Fiksyen Sains Pengembaraan Masa

29 2 0
                                    

Pengembaraan masa merupakan salah satu bidang sains metafizik yang menjadikan latar ruang dan masa sebagai medium penceritaan fiksyen dan alat pengembaraan masa yang moden sebagai pempengaruh bagi proses penceritaan itu berlangsung. Pengembaraan masa tidak asing lagi bagi karya-karya fiksyen diluar negara. Karya seperti 'Back to the Future' dan juga'Infinity War : Endgame' telah menggunapakai tema penjelajahan masa ini sebagai subjek utama ataupun sub-bidang genre dalam menentukan hala tuju pengembangan karya. Dan karya-karya sebegini telah terbukti berkesan dan diterima baik bagi seluruh masyarakat yang menontonnya.

Pengembangan watak dan perwatakan yang selari dengan matlamat membina dunia masa depan ini bakal menjadikan sesebuah karya itu malar segar, penulis tidak akan dicop sebagai karya plagiat kerana dunia masa depan ciptaan imaginasi kefahaman anda sendiri dan juga karya merentasi zaman. Mungkin ada yang tidak berminat dengan karya jenis eksperimentasi sebegini, namun haruslah diingatkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di luar sana yang dahagakan pengembaraan dunia yang asing. Mungkin mereka yang berada di dalam negara tidak menghargai karya anda, namun ada lagi pembaca diluar negara sana yang sedang mencari karya seumpama ini untuk diadaptasikan ke saluran penstriman berbayar.

Walaupun pada tahun 2020-an ini masih belum ada lagi teknologi seumpamanya itu untuk penggunaan masyarakat awam, namun kita haruslah ingat dan percaya lalu mempunyai kesedaran bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini. Ada yang menyatakan bahawa teknologi pengembaraan masa telah digunakan secara rahsia oleh kerajaan barat sebagai usaha untuk meningkatkan teknologi ketenteraan mereka sejak daripada tahun 1990-an lagi.

Apa yang pasti, elemen pengembaraan masa akan menjadi sesuatu yang menarik untuk diolah dan digarap oleh penulis tempatan. Ini kerana dunia masa depan yang bakal kita ciptakan kelak bakal bergantung kepada ruang lingkup ilmu dan kefahaman kita berkenaan masa hadapan. Masa depan juga menjadi sesuatu yang misteri tetapi seronok untuk di imaginasikan apalagi kita hidup di dalam dunia yang kadangkala dipenuhi realiti dan juga fantasi.

Falsafah masa depan yang didepani cabaran yang berbeza dan juga matlamat yang berubah pastinya menghembuskan satu angin segar dalam karya fiksyen sains tempatan. Ianya juga bakal mengembangkan pelbagai lagi latar budaya, masyarakat, teknologi dan juga ilmu fiksyen sains yang belum pernah lagi dijelajahi dan dipelopori oleh mana-mana penulis sekalipun. Ruang lingkup ilmu ini pastinya bakal menjadi satu titik tolak dalam membina peradaban terkait pembinaan batu asas modal insan dalam usaha mengembangkan ilmu berkaitan inovasi dan kepenggunaannya pada masa depan.

Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now