Fiksyen Sains Sukan

120 9 1
                                    

Sains Sukan? Apa perkaitannya dengan dengan bidang penulisan kreatif? Dua perkara yang berbeza digabungkan menjadi satu karya yang sama? Adakah wujud ahli sukan yang membaca novel pada ketika ini? Heyy, mereka pun manusia juga lah. Membaca seperti kita semua. Berinspirasi seperti kita semua. Cuma membezakan mereka dan kita adalah cara perjuangan dan pendekatan yang digunakan. Mereka menggunakan sepenuh tenaga, manakala kita menggunakan idea dan tinta.

Soalan-soalan skeptikal sebegini kerap bermain-main didalam minda penulis-penulis muda lalu akhirnya menjadikan idea penulisan mereka hanya sesempit yang boleh, dan sains fiksyen hanya bermain di makmal sekolah, makmal komputer, perpustakaan serta dikantin sahaja. Perkara dipadang sekolah tidak layak dicampur adukkan bersama sains fiksyen yang lebih bersifat keilmuan. Benarkah begitu?

Tahukah anda, bidang Sains Sukan telah wujud lama di universiti tempatan? Dan tahukah anda? disebabkan skeptikal kuno dan sempit masyarakat terhadap bidang sains sukan dan olahraga beginilah yang menjadi punca negara kita masih tercari-cari pingat emas pertama negara dalam sukan Olimpik. Disebabkan ini jugalah bidang sains sukan kita masih tercari-cari hala tuju dan masih sukar bersaing dengan negara-negara Asia Tenggara sendiri. Di sebabkan isu inilah juga, masyarakat menyisihkan jiwa sukan dari hidup mereka, namun diakhir cerita, kadar obesiti, sakit jantung dan pelbagai penyakit lagi meningkat naik mendadak dikalangan rakyat Malaysia.

Sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan Ogos ini di Kuala Lumpur, marilah sama-sama kita membuang jauh-jauh skeptikal sempit ini dan mula menghasilkan suatu karya yang bertitik tolak daripada sains sukan, bola sepak mahupun olahraga, ditabur sedikit rencah drama percintaan antara watak supaya penceritaan nya tidak bosan, dan menyelitkan sedikit nasihat-nasihat sarcsam supaya mengajak rakyat supaya keluar bersukan, ber gymnasium mahupun berjoging.

Perkara ini penting dalam usaha menghilangkan nama Malaysia daripada senarai antara negara yang mempunyai rakyat paling obesiti di Asia. Tidak salah jika kita menceritakan perihal seorang pemain bola sepak negara yang berjaya menempa nama ke peringkat antarabangsa, seperti yang berlaku kepada pemenang FIFA Puskas Award, Faiz Subri. Ataupun menulis berkenaan berita gembira Malaysia telah berjaya memenangi pembidaan bagi menganjurkan sukan Olimpik tahun 2034. Tidak salah jika kita berangan-angan bukan?

Ahhh. Terlalu banyak yang boleh ditulis berdasarkan tema Sains Sukan ini. Untuk rekod, banyak karya-karya berbahasa inggeris mengenai perjalanan atlet-atlet khususnya di Amerika Syarikat dan juga sukan-sukan utama yang telah dijadikan novel, ada juga diadaptasi menjadi filem. Ini semua terpulang kepada penulis-penulis muda bagaimanakah mereka mahu mencorakkan karya-karya sains sukan mereka supaya menjadi lebih menarik, bersemangat dan mencetus semangat kesukanan yang tinggi. Cubalah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now