"Wahh pasangan kekasih sedang bermadu kasih." Kata Muqris seakan memerli. Aku menjelingnya geram. Ammar lalu menghulurkan air mineral kepada Muqris.

"Saya ingatkan tu air awak?" Soalku perlahan kepada Ammar. Yelah, dia beli dua je air mineral tu. So mestilah aku satu, dia satu. Kan? Ammar pula hanya tersenyum sebelum meneguk redbull di tangan.

"Kita share, boleh?" Mata Ammar tertancap pada air mineral yang berada di tanganku. Aku mengangkat botol itu pada paras muka.

"Tapi dah tinggal separuh.." Sengaja aku mencebikkan bibir. Ammar tergelak kecil.

Tukk! Tukk!

Cermin tingkap kereta diketuk daripada luar. Ammar pantas menoleh kebelakang. Kawannya menunjukkan jam di tangan dan memberi isyarat supaya bergerak meneruskan perjalanan. Ammar memberi respon dengan menaikkan ibu jarinya.

Setelah itu, coklat Cardbury di dalam plastik di capai dan dibuka suku pembalutnya. Aku hanya memerhatikannya sahaja. Ingin sahaja aku berkata, 'Ammar, saya nak coklat tu please! Craving ni.'

Tetapi belum sempat kata-kata itu keluar, Ammar terlebih dahulu menghulurkan coklat itu kepada aku. Seperti tadi, aku hanya mengambil dan memegangnya tanpa ada niat untuk menjamah walaupun sebenarnya ada sedikit rasa ingin menjilat coklat itu.

"Makan lah, saya beli untuk awak." Kata Ammar lalu memasukkan gear supaya keretanya bergerak. Mujur saja kereta automatik jadi tidak terlalu penat ingin memandu.

"Seriously?" Soalku teruja. Aku menggigit hujung coklat itu. Ahh nikmat coklat yang tidak terkata apabila coklat itu cair memasuki rongga tekak. Gigitan seterusnya bersama kacang hazelnut yang rangup. Pergh. Hanya kerana sebuku coklat, aku semakin sayang kepada Ammar. Oh, kantoi pula sayang.

----------------------------

Tanah Rata, Cameron Highland

Sampai sahaja di Tanah Rata, Cameron Highland, aku menghirup perlahan udara segar dan sejuk itu. Ammar pula sedang mengambil barang di bonet belakang. Tertutup sahaja bonet itu, aku melihat Ammar menyarungkan sebuah beg galas di belakang badannya begitu juga yang lain. Ada juga yang membawa beg kecil sahaja.

Diorang memang dah rancang nak tidur satu malam dekat sini ke apa?

Ammar berdiri di hadapan aku sambil membetulkan rambutnya di cermin kereta yang berada di belakangku. Terasa kehangatan badannya kerana kami terlalu rapat. Sedikit sahaja lagi jika dia bergerak ke hadapan, pasti dada bidangnya menjadi milik aku. Eh?

"Sejuk tak?" Ammar menyoal setelah merapikan rambut perang nya itu. Mata birunya menikam mataku. Namun, cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Terasa debarnya didadaku apabila dia melihat begitu.

 Terasa debarnya didadaku apabila dia melihat begitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sikit lah." Jawabku jujur. Setelah itu aku mengekorinya untuk berjumpa dengan rakan yang lain. Aku melemparkan senyuman kepada kenalan perempuan yang sempat aku kenali di RNR Tapah ketika makan tengahari di sana.

Amirah, Salina, Nani dan Kyla membalas senyumanku. Kyla menarik tanganku supaya dapat berborak sekali bersama mereka.

"Lia, you tak sejuk ke? I tengok baju you nipis tau.. You tak bawa baju sejuk ke?" Soal Salina ramah. Aku mengangguk sedikit sebelum menjawab pertanyaan nya.

"Sejuk juga lah.. sejuk sikit. I tak bawa pun baju sejuk atau lebih tepat lagi, I tak bawa sehelai baju pun." Aku tersengih sedikit.

"Lah.. why??" Salina menyoal hairan begitu juga dengan yang lain memandang aku seperti inginkan jawapan.

"Sebab Lia tak tahu pun I nak bawa dia datang sini.. so nanti sebagai tanda maaf, I akan bawa dia pergi beli baju khas daripada Cameron Highland." Ammar yang muncul dari ceruk mana tiba-tiba mencelah sambil meletakkan jacket hitam nya di atas bahuku. Serta-merta kehangatan jacket itu menyelubungi tubuhku.

"Aww so sweet.." Hampir serentak mereka menyebutnya. Rasa berbahang muka aku menahan malu.

"I dengan Jack nak pergi sewa rumah dulu.. nanti kalau dah settle, kitorang panggil." Ammar terus berjalan mendapatkan Jack yang telah jalan terlebih dahulu. Aku melihat Ammar menggosok kecil lengan nya yang terdedah itu.

"Ammar tu sweet lah.. untung you tau." Amirah yang senyap sedari tadi mula bersuara. Aku hanya tersenyum tidak tahu mahu menjawab apa. Jacket yang berada di atas bahu aku sarungkan kemas di badan. Tapak tangan aku selukkan ke dalam poket.

"Yeap.. untung dapat berkawan dengan dia." Jawabku mendatar.

"You guys couple kan?" Soal Nani pula.

"Eh no lah.. kitorang kawan je." Aku cuba menafikan kenyataan itu. Tapi betul lah, aku cuma anggap dia sebagai kawan walaupum sebenarnya hati aku sudah mula terusik dengan layanan dia terhadap aku. Ah perempuan.. biasa lah tu kalau cepat terusik.

"Seriously kawan? Wah.. ada can lah I macam ni." Salina mula mengusik. Amirah mencuit lengannya perlahan.

"Apa yang ada can nya? Tu Amri nak campak mana? Bagi I eah." Giliran Amirah pula mengusik Salina. Terus berubah muka Salina apabila diusik begitu.

"Eh! You ada hati dekat Amri eah? Habistu Hisyam tu you nak campak mana pula?"

"Campak ke hati I lah." Jawab Amirah dengan suara yang dilunakkan cuba membuat pick up line lapuk. Kami yang berada disitu sudah membuat muka kegelian lalu tertawa senang.

"Guys!" Jack sudah menjerit daripada jauh sambil melambai-lambaikan tangan nya tanda semuanya sudah selesai. Kami terus berjalan seiringan bersama beberapa lelaki yang lain.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now