Fiksyen Sains Alam Berbilang (Multiverse)

26 2 0
                                    

Pernahkah anda terfikir kemungkinan wujudnya berbilang alam semesta di seluruh pelusuk buana ini? Menulis fiksyen sains berbilang alam semesta ini memerlukan satu perancangan yang teliti dan cermat dalam usaha menggarap satu bentuk pembinaan dunia imaginasi dan asas plot penceritaan yang mudah difahami, tidak berserabut dan pada masa yang sama boleh memberikan nafas segar dalam penghasilan karya kreatif penulisan tempatan. Kadangkala, proses pembinaan dunia bagi konsep berbilang alam ini memerlukan satu proses penceritaan yang panjang dan pada masa tertentu, ianya memerlukan sekuel yang panjang untuk menjadikan jalan cerita itu lengkap, lebih berfokus dan dapat dibahagi-bahagikan kepada pecahan yang lebih mudah difahami.

 Kadangkala, proses pembinaan dunia bagi konsep berbilang alam ini memerlukan satu proses penceritaan yang panjang dan pada masa tertentu, ianya memerlukan sekuel yang panjang untuk menjadikan jalan cerita itu lengkap, lebih berfokus dan dapat dib...

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Konsep alam berbilang ataupun multiverse ini adalah sebuah teori andaian yang menyatakan bahawa wujudnya beberapa siri alam semesta yang berasingan termasuklah alam semesta yang kita diami ini lalu dikelompokkan dalam satu set yang membentuk sebuah realiti penceritaan fiksyen. Alam semesta yang diteorikan itu wujud bersama-sama dengan alam yang sedang dihuni ini dan dikenali sebagai alam selari (parallel universe) ataupun alam alternatif (alternative universe).

Selain itu, terdapat juga apa yang dipanggil sebagai rentas alam (cross-universe) ataupun dipanggil sebagai crossover. Rentas alam ini berlaku apabila dua alam yang berbeza pada dua atau lebih karya yang berlainan dunia merentasi antara satu sama lain. Crossover ini boleh berlaku secara kebetulan ataupun disengajakan, ataupun sebagai serpihan pada prolog, picisan pada epilog dan pelbagai lagi cara untuk menambah kepuasan para pembaca kesemua karya yang berlainan terbabit.

Kesemua alam-alam ini merangkumi segala perkara yang wujud termasuklah kehadiran elemen ruang, masa, jirim, tenaga, hukum-hukum fizik serta pemalar yang menggambarkan ciri-ciri ini. Konsep alam berbilang ini pertama kali diperkenalkan oleh William James, seorang ahli falsafah dan juga ahli psikologi dari Amerika Syarikat pada tahun 1895.

Antara karya yang terkenal dalam penghasilan alam berbilang ataupun multiverse ini adalah seperti 'Doctors Strange : Multiverse of Madness ','Spider-Man : No Way Home' dan lain-lain lagi filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

Namun, dalam usaha untuk 'mencuri' pembaca daripada karya-karya yang berbeza daripada penulis yang lain, apa kata anda bina karya rentas alam (cross-universe) dengan penulis-penulis lain yang lebih tersohor? Sekurang-kurangnya, pembaca yang membaca karya penulis terkenal itu dapat mengetahui kewujudan karya-karya dengan universe yang telah anda ciptakan tersebut.

Contohnya, filem-filem Marvel (Disney+ Hotstar) mempunyai apa yang dipanggil sebagai Marvel Cinematic Universe (MCU) manakala DC pula mempunyai DC Universe & DC Extended Universe (HBO GO). Kadangkala, MCU akan membuat crossover dengan universe daripada filem lain samada secara terang-terangan mahupun hanya sebagai serpihan. Sebagai contoh, Deadpool dan KORG (Thor) telah membuat crossover yang mengemparkan para peminat MCU baru-baru ini.

Tema Yang Takkan DitulisKde žijí příběhy. Začni objevovat