Fiksyen Cerita Rakyat, Empayar Melayu Dahulukala & Sejarah Purba Nusantara

298 32 2
                                    

Selain menerapkan ilmu-ilmu sains sekitaran dalam latar plot penceritaan sesuatu novel, garapan karya-karya yang dekat dihati masyarakat nusantara amnya boleh juga ditampilkan sebagai salah satu karya fiksyen yang menarik. Dengan menggabungkan idea sains ke dalam cerita rakyat jelata turun temurun semestinya bakal memberikan nafas baru kepada sesuatu karya tersebut, yang akhirnya, mind-blowing!

Tidak perlulah terlalu meletakkan sesuatu pengistilahan sains yang rencam dan tidak difahami oleh orang awam, cukup sekadar menempelkan satu dua istilah sains yang logik, digaulkan bersama cerita lagenda atau hikayat yang tepat, sambil menyelitkan sedikit struktur pembahasaan sanskrit yang puitis dan indah, pastinya karya itu menjanjikan suatu kelainan dalam penceritaan yang biasa walaupun cerita itu sebenarnya sudah diketahui umum.

Sebagai contoh, novel 'Leksikon Ledang' karya Nor Azida Ishak dan Fadli Al-Akiti yang mempersembahkan semula suatu penilaian syarat-syarat yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang yang diberikannya kepada Sultan Melaka untuk mengahwininya. Mereka mendepankan suatu hujah berbeza bahawa syarat-syarat itu bukanlah elemen fantasi semata-mata, tetapi sebenarnya ada asasnya didalam ilmu sains. Malah, Puteri Gunung Ledang dibayangkan sebagai seorang saintis proto dizaman silam sejarah Melayu.

Lihat, itu hanyalah salah satu contoh yang boleh dikongsikan bersama daripada beribu-ribu cerita rakyat, hikayat, lagenda dan cerita fantasi nusantara. Bukan hanya cerita 'Suamiku...' sahaja yang boleh digarap, malah anda boleh mengimaginasikan semula cerita-cerita rakyat menjadi suatu idea sains fiksyen yang kreatif, menarik dan dalam masa yang sama, dekat dihati masyarakat nusantara.

(Contoh diolah daripada penasaifai.com/diskusicerekasainskitakita)

com/diskusicerekasainskitakita)

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Tema Yang Takkan DitulisWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu