Fiksyen Sains Animasi

107 12 3
                                    

Pernah terfikir atau tidak watak animasi popular 'Tom & Jerry' merupakan dua ekor haiwan yang asyik mengejar antara satu sama lain sebenarnya disebabkan oleh watak si 'Jerry ', saintis tikus proto telah mengambil blueprint data kajian si 'Tom', saintis kucing proto yang sedang mengkaji kesesuaian makanan kucing untuk haiwan-haiwan lain seperti anjing dan tikus mondok?

Atau pernahkah kita terfikir watak animasi 'Spongebob Squarepants' sebenarnya adalah seorang penyelam amatur yang telah terperangkap ke dalam satu gua batu kapur bawah laut, yang dihuni oleh hidupan pelik yang tidak pernah dilihat dipermukaan? Nampak seperti mengarut untuk mencampur adukkan watak animasi dengan sains fiksyen, tetapi ianya tetap satu idea yang menyeronokkan .

Untuk rasa lebih tempatan contohnya, apa salahnya jika kita mengubah watak Upin & Ipin menjadi sesuatu karya sains fiksyen yang menarik dan berkualiti, ditambah idea pengembaraan yang segar dan berjiwa nusantara, diadun bersama nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi lalu menjadi satu karya yang tidak mungkin dapat dijangkau oleh akal yang logik. Penggunaan nama watak-watak yang sedia ada ini amat berguna kerana watak-watak ini sudah sedia diketahui oleh masyarakat umum, selain cakupan audiens nya yang besar boleh memberikan impak positif dalam setiap karya penulis-penulis muda.

Namun haruslah diingat, setiap watak animasi ini telah dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987, jadi, gunakan kreativiti dan idea gila anda untuk menciptakan sesuatu idea yang baru, segar dan hebat, dalam masa yang sama, tidak melanggar Akta Hak Cipta 1987 ini yang membolehkan pemegang hak cipta menyaman anda. Manalah tahu, suatu hari nanti, syarikat-syarikat seperti Les' Copaque berminat untuk mengadaptasi karya hebat anda ke layar perak, dan ditonton oleh jutaan kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar sekolah di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun Indonesia? Siapa tahu kan?

Satu kelebihan apabila anda berjaya menginovasikan watak animasi ke dalam satu karya sains fiksyen yang berkualiti adalah, anda boleh menarik perhatian golongan pelajar sekolah rendah mahupun tadika untuk membaca karya anda, lalu menjadikan imaginasi mereka lebih 'liar' dan kreatif. Seterusnya, mereka boleh membina tingkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka didalam otak dan minda mereka di seawal usia yang muda. Ini penting bagi menyahut hasrat kerajaan yang mahukan anak-anak pelajar kita dapat berfikir diluar kotak, sedari awal persekolahan lagi. Jadi, berkaryalah!

 Jadi, berkaryalah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now