Chapter 10

24K 935 5
                                    

Setelah bersiap sedia. 12 buah kereta sport milik konco-konco Tengku Airil mengaum di jalan raya. Lagak mereka seperti mahu berlumba haram. Tidak mahu bertanya lanjut pada ketua mereka kerana riak Tengku Airil menakutkan malam itu. Dia memang ambil serius tentang perkara ini. Mat hanya menelan liur pekatnya, terasa ada aura jahat di seat belakang. Tetapi dia perlu berlagak cool, barulah gangster namanya.
"Mat!" panggil Tengku Airil geram.
"Y...ya bos!" Mat melihat bosnya melalui cermin pandang belakang.
"Boleh tak kau cepat sikit?! Haram punya lembab! Siput sebelah kereta aku ni lagi lajulah!" Tengku Airil mendengus keras.
"Nak buat canne bos... traffic jamed" balas Mat selamba. Tengku Airil menyiku kepala Mat. Mat mengaduh sakit.
"Woii...sia-sialah gelaran gangster kita, kau potong jelah semua kereta kat depan tu...apa yang bodoh sangat?!" marah lelaki itu hilang sabar. Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Pukul 11 malam pun jamed? Adusss... Mat tersengih.
"Saya lupa kita gangster"bisik anak buahnya itu. Walaupun agak lembab, tapi hanya dia yang Tengku Airil percaya. Mat memusing sterengnya dan memotong ikut kiri. Kesemua anak buahnya dibelakang juga melakukan perkara yang sama. Tengku Airil merenung keluar tingkap kereta. Hatinya sangat risau jika apa-apa berlaku kepada gadis itu. 'Syaz... tunggu aku!'

Kelopak mataku terbuka. Aku memandang sekeliling. Aku... kat mana? macam pelik je tempat ni... Tangan yang terasa kebas cuba aku gerakkan. Jantung berdegup laju, aku terikat! Badanku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri, kepalaku mula berdenyut sakit. Secara refleks mataku terpejam menahan sakit yang semakin mencengkam...mungkin kerana accident tadi. Hanya aku seorang sahaja yang berada disini. Bilik yang bersepah itu aku amati dengan riak risau... Ya Allah, apa lagi dugaan yang Engkau beri kepadaku? Aku tak kuat untuk hadapi kesemuanya serentak! Tubir mataku mula berair... 'Kenapala aku tak mati terus je masa accident tadi?!' bisik hatiku geram. Tiba-tiba aku teringat mak di kampung...aku beristighfar, takkan aku nak tinggalkan mak sendirian? siapa nak jaga dia nanti? Aku mesti keluar dari sini! Mataku meliar mencari kalau ada cara untuk aku lepaskan diri. Macam mana kalau Tengku Airil datang selamatkan aku? Tak mungkin, aku bukan sesiapa pada dia! Aku dah mula bencikan lelaki itu, sanggup dia hina dan pecat aku? Kejamnya dia... Ketika aku bersedih, muncul dua orang lelaki di sebalik pintu bilik. Aku terkejut. Wajah mereka seperti orang Thailand atau Cina. Apa yang mereka nak dari aku?! Wajah mereka menyeringai melihatku atas dan bawah. Jantungku dah macam racing. Langkah mereka semakin mendekati aku. Aku cuba mengundur kebelakang.
"Wow... manyak cantek lu ni, layan la kami sekijap... lu tarak lugi apa-apa woo..." ujar lelaki botak yang sedang memegang pisau rambo. Rakannya hanya ketawa melihat wajahku yang semakin cuak.
"Boss kami suda beri kebenalan sama kami untuk bermain dengan lu sekijap... haha, lu takut ka?" soal kawannya itu sambil mengusap pipiku. Aku menepis keras, peluh mula merenek di dahi. Ya Allah, ya Allah... Bos? Airil ke yang suruh mereka culik aku?! Dadaku berombak kencang, aku benci kau Airil!. Cukuplah sekadar aku disentuh oleh lelaki tak guna tadi. Aku bukan mainan untuk dipermainkan oleh jantan tak berprikemanusiaan macam mereka!
"Jangan sentuh aku!" jeritku terketar-ketar. Mereka ketawa kuat. Lelaki botak itu mula menjalarkan tangannya di lenganku. Rakannya mula menanggalkan tudungku, sengaja mereka melakukannya secara perlahan. Seronok melihat wajahku yang mulai pucat. Air mataku mengalir, traumaku muka hadir. Teringat perkara yang sama... Aku hampir dirogol oleh pakcikku sendiri, mujur ayah sempat menyelamatkanku tapi... hidup ayah sudah berakhir kerana dia ditikam bertubi-tubi oleh abang ayahku sendiri iaitu pakcik! Aku mula teresak-esak. Disebabkan itulah aku membenci lelaki selain ayah! Kenapa nasib aku selalu malang? aku dah letih hidup dibelenggu nasib malang, aku pun mahu bahagia seperti orang lain.... Sekarang tiada sesiapa yang akan selamatkan dirinya lagi...tangisanku mulai tenggelam. Tiba-tiba, bamm!!! pintu dirempuh kuat. Aku tersedar dan terkejut melihat gerangan tersebut . Tengku Airil?! Tidak sampai beberapa saat, dua lelaki tersebut sudah kaku di lantai... Tengku Airil dan lelaki yang aku lihat dirumahnya beberapa hari lepas menerpa kearahku.
"Mat, kau pergi tolong yang lain... dan cari ketua kejadah mereka ni sampai jumpa. Cepat!" arah lelaki itu seraya membuka ikatan di tanganku. Mat mengangguk mengiakan sebelum berlalu mengikut arahanku. Aku bungkam, suasana sepi sekarang... hanya terdengar nafas kami yang lelah. Aku tidak lepas melihat mulutnya yang luka dan wajahnya yang berkeringat. Dia... letih cari aku? Selesai membuka ikatan, dia berbisik dekat denganku.
"I'am so sorry" suara lelaki itu kedengaran bergetar ditelingaku. Dia menyarungkan aku jaket berbulunya. Aku hanya diam tidak membalas, terharu sebenarnya. Tengku Airil membawa aku keluar dari situ tanpa menyentuh tubuhku ,tapi dia tidak berenggang langsung dengan aku! Kami hanya diam selepas itu. Dia malu aku lagi berganda malu! Dari jauh, aku dapat melihat kelibat Mat dan beberapa konconya sedang berlari kearah kami. Disetiap kawasan, aku dapat melihat ramai lelaki yang terdapat tanda tengkorak hitam dilengan mereka sudah kaku tidak bergerak. 'Kiranya mereka semua bukan konco-konco Tengku Airil' fikir hatiku.
"Bos... ketua mereka dah mati kena tikam. Tapi ada beberapa orang dia dah lari" ujar Mat termengah-mengah. Tengku Airil tersenyum sinis. Baru kau tahu siapa geng aku.
"Bagus, malam ni aku belanja korang semua" ujar lelaki itu seraya menepuk bahu Mat. Aku hanya melihat lagak mereka dengan riak tak percaya. Mereka bunuh orang?!
"Cayalah bos!! cantek! bukan senang bos nak belanja ki...Ehemm.." kata-kata Mat berhenti disitu apabila menyedari jelingan maut dari bosnya. Mat membuat tumb up sambil tersengih. Mereka harus meraikan kemenangan geng mereka hari ini. Musuh ketat mereka dah tumpas. Tengku Airil melihat kearahku seraya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Aku terkaku melihatnya. Setelah tersedar, aku melihat kearah lain. Pipiku memerah. Oh, shit! Kenapa dia ni handsome sangat?!

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now