Penulisan Fiksyen gaya 'In Medias Res'

29 1 0
                                    

In Medias Res bermaksud "ditengah-tengah sesuatu" dalam bahasa Latin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

In Medias Res bermaksud "ditengah-tengah sesuatu" dalam bahasa Latin. Ini bermakna, plot penceritaan sesebuah karya bermula dengan babak penuh aksi ditengah-tengah krisis. Ini juga boleh diterjemahkan sebagai permulaan cerita yang mengandungi babak yang pada kebiasaannya diletakkan pada bahagian tengah plot penceritaan bagi sesebuah karya.

Pembinaan plot penceritaan fiksyen gaya In Medias Res ini adalah sangat sesuai dengan karya-karya fiksyen yang menampilkan sesebuah karya yang sarat dengan genre aksi yang mendebarkan seperti karya-karya bagi genre thriller, fantasi epik, misteri dan juga seram. Bagi penulis pemula yang buntu tetapi mahu mengaplikasikan sebuah kaedah yang padat dengan aksi dan adegan yang ganas dalam karya mereka, semestinya anda boleh mencuba untuk mengaplikasikan konsep plot penceritaan fiksyen gaya In Medias Res ini.

 Bagi penulis pemula yang buntu tetapi mahu mengaplikasikan sebuah kaedah yang padat dengan aksi dan adegan yang ganas dalam karya mereka, semestinya anda boleh mencuba untuk mengaplikasikan konsep plot penceritaan fiksyen gaya In Medias Res ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Konsep pembinaan plot penceritaan gaya In Media Res ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti :

Middle Crisis : Kisah penceritaan bermula dengan babak penuh aksi sedang dilalui oleh hero dan pembaca sedang dihidangkan dengan konflik di tengah-tengah krisis.

Rising Action : Babak-babak yang mendedahkan kisah-kisah di sebalik bagaimana hero terbabit boleh terperangkap ditengah-tengah krisis berkenaan. Pada fasa ini, biasanya penceritaan akan bermain dengan flashback yang berlaku sebelum fasa 'Middle Crisis'.

Climax : Krisis yang sedang dihadapi oleh hero terbabit sedang berada di kemuncaknya.

Falling Action : Apabila krisis yang sedang dihadapi oleh hero berjaya diselesaikan sedikit demi sedikit.

Resolution : Pada fasa ini, proses penceritaan akan tertumpu kepada hero terbabit samada dia berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapinya ataupun tidak.

***

Namun, haruslah diingatkan disini bahawa ini merupakan salah satu daripada pelbagai lagi kaedah untuk membina plot penceritaan fiksyen yang baik. Penulis pemula boleh sahaja memilih untuk menggunakan kaedah ini ataupun tidak, kesemuanya terpulang kepada garapan idea dan minat masing-masing tentang bagaimana karya anda boleh diaplikasikan dalam kaedah ini.

Anda langsung tidak terikat dengan kaedah-kaedah tertentu pun untuk sebarang proses pembinaan plot karya fiksyen. Semoga kita semua dapat menulis dengan baik dan tidak berputus asa untuk kekal menulis perkara yang baik-baik walaupun tiada siapa yang mahu membaca karya berkenaan. Anggap sahajalah karya anda itu bukan dicipta untuk dibaca oleh manusia zaman kini, tetapi untuk dibaca oleh mereka yang hidup pada dekad ke hadapan nanti.

Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now