Setelah beberapa tahun berada di England, dia pulang ke tanah air. Tengku Maisarah keluar dari balai ketibaan dengan perasaan gembira. Senyuman masih terlekang di bibir merahnya yang disapu dengan strawberry lip balm. Matanya sedang mencari seseorang.
Sebenarnya dia tidak tahu untuk mencari siapa. Sebelum dia balik, dia menelefon bonda dia, Puan Jayyanah Dahlia yang dia nak balik hari ni. Tapi tidak tahulah siapa yang mengambilnya.
Tengku Maisarah pergi ke Starbucks Coffee dan memesan minuman kegemarannya iaitu Hot Caramel Macchiato. Nasib baik dia sudah tukar duit. Kalau tidak, malu dia.
Minuman yang dipesan sudah pun siap dibuat, Tengku Maisarah mengambilnya dan keluar dari café itu. Dia ternampak kerusi kosong dan terus dia duduk di atas kerusi itu. Sesekali dia minum minumannya.
Oppo r9s Rose Gold yang berada didalam backpacknya dikeluarkan. Dia menekan fingerprint telefonnya itu dan terus terbuka dengan sendirinya. Uhuu. Show off. Hehe
Cuba untuk menghilangkan bosan, dia membuka app Instagram. Dah lama rasanya dia tidak membuka Instagram. Semasa dia bermain dengan telefonnya, tiba-tiba ada sesuatu berdiri di hadapannya. Tengku Maisarah berpaling.
"Emm... Excuse me. Can I ask you something?" Sapa seorang gadis cantik bertudung sama macam Tengku Maisarah.
Gadis itu tidak tahu kenapa hatinya terasa hendak menanya kepada Tengku Maisarah. Sebab muka Tengku Maisarah dengan orang yang dicarinya seakan sama sahaja.
Tengku Maisarah menangguk.
"Do you know Tengku Maisarah Johanna Tengku Mukhriz? Because you look exactly like her. Tapi tak tahu lah kan? Di dunia ni ada 7 orang muka sama," tanya Syuhada lagi.
Tengku Maisarah terkejut bila gadis itu sebut namanya. Dia rasa macam kenal dengan gadis yang berada didepannya itu. Tapi entah lah.
"Tengku Maisarah Johanna? Yes, i know her," lambat-lambat Tengku Maisarah menjawab. Syuhada menghela nafas lega.
"Alhamdulillah. May I know where she is? I had been looking for her all over KLIA. Sampai sekarang tak jumpa," keluhnya.
"She's in front of you," balas Tengku Maisarah. Syuhada tergamam. "Hah?" Syuhada terpinga-pinga.
"Ya saya."
"Hah?" Syuhada masih lagi tidak faham. Tengku Maisarah menghela nafas.
"Orang yang awak cari tu, ialah saya. Tengku Maisarah Johanna binti Tengku Mukhriz ialah saya. Masih tak faham?"
"What??" tanya Syuhada lagi bagai tidak percaya. Tengku Maisarah memejam mata lalu menarik nafas dan hembus. Sabar! Bisik hatinya.
"Janganlah main-main," Syuhada tayangkan muka tidak percaya.
"Yalah, buat apa nak main-main? Tak ada faedahnya lah." jawab Tengku Maisarah lagi. Dia menghirup minumannya perlahan.
Berkali-kali dia tanya soalan yang sama dan berkali-kali juga jawapan sama diberikan. Naik rimas Tengku Maisarah dibuatnya.
"Wow."
Tengku Maisarah berkerut. Apanya yang wow?
"Wow. Banyak perubahan kat kau sekarang eh?"
Semakin pelik Maisarah. Janganlah katakan gadis itu gila, sudah.
Melihat muka pelik Maisarah, Syuhada terus dapat meneka.
"Halaa kau ni... Kata kawan baik? Takkan kawan baik sehidup semati sebaya semeja sekerusi sekepala kau ni pun kau lupa? Dah tak cam aku ke? Aahh... sakitnya hati."
Muka Maisarah tidak berubah dari yang tadi. Masih muka bangang. Syuhada duduk disebelah Maisarah.
"Sorry. Do I know you?" Teragak-agak Maisarah bertanya.
"Haih... ni aku lah. Syuhada. Hanan As-Syuhada. Kawan baik kau. Bestfriend dunia akhirat kau. Lupa eh?" Lama Tengku Maisarah memerhatikan Syuhada dalam-dalam. Mencari siapakah Syuhada yang sebenarnya. Tiba-tiba dia terdengar imbasan suara.
"Jangan risau. Kalau kita lost contact, aku akan cari kau sampai dapat. Tak kesahlah macam mana cara sekalipun. Cause you're my bestfriend dunia akhirat. Janji dengan aku, jangan sesekali lupakan aku dan don't you ever dare cari bestfriend baru lepas ni."
"Ok. Janji. Kau pun kena janji kat aku, kalau kita jumpa in the future, aku nak tengok 'the new version of Hanan As-Syuhada'. Maksud aku tu, kau kena nampak slim, hot and spicy." Dua orang sahabat itu ketawa.
Tengku Maisarah yang blur itu terus jadi teruja bila dia ingat.
"Syu!" Mereka berpelukan.
"Ingat pun kau. Ingatkan kau dah mungkir janji," Syuhada buat merajuk.
"Alahalah... tak payah lah merajuk. Kau ni pun. Mestilah aku ingat kau. Tapi, to be honest lah kan at first, aku tak ingatlah. Sebab kau banyak berubah dah sekarang. From head to toe. Yelah dulu kan kau tembam. Sekarang, kau dah jadi galah panjang dah."
"Kan aku dah janji kat kau. Ni lah 'the new version of Hanan As-Syuhada'. How do I look? Do I look slim, hot and spicy?" Syuhada mengangkat keningnya.
Tiada jawapan dari Tengku Maisarah melainkan ketawa. Terasa geli hati pula layan si Syuhada ni.
"Asal kau gelak? Aku tak cantik eh?" Syuhada merajuk lagi. Tengku Maisarah tarik nafas untuk berhenti dari ketawa.
"Hahah. Takdelah. Kau cantik. Cantik sesangat," pujuk Tengku Maisarah.
"Okaylah. Maya, kau ada jumpa Raf?" Tanya Syuhada. Syuhada perasan yang riak wajah Tengku Maisarah berubah masa dia panggil nama itu dan dia tanya kenapa.
"Jangan panggil aku tu. Panggil aku dengan nama aku yang sebenar. Aku dah move on. Lepas je kau bagi ceramah kat aku dulu, aku terus sentap tahu tak?" balas Tengku Maisarah perlahan. Soalan Syuhada diabaikan.
"Hehe... berbaloi juga aku habiskan air liur aku masa tu untuk kau. Anyway, baguslah kalau kau dah move on. Ni nak aku panggil kau apa? Aku panggil kau 'Mai' lah,"
"Tapi keluarga aku panggil aku tu. Takpelah. Panggil aku 'Sarah'. Nak juga ada orang panggil aku tu,"
"Okay². Aku akan cuba panggil kau tu. Kalau aku tesasul ke apa ke, sorry eyh? Tapi, may I know why?" soal Syuhada. Walaupun dia sudah tahu.
"Nantilah aku cerita. Kau buat apa dekat sini?" tanya Tengku Maisarah.
"Aku nak ambil kau lah," jawab Syuhada.
"Hah? Ambil aku? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini? Siapa suruh kau datang sini?"
"Haa, kalau kau nak tahu macam mana aku tahu, jom," jawab Syuhada. Dia berdiri sambil menarik tangan Tengku Maisarah untuk berdiri.
"Eh? Kita nak pergi mana?" tanya Tengku Maisarah lagi. Dia berdiri mengikut Syuhada.
"Nak pergi mana lagi? Balik lah. Takkan kau nak tidur sini kot? Sejuk ni. Kau tahan ke?" tanya Syuhada.
"Of courselah tahan," jawab Tengku Maisarah selamba. Syuhada mendengus lalu menjeling. Menyampah.
"Aku tahu lah kau tinggal dekat England tu 5 tahun. Tak payah lah berlagak," Tengku Maisarah tersentak. Macam mana Syu tahu?
"Macam mana kau tahu?" tanya Tengku Maisarah.
"Rahsia. Jomlah. Ramai dah tunggu kau kat rumah. Biar aku bawa beg kau," jawab Syuhada untuk membuang kes. Dia menarik handle beg bagasi milik Tengku Maisarah yang agak berat.
Dah ramai tunggu dekat rumah? Rumah siapa? Macam mana Syu tahu semua ni? Banyak soalan yang perlu dijawab. Dia nak tanya Syuhada, tapi ada banyak pula disadvantages nya. Kalau dia tanya, bangang juga Syuhada dibuatnya.
"Argh... beratnya. Dalam ni baju ke orang? Mamat sesat mana lagi temasuk dalam beg ni?" Syuhada merungut pada dirinya. "Boleh ke?" Tengku Maisarah tanya apabila mendengar rungutan Syuhada.
"Boleh, boleh. Jom lah. Jangan lupa beg kau tu. Karang, tak pasal-pasal aku kena balik sini ambil beg kau," balas Syuhada sambil cuba untuk menyurung beg itu. Tengku Maisarah hanya melihat telatah sahabatnya itu.
~ Benci Mr. Tengku ~
VOUS LISEZ
Benci Mr. Tengku √
Roman d'amourDua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fiz...
