Penulisan Fiksyen gaya 'Freytag's Pyramid'

54 0 0
                                    

Freytag's Pyramid ini dinamakan sempena seorang novelis dan penulis drama Jerman yang hidup pada abad ke-19 bernama Gustav Freytag

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Freytag's Pyramid ini dinamakan sempena seorang novelis dan penulis drama Jerman yang hidup pada abad ke-19 bernama Gustav Freytag.

Freytag's Pyramid adalah sebuah struktur penulisan bagi membina jalan cerita berteraskan tujuh kunci utama bagi konsep pembinaan plot penceritaan yang dramatik dengan menggunapakai sistem bentuk piramid. Bentuk piramid adalah sebagai simbolik kepada kesan peningkatan konflik sebelum leraian isu yang pada akhirnya menjawab segala persoalan-persoalan yang timbul sepanjang konflik berbangkit.

Sistem penulisan Freytag's Pyramid :

Pengenalan : Dunia dan watak-watak mula diperkenalkan satu persatu.

Insiden permulaan : Insiden yang memulakan plot penceritaan mula diperkenalkan.

Rise or rising action : Hero mula melaksanakan misi, mengejar matlamat utama mereka.

Climax : Pada saat ini, tiada jalan keluar ke keadaan ketika semuanya baik-baik sahaja.

Return or fall : Beberapa insiden yang sedikit demi sedikit tersingkap oleh watak protagonis dan antagonis yang membawa kepada penyelesaian masalah konflik.

Resolution : Kesemua konflik berjaya diselesaikan dan pada fasa ini, pembaca akan mengetahui samada hero berjaya menyelesaikan masalah yang timbul ataupun tidak.

Denouement : Peleraian plot dan jalan cerita yang membawa kepada penamatan jalan cerita.

***

Namun, haruslah diingatkan disini bahawa ini bukanlah satu konsep yang bersifat terikat dan perlu diikut bulat-bulat oleh penulis. Bagi yang merasakan kaedah ini bersesuaian dengan gaya penulisan fiksyen anda, boleh sahaja untuk anda mencubanya. Tetapi jikalau anda merasakan yang anda mempunyai cara yang tersendiri untuk mengolah dan membina plot penceritaan yang menarik, sudah tentu anda boleh teruskan niat tersebut dan kekal berkarya.

Sisipan ini diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan cetusan idea untuk penulis pemula dalam usaha memulakan deraf pembinaan plot karya masing-masing selain ke arah menjadikan jalan cerita yang sedang anda rangka itu lebih mudah difahami oleh para pembaca diluar sana. Ini juga bagi mendedahkan kepada penulis pemula tentang contoh pembinaan plot karya seiring karya-karya kreatif diluar sana.

Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now