Apa Lagi Genre Yang Belum Ditulis?

483 45 3
                                    

Genre 'Sains Fiksyen' (#Saifai) merupakan sebuah genre yang berat, serabut dan menyesakkan minda pada pandangan masyarakat awam.

Namun, genre 'Sains Fiksyen' ini jugalah merupakan salah satu genre pencetus kepada merevolusikan teknologi urbanisasi masakini, mengangkat tema pembaharuan saintifik melangkaui zaman, mengisi kelompongan idea dengan terciptanya karya fiksyen berfakta, menjanjikan perubahan terkehadapan dalam ruang lingkup bidang falsafah keilmuan dan pemikiran kritis sains sehinggalah menginspirasikan sekelompok anak remaja yang ingin berimaginasi diluar kotak dengan harapan dapat menerjah ke angkasaraya melalui manuskrip.

Tema ini jugalah yang telah diperhatikan saban minggu banyak menerajui carta-carta utama untuk siaran tontonan penstriman masakini seperti Netflix, HBO GO, Disney+, Apple TV+ dan sebagainya dekad tahun 2020-an kehadapan. Ada juga segelintir pihak yang menggelarkan karya-karya sains fiksyen sebegini sebagai karya 'Netflix vibes'.

Namun, adakalanya tema ini telah disalahanggap dewasa ini dek kerana telah terbanjirnya karya-karya bertemakan sains fiksyen ala-ala fantasi luar kotak yang lebih menjurus kepada unsur-unsur kebaratan, magis dan menularnya jarum-jarum peniti halus sekularisme lagi menyesatkan dalam karya-karya berkenaan.

Ini menyebabkan karya-karya ini masih tidak mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia dan tidak boleh bersaing dengan karya-karya romantik cinta yang telah banyak diadaptasi kedalam drama pukul tujuh malam. Pengistilahan frasa-frasa sains yang terlalu saintifik juga mengundang kurangnya minat masyarakat kepada bahan bacaan pada genre ini.

Namun, titik perubahan bagi karya-karya ini mendapat tempat di kalangan masyarakat berbilang bangsa apabila negara dilanda wabak pandemik Covid-19. Masyarakat dipaksa untuk  menghabiskan masa di rumah, bekerja dari rumah, ber-PdPR di rumah dan seterusnya menghabiskan masa menonton filem penstriman selain juga membaca pelbagai jenis  bacaan genre buku ataupun novel. Hal ini seterusnya mencetuskan revolusi baru lalu menghembuskan nafas segar dalam industri karya fiksyen sains diserata dunia.

Dalam hal itu, sisipan ini berhasrat untuk mengupas tema apa lagi yang samada belum pernah dikarang, ataupun jumlah tema yang dikarang itu terlalu sedikit sehinggakan masyarakat tidak dapat mengetahui kewujudan tema fiksyen sains terbabit.

Semoga dengan sedikit pengolahan daripada sisipan ini, dapat mencetuskan pelbagai lagi idea yang lebih tuntas dan karya-karya nanti bakal digarap dengan penuh keyakinan khususnya kepada samada penulis-penulis muda khasnya, mahupun peminat-peminat karya sains fiksyen amnya demi memastikan karya-karya sains fiksyen itu tidak terdefinasi sebagai hanya tertumpu kepada pengaruh barat semata-mata, malahan boleh diserap juga nilai-nilai kebudayaan tempatan yang penuh adat ketimuran, menjadi suatu karya yang unik tetapi dekat di hati masyarakat Malaysia.

Semoga dengan sedikit pengolahan daripada sisipan ini, dapat mencetuskan pelbagai lagi idea yang lebih tuntas dan karya-karya nanti bakal digarap dengan penuh keyakinan khususnya kepada samada penulis-penulis muda khasnya, mahupun peminat-peminat ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now