang tidak gatal.Kenapa bicaranya lari daripada topik ni? Oh,maknanya dia tidak marahlah Yuri minum air itu.

"Oh..saya ingat awak marah saya sebab minum air Pizza Star!" Yuri cuba menyembunyikan kebodohan kerana berfikiran yang bukan bukan.Ervin menghela nafas lega dan mengeluarkan duit yang Yuri isi dalam poket kemejanya sebentar tadi.

"Ini,yang tak tentu pasal masukkan duit dalam baju saya kenapa? Ingat saya tabung bergerak ke?" Ervin membebel sebelum memasukkan kembali duit itu ke dalam poket apron Yuri.

"Er..taklah.Saya tersalah masuk." Jawapan paling bodoh pernah Yuri beri.Dan Ervin hanya menggeleng geleng kepala.

"Saya tak kisahlah kalau awak nak minum apa jenis air pun dalam Pizza Star ni.Minum sajalah.Tak payah nak takut dengan saya.Saya bukan nak marah awak pun.Awak bukan orang lain,staf Pizza Star juga."

Yuri terkedu apabila Ervin meletakkan tangannya di atas kepala Yuri dan mengosok rambutnya perlahan.Ervin seperti memahami apa yang berlaku sebentar tadi.Kebanyakkan pengurus restoran memang tidak memahami pekerja bawahannya.Kadang kala staf makan sesuatu yang ingin dibuang pun akan dijadikan isu.

Yuri tersenyum girang dengan jawapan Ervin.Bagusnya...Ervin kata Yuri boleh minum apa jua jenis air pun dalam Pizza Star.Jika setiap hari Yuri dan semua staf Pizza Star minum air Mocha Freppe,mahu kos minuman bulanan Pizza Star melambung tanpa mendapat sebarang keuntungan.Silap hari boleh gulung tikar Pizza Star ini!.

"Em,saya ada kerja sikit nak buat dalam ofis.Hari ini awak jadi penyambut tetamu.Jangan asyik merenung gambar Ace saja.Nanti saya jeles." Ervin menjatuhkan tangannya daripada kepala Yuri dan berlalu pergi.

Yuri melopong dan terkaku di situ.Seperti tahu saja Yuri akan merenung wajah Ace setiap kali menjadi penyambut tetamu.Hendak cemburu bagai.Sudah gila ke apa? Mujurlah Kak Ima yang menjadi juruwang hari itu pergi ke tandas.Jika tidak mahu dia bertanyakan Yuri banyak soalan tentang perilaku Ervin yang berlebihan prihatin itu.Tidak tentu pasal nama Yuri tersenarai sebagai bahan gosip staf Pizza Star kelak.

.......................................

"Yuri,jom makan Spicy Chicken Wings.! Ada banyak ni!" Jeritan Kak Kiot atau nama sebenarnya Zakiah daripada arah bar mematikan langkah Yuri yang baru keluar daripada pintu dapur Pizza Star.

Waktu bekerja telah tamat.Beberapa orang staf yang Yuri kenali turut berada di situ sambil menjamu selera.Ada yang makan kek,pizza dan kepak ayam.Memandangkan pelanggan berkurangan saat itu,Yuri turut mengikut ajakan Ika.Dua jam lepas,seramai 35 orang pekerja kilang eletronik menjamu selera di Pizza Star.Majikannya telah menempah restoran itu untuk menyambut hari jadinya sekaligus membelanja semua stafnya.Adatlah majikan membelanja staf,Yuri memang sudah biasa dengan sambutan seperti itu.

Hampir mencecah enam ratus ringgit bil yang dibayar majikan mereka itu.Sebelum mereka pulang,majikan mereka berbaik hati memberikan Zakiah sebahagian daripada kek hari jadinya. Oleh kerana mereka memesan makanan dengan banyak,masih terdapat beberapa jenis makanan yang belum disentuh di atas meja.Jadi,staf servis mengambilnya dan meletakkan semua makanan itu di bar untuk dimakan.Sedang Yuri enak mengunyah kepak ayam dengan Zakiah,tiba-tiba sahaja Ika, Kak Ima,Farah,Aizul dan Din berlari keluar daripada bar dan terus menuju ke bahagian kerja masing-masing.Apabila Yuri berpaling ke kanan,kunyahan Yuri terhenti.

Ervin sedang memerhatikan Yuri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Wajahnya tegang dan tiada secalit senyuman pun dihadiahkan untuk Yuri.Entah sejak bila dia berdiri di situ,Yuri tidak perasan.Patutlah,semua staf meninggalkan bar,takut dengan bos rupanya.Yalah,nanti dia cakap staf Pizza Star curi tulang sewaktu bekerja.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now