Last Chapter

37.4K 1.2K 131
                                    

"Pompuan tak guna!!!" jerit Dania seraya menerkam kearahku. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya... pisau?! Tengku Ain dan Tengku Sulaiman terlopong, tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Tengku Airil mulai berang. Pompuan tu memang gila! Sebelum sempat Dania melibas pisau itu di perutku. Aku menahan tangannya. Pompuan ni memang dah buatkan kesabaran aku lenyap!
"Mati kau, mati!" Dania menekan pisau itu untuk menerobos kedalam perutku.
"Kau la pergi mati!" jeritku seraya menghentak kepalaku dikepalanya. Dia mengerang kuat. Jangan risau, kepala aku lebih keras haha... kan aku kata aku ada black belt! Aku memegang kedua-dua lengan Dania dan menendang perutnya. Dania tersungkur betul-betul disebelah katil Airil. Semua yang ada disitu ternganga melihat tingkahku yang agak... suka dipercayai. Dania terbatuk-batuk. Dia bangun walaupun sangat susah. Aku pelik melihatnya masih tersenyum seperti orang gila.
"Haha... kalau aku tak dapat Airil, Tiada sesiapa pun yang akan dapat!" jeritnya seraya mahu menghunus pisau rambo kearah Airil.
"Abang!" Aku pantas berlari dan memeluk tubuh Airil . Jantung berdegup laju, terasa sesuatu mengalir dibelakangku. Ya Allah... Dania seperti tersedar dari dirasuk syaitan, dia melepaskan pisau ditangannya yang sudah terhunus di belakangku.
"Bu...bukan aku, bukan salah aku!" jeritnya sebelum berlari keluar dari situ. Tengku Ain terkaku melihatku, dia tidak mampu bergerak. Tengku Sulaiman menjerit memanggil doktor. Airil melihat wajahku yang mulai pucat, tubir matanya berair. Aku tersenyum dalam kepayahan, kaki mula terasa longlai.
"Syu... syukur, abang selamat. Abang jangan pergi jauh dari sayang lagi tau. Jangan buat sa... sayang risau lagi..." bisikku pelan, suara tersekat-sekat. Sesekali aku memejamkan mata menahan kesakitan yang semakin mencengkam. Wajah Airil yang risau itu aku pandang lembut. Tanganku yang menggeletar cuba membelai wajah lelaki itu.
"Sayang, bertahan sayang... jangan buat abang macam ni, jangan tinggalkan abang! Doktor!!!" jerit lelaki itu kuat. Dia berusaha bangun. Tangannya langsung tidak lepas dari memegang dan menahan tubuhku dari jatuh. Darah semakin banyak yang keluar. Aku dah tak tahan. Andai aku pergi dulu, semoga Airil akan lebih bahagia... Mataku terpejam rapat, tubuhku melorot jatuh. Pegangan Airil terlepas..
"Syaz!!!"

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?!" soal Airil tersangat risau. Dia meninjau Syaz yang baru dibawa masuk ke wad ICU. Wajah doktor Danial berubah, jadi perempuan tu dah berkahwin? Terlepas peluang aku! Dia mengeluh perlahan...
"Keadaan isteri encik agak kritikal sekarang ni. Tusukan di belakang tubuhnya agak dalam. Dia kehilangan banyak darah" Doktor Danial melihat wajah lelaki dihadapannya itu. Dia sangat risau.
"Boleh saya dermakan darah saya?" soal Airil pantas. Doktor Danial tersenyum.
"Mari ikut saya, kita tengok kesesuaian darah encik dangan isteri encik"

Biiiippppp... bunyi alat bantuan pernafasan yang mendatar itu mengejutkan Airil dari tidurnya. Hanya mimpi? Dia beristighfar. Ya Allah, adakah ini petunjuk darimu? Dia sangat bersyukur kerana dia sudah mengingati banyak perkara. Siapa Syaz padanya... siapa Dania yang sebenarnya...dia sudah ingat. Sakit hatinya apabila teringatkan apa yang Dania telah lakukan kepadanya serta Syaz, perempuan yang dikahwininya tahun lepas. Airil sudah menyuruh Mat serta gengnya mencari perempuan itu sehingga dapat dan hantarkan kebalai. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menyuruh perempuan itu dirogol, diseksa, dibunuh dan dibuang kelaut tetapi... Dia tidak mahu terlibat dengan dosa lagi. Mungkin ini balasan tuhan kepadanya... Tiba-tiba, tangan Syaz yang berada didalam genggamannya bergerak-gerak.
"Sayang?" panggil lelaki itu. Perlahan dan sayu... Aku membuka mata lambat-lambat. Wajah Airil yang ceria itu dipandang. Dia tersenyum.
"Abang?"
"Alhamdulillah ya Allah! Syaz, dah sedar?! Ya Allah, sayang... abang dah ingat siapa diri abang dan Syaz! Abang cintakan sayang, I love you so much honey! Jangan tinggalkan abang lagi sayang. Maafkan semua kesalahan abang sepanjang abang lost memory, dan tentang hadiah rantai silver yang abang berikan kepada Dania tu, maafkan abang..." Airil mencium tanganku bertalu-talu. Terasa basah. Airil menangis? Aku mengelap air matanya. Perlahan-lahan aku mengeluarkan rantai tersebut dari poket bajuku. Airil terkejut.
"Rantai ni? Hehe... Syaz tarik masa tengah lawan dengan dia. Mana boleh dia dapat hadiah Syaz...Abang, dah lama Syaz maafkan abang. Abang janganla risau... Syaz pun cintakan abang. Dah, janganla nangis lagi" pujukku seraya ketawa pelan. Air mataku juga membasahi pipi. Airil mengelap air mataku sambil ketawa.
"Sayang pun nangis" Aku tersenyum melihatnya.
"Abang, kita mulakan hidup baru?"
"Kita lupakan yang pahit ye sayang?"
"Hmm!" Terasa aura kebahagian mula menyelubungi kami berdua. Alhamdulillah, semuanya kembali seperti sedia kala... Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat, aminn...

-Tamat-


(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now