Chapter 15

21.6K 831 10
                                    

Setahun kemudian...

Aku bersiap-siap untuk kerumah mama. Hari ni hari paling gembira bagi aku dan Airil. Macam-macam gambar dia post kat aku time duduk disana. Tapi sebenarnya aku jeles sebab mesti ramai perempuan minat kat suami aku yang hensem tu kan? Haa... yang pasti hari ni dia balik, yeay!! Teringat kata-kata Airil kelmarin masa dia buat video call dengan aku.
"Sayang jangan lupa letak red carpet untuk abang ya? Rindunya kat sayang. Tak sabar nak jumpa sayang esok. Abang ada beli rantai silver untuk sayang, cantik! Kat mama pula abang beli barang seramik, mesti mama suka kan? Eh... lupa pulak, abang kena jumpa papa sekarang. Sayang jaga diri elok-elok tau, jumpa esok. Babai, muah! love you honey"

Dari kelmarin sampai la pagi ni, aku asyik angau pastu senyum je... Serius rindu giler kat dia! Mesti dia on the way nak balik rumah, harap surprise aku menjadi. Aku kena cepat! Mak Senah hanya menggeleng melihat anaknya yang happy tak bertempat tu. Selepas meletakkan beg kedalam kereta, aku memeluk dan mencium tangan mak. Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku tersenyum lebar, mama telefon aku! Pantas aku menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Assalamualaikum mama!"
"Waalaikumussalam... Syaz kena datang cepat! Ai... Airil accident! Dia sedang kritikal sekarang!" suara mama melantun-lantun di fikiranku. Senyumanku mati. Telefon di tangan jatuh kelantai. Airil kemalangan?! Aku berpaut pada tiang rumah untuk menahan tubuh yang terasa longlai. Air mata bergenang, bibirku bergetar. Terasa seperti dunia sudah goyah! Mak Senah menerpa kearahku.
"Syaz, Syaz!"

Aku duduk di kerusi masih menunggu pembedahan Airil dijalankan. Ya Allah, terasa seperti menunggu hukuman tali gantung. Setiap masa aku berdoa agar pembedahan Airil berjaya. Orang yang lalu-lalang mula beransur kurang. Hari pun sudah malam. Tinggal aku, mama dan geng Airil yang masih setia menunggu, papa juga sudah pulang. Kata papa, kemalangan berlaku ketika mereka mahu pulang kerumah. Kereta mereka berada di belakang kereta Mat, waktu itu Airil tidak sempat berhenti ketika sebuah kereta lain memotongnya. Alhamdulillah kecederaan papa tidak teruk. Airil pula... sehingga sekarang masih tiada berita, sudah seminggu dia koma. Seminggu juga aku berulang-alik ke hospital. Dunia yang cerah terasa gelap. Mataku sudah bengkak kerana banyak menangis. Dari jauh, aku melihat mama, Mat dan konco-konco Airil datang membawa makanan kepadaku seperti kebiasaan.
"Sayang, makan ni...mama beli makanan kegemaran Syaz. Syaz makan ya? Tengok muka Syaz, dah tak berseri. Dari pagi tadi Syaz tak makan... mama suapkan ya?" soal Tengku Ain seraya mengusap wajahku yang pucat, aku hanya diam tak berkutik. Mama membuka bekas makanan itu dan menyuapku dengan sudu. Walaupun tak berselera, aku gagahkan jua untuk membuka mulut. 'Kesian mama, terpaksa layan aku yang degil ni...' bisik hatiku sebak. Setelah beberapa sudu, aku menggeleng tidak mahu. Mama mengeluh pelan.
"Mama makan la..." bisikku perlahan. Aku menolak bekas makanan kearahnya. Tengku Ain menutup bekas tersebut.
"Mama dah makan tadi, dah kenyang. Kalau Syaz letih Syaz tidur ya?" Aku hanya tersenyum mengiakan, aku melentokkan kepalaku dibahunya. 'Abang, sihat la semula...' doa hatiku hiba. Tiba-tiba, doktor yang membedah Airil keluar sambil membuang mask mulutnya. Aku dan mama bingkas bangun.
"Hubungan puan dengan Encik Airil?" soal doktor itu, riak wajahnya sedikit serius.
"Kami keluarganya" Mama menjawab bagi pihak kami.
"Baiklah... Encik Airil dah stabil. Alhamdulillah pembedahan juga berjaya. Kami dah berjaya membuang darah beku dikepalanya. Cuma... kemalangan yang berlaku menyebabkan kepala. Jadi kemungkinan, dia akan lost memory untuk jangka masa yang agak lama" Aku tergamam. Hilang ingatan? Airil akan lupakan aku...?!
"M...macam mana nak pulihkan dia semula?"soalku dengan suara bergetar. Ya Allah...
"Pesakit yang mengalami lost memory kebanyakannya pulih semula setelah menjalani terapi. Cik juga boleh kembalikan ingatan pesakit dengan mengingatkannya semula tentang perkara yang terjadi sebelum ni, bimbing pesakit,selalu berinteraksi dengannya dan bantu dia untuk ingat semula"

Aku menggenggam tangan lelaki itu. Sedih melihatnya menanggung kesakitan, perlahan-lahan aku mengusap wajahnya yang pucat tidak berdarah. Malam ini aku menjaga lelaki itu. Aku memaksa mama pulang bersama Mat. Takut kesihatan mama pula yang merosot. Tengku Ain hanya akur. Aku mengeluh perlahan. Tangan, kepala dan kaki lelaki itu berbalut, wayar berselirat...
"Abang sabar ya? semua ni ujian Allah... Abang kena kuat hadapinya, Syaz akan sentiasa menunggu abang... abang jangan risau. Semua rindukan abang, lebih-lebih lagi Syaz... Kalau abang sayang Syaz, abang bangunla cepat. Janganla tidur lama sangat, Syaz..." aku tidak dapat menahan tangisan. Laju air mataku mengalir dipipi. Tangan lelaki itu basah dengan air mataku.
"Syaz rindukan abang, Syaz sayangkan abang... kenapa abang biarkan Syaz sorang-sorang? abang tak sayang Syaz? Abang tak rindu Syaz?" Semua soalanku hanya sepi tiada jawapan. Malam yang hening. Hanya kedengaran aku teresak-esak sendirian disitu, disebelah katil Airil...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now