Button di bahagian tepi handfone aku turunkan ke bawah untuk mengaktifkan mood silent.

3 new message from Whatsapp

Ammar: Hello Sweetie.

Ammar: How are u today my dear :)

Ammar: Awak tengah buat apa tu?

aku: Hello Ammar Izham. I'm fine... Takde buat apa pun. Why?

Ammar: Hahahaha my full name.

Ammar: Yeke tak buat apa tu? Nak kacau boleh?

aku: Emm tengah busy ni.

Ammar: Busy buat apa?

aku: Saya dekat library Negara.. tengah membaca and  I'm so busy.

Ammar: Alone?

aku: Yeap alone :)

Ammar: Nak teman boleh?

Aku mengeluh perlahan.

aku: Kalau awak boleh sampai ke sini, meh lah apa salahnya.

Ammar: Okay.. Be right there in a few minutes.

'Ammar...Ammar... mengarut je.'

Aku menggeleng kecil. Chat Ammar aku biarkan tidak berbalas.

----------------------

Karmila dan Jainab tergamam di muka pintu apabila melihat Arif mengamuk, menjerit-jerit sambil memecahkan pasu-pasu bunga ros. Rumah kaca itu bersepah. Bunga-bunga ros yang mekar kembang habis berselerak.

Kemudian Arif menghampiri Ungu Karmila. Mukanya tegang membengis. Nafasnya turun naik dengan cepat sekali. Arif berteriak. Memegang pasu Ungu Karmila dan mengangkatnya sampai melepasi paras kepala. Dia mahu merosakkan tanaman bunga-bunga ros di situ. Namun, belum sempat Arif berbuat demikian, Karmila terlebih dahulu menjerit nyaring.

"Jangan bang!" Karmila berlari menghampiri suaminya. Jainab mengekori. Dia bimbang nyonyanya itu diapa-apakan. Arif sudah kelihatan tidak siuman.

Psstt

"Bunga ini hantu!" pekik Arif.

"Bunga ini hasil usaha abang selama ini." Karmila merayu agar suaminya tidak meneruskan hajatnya itu.

Psstt

"Aku dah tak tahan lagi!" Arif histeria. Karmila tidak menunggu lama. Suaminya dihampiri berhati-hati agar tidak memusnahkan bunga Ungu Karmila.

"Bu Jainab!"

[Petikan diambil daripada Ungu Karmila oleh Ramlee Awang Murshid]

Psstt

"Ish apa benda lah dari tadi psstt psstt." Aku mengomel perlahan lalu mengalihkan novel itu daripada muka aku.

Sofa yang bertentangan dengan aku kini sudah diduduki oleh seorang lelaki yang aku tidak kenali.

Aku melihat sekilas lelaki itu. Sebahagian daripada muka nya dilindungi dengan topi. Telinga nya disumbatkan earphone.
Setelah aku amati betu-betul, aku mengambil keputusan bahawa aku akan mengabaikannya sahaja.

Mungkin dia sedang miming lagu yang sedang bermain di gegendang telinganya.
Aku melihat semula novel yang berada di tangan. Aku menyambung pembacaan yang tergantung sebentar tadi.

Psst Psst

"Ehem, awak"

"Awak yang tengah baca novel tu"

"Awak yang duduk depan saya"

Psst

"Ungu Karmila"

Aku mengalihkan novel itu kasar.
Lelaki di hadapan aku kini sudah tersenyum sedikit.

 Lelaki di hadapan aku kini sudah tersenyum sedikit

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.


'Macam kenal' getus hatiku.

"Err awak panggil saya ke?" Tiada sahutan. Hanya senyuman yang meniti dibibirnya.

"Excuse me sir?"

Lelaki itu menaikkan topi nya ke atas. Aku terkesima melihat permandangan ini.

MasyaAllah indahnya.

"Ammar!" Aku menjerit kecil lalu menekup mulut seakan tidak percaya. Jantung aku mula berdetak laju.

'Chill Lia. Please control yourself'

"Hey sweetie." Ammar menggerakkan badannya ke hadapan.

"Hey awak buat apa dekat sini?" Soalku.

"Temankan awak?"

"Hahh so funny Ammar." Aku menutup muka ku dengan novel. Bukan baca pun. Buat cover blushing.

"Hahah betul lah.." Ammar menarik buku itu daripada mukaku. Kini dia sudah berdiri dihadapan aku.

Aku menolak Ammar ke tepi. Dia langsung duduk di bahagian tepi sofa.

"Dah makan?" Soal Ammar.

"Emm nope. Tunggu Ammar belanja." Aku menayangkan sebaris gigi. Ammar lantas mencuit hidung aku. Aku tergamam.

"Kemas lah barang. Jom kita pergi makan." Kata Ammar lalu mengibas baju nya perlahan. Kolar kemeja nya diperbetulkan sedikit. Aku hanya memerhatikan dia tidak berkelip.

"So.. awak nak makan ke atau nak pandang saya je?" Soal Ammar lalu tersengih.

"Ehem emm mana ada saya pandang awak. Perasan!" Aku mula mengemas barang yang berada di atas meja dan kami mula bergerak keluar daripada perpustakaan itu.


Okay siapa dah atau pernah baca Ungu Karmila? Angkat tangannnn hehehe kita geng! Cerita ni best untuk pembaca yang suka cerita jenis trill dan mahukan kelainan. I don't know.. I just love Ramlee Awang Murshid. I mean, dia punya karya.

Rindu Dendam [Completed]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon