"Lia?" Aku biarkan saja panggilan Kyla tidak bersahut. Aku betul-betul mengantuk dan penat.
Akhirnya hanya sayup-sayup kedengaran suara Kyla memanggil aku. Aku telah hanyut dibuai mimpi nan indah.

Mimpi di mana aku dan seorang lelaki sedang berkejar-kejaran di atas salji nan putih. Aku kelihatan bahagia di samping lelaki itu. Bebola salji yang terbentuk, aku baling kepada dia. Dia juga turut membalas. Akhirnya dia berjaya mendapatkan aku lalu memeluk aku daripada belakang. Kehangatan badan dia menandingi kesejukan yang aku alami. Aku memejamkan mata untuk menikmati saat ini. Sehingga lah semuanya hilang setelah aku terdengar bunyi guruh bergema di dada langit.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Guruh di luar menyedarkan aku daripada lena. Selimut yang hampir separuh terselak, aku betulkan semula menutupi kaki. Rasa sejuk yang aku alami bukan kepalang. Tidak cukup rasanya sehelai selimut yang menutupi badan. Handfone di bawah bantal aku capai. Jam menunjukkan 4:11 pagi.

Aku melangkah turun daripada katil dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan Kyla. Kyla kelihatan merekot di atas katil.Aku keluar daripada bilik perlahan-lahan untuk membuang air kecil. Memandangkan semua orang sedang tidur, aku membuat keputusan untuk membuang air kecil di bilik air yang berada di dapur sahaja.

Entah kenapa aku terasa seperti diperhatikan. Tidak berani aku ingin melihat sekeliling. Aku memusatkan pandangan ke arah dapur yang gelap itu sahaja. Walaupun sebenarnya keberanian aku sudah nyawa-nyawa ikan kerana bunyi guruh di luar, aku tetap juga gagahkan diri demi melepaskan hajat yang kecil.

Suis lampu di bahagian tepi aku tekan. Terang benderang dapur itu disirami cahaya putih. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke dalam bilik air. Setelah semuanya selesai, aku mencapai gelas bersih yang berada di atas rak besi lalu menuju ke sinki untuk membilas sedikit gelas itu.

Sedang aku membilas gelas itu, sekali lagi aku terasa seperti diperhatikan daripada belakang. Meremang bulu romaku ketika itu. Ingin menoleh sungguh aku tidak berani. Di dalam fikiran aku sudah terbayang imej-imej yang hodoh serta menakutkan.

Sebagai contoh : Kelibat putih yang sedang berdiri dengan rambut yang berjuntai ke hadapan. Matanya yang merah menyala sedang memandang ke arah aku dengan penuh kebencian.

Atau.

Lembaga yang sedang meniarap seperti Ju'on. Dengan badannya yang lebam serta kukunya yang runcing mencengkam lantai. Lalu apabila dia bergerak, badannya berbunyi-bunyi seakan tulang patah.

Atau.

Ada seorang lelaki psycho yang mendiami kawasan ini sedang mencari mangsa untuk di bunuh. Di tangan nya terdapat sebilah pisau yang sudah berlumuran darah.

'Ahh dammit! dammit! Inilah masalahnya kalau dah banyak sangat baca novel seram.' Aku membentak sendiri di dalam hati. Dalam pada aku berkira-kira hendak melakukan langkah seterusnya, telinga aku menangkap bunyi derapan kaki. Langkah itu semakin menghampiri aku.

Ada bunyi langkah kaki maknanya bayangan pertama dan kedua sudah semestinya bukan. Maknanya bayangan ketiga!
Menggeletar kaki aku ketika itu. Nak terkencing tadi dah kencing. Aku memejamkan mata rapat. Dalam hati aku sudah berpuluh-puluh kali membaca ayat qursi.

"Lia.." Suara garau memanggil nama aku. Aku mengetap gigi kuat.

"Uit." Terasa bahuku dicuit, aku pantas membuka mata. Apabila aku menoleh ke sisi sebelah kanan, Muqris sedang berdiri melihat aku dengan muka berkerut.

"Awak buat apa kat sini? Mengigau ke apa?" Soal Muqris kehairanan. Aku hanya tersengih menayangkan gigi.

"Orang tanya dia boleh sengih pulak gemok ni." Terus mati senyumanku apabila mendengar perkataan gemok itu. Ammar tak pernah panggil aku gemok. Aku menarik muka masam dan terus mengisi air kosong di dalam gelas. Muqris juga turut membuat perkara yang sama.

Selesai sahaja minum, aku terus membilas gelas dan ingin cepat-cepat beredar dari situ. Belum sempat aku melangkah, Muqris sudah menarik lengan aku. Aku menoleh ke belakang melihat dia. Muqris terus melekapkan badannya di belakangku.

"Muqris! Apa ni.. lepaslah!" Kataku tegas tetapi perlahan kerana tidak mahu mengejutkan semua orang. Muqris pula semakin mengetatkan pelukannya di pinggang aku. Setiap cubitan aku pada lengannya langsung tidak diendahkan. Malah dia mengunci kedua tanganku di bawah tangan nya.

"Saya rindu awak sangat." Katanya perlahan di telingaku. Cuping telingaku dicium sedikit sebelum digigit halus. Aku memejamkan mata kuat kerana tidak rela diperlakukan seperti ini.

"Lepaslah!" Bentakku lagi.

"Relax lah.. semua orang tengah tidur kan? Kalau awak bising nanti habis semua orang bangun. Yang bawah ni dah bangun dulu dah." Muqris menolak-nolak pinggulnya rapat ke punggungku.

"Biadap!" Menggigil badan aku kerana menahan amarah. Aku pantas memijak kaki nya. Muqris mengaduh kesakitan lalu melepaskan pelukannya. Matanya tajam memandang aku. Aku pantas berlari memasuki bilik dan mengunci pintu itu. Air mata aku mengalir perlahan di pipi. Aku pantas menyeka air mata yang jatuh berderaian dan kembali baring di atas katil.

Sampai hati Muqris buat aku begini. Dia jadikan aku sebagai pemuas nafsu nya sahaja. Bila rindu, dia cari. Bila bosan, dia tinggal. Ah, biadap sungguh!

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now