Chapter 2

27.4K 915 2
                                    

"Okeh! relax Syaz, sekarang kau dah ada di depan pintu bilik mesyuarat. Cuma perlu masuk dan buat muka selamba" bisikku perlahan seraya menarik nafas yang agak semput, penat gila aku lari tadi wei! Perasaan takut aku buang jauh-jauh, mula dengan kaki kanan serta pulas tombol pintu... Bismillahirrahmanirrahim...
"Ehem!"
"Opocot mak kau!" latahku terkejut seraya menendang pintu bilik mesyuarat dihadapanku ini dengan kuat. Fullamak! ramai giler yang mesyuarat hari ni...Semua melihat kearahku yang sedang menutup mulut. Aku memalingkan wajah melihat gerangan yang berdehem tadi. Sekali lagi terpaku 'You just wanna make me cry!...lelaki tadi? what the hills?!' Lelaki itu tersenyum lagi sambil melihat aku, wajahnya sedikit aneh...mungkin sebab aku tengok dia tak lepas kot...
"Ehem!" Aku tersedar lantas melihat kearah bos dihadapanku yang berwajah seperti tempe basi. Aku memberi senyuman sedikit palsu lalu menelan liur yang terasa pahit, pantas aku menunduk dan mencicit masuk kedalam bilik mesyuarat, Seram!
"You're lated" bisik Tengku Sulaiman sambil menjemput anaknya itu masuk. lelaki itu hanya berwajah selamba.
"Okey, this is my son...and as i told you earlier. Dia ialah CEO baru syarikat ini, Tengku Airil Syazwan" ujar Tengku Sulaiman sambil tersenyum. Semua bangun dan menunduk hormat termasuk aku. Dia CEO Syarikat StarHoldings, anak Tengku Sulaiman?! Tengku Airil hanya tersenyum, dia melihat kearah aku seraya mengenyitkan matanya...Perghhhh! dia kenyit mata kat aku la, mungkin bukan kot sebab aku duduk belakang sekali...Ramai lagi pekerja perempuan cantik dan seksi depan aku...tak munkinlah, aku melihat kearah lain seraya duduk kembali. Syaz, kau hanyalah perempuan kampung dan pekerja je ... dia CEO, sedar diri sikit. Aku mengeluh perlahan.

"Wehh...serius aku cakap, CEO baru kita tu hensem giler! Masa mesyuarat tadi dia kenyit mata kat aku!" ujar Salina sambil mengibas- ngibas wajahnya dengan riak teruja. Aku mencebik dari jauh 'Gedik gila, cakap kuat pulak tu!' kutuk hatiku meluat.
"Ishh... takdenyee, tadi dia kenyit kat aku kot...aku siap buat flying kiss lagi, haha. Kalau aku ngorat dia, mesti best kan? dah la hensem, baik, kaya pulak tu!" ujar Sara pula sambil meninjau bilik CEO yang tertutup rapat.
"Sorry sikit! dia tak balas pun flying kiss kau tu. Jangan nak mimpi, dia aku punya!" marah Salina sambil menghentak meja. Aku hanya menggeleng kepala. Tak faham aku mereka ni, entah-entah mamat tu pun dah kahwin, dan dah ada anak sepuluh.
"Apa bising- bising ni?! buat kerja tu cepat!" tegas Tengku Sulaiman yang muncul tiba-tiba.Wajahnya agak bengang, mungkin tension ajarkan anak dia tu kut... Salina dan Sara cepat-cepat menyambung kerja mereka. Aku ketawa mengekek didalam hati ' Padan dengan muka korang! menganggu betul..' bisikku agak lega. Tanganku pantas menaip kembali kerja yang tergendala. Tiba- tiba Tengku Sulaiman menapak kearahku. Aku yang menyedari kehadirannya pantas berdiri.
"Syaz, nanti jangan datang lambat macam tadi lagi. Punctual employee...You know our rules right? you are the best workers among them all, so jangan ulangi lagi kesilapan tu. Hari ni saya maafkan." ujar Tengku Sulaiman sambil tersenyum nipis. Aku mengangguk sambil tersenyum hambar. Aku mengangkat tangan.
" Okey bos...I won't do the same mistake again. Saya minta maaf bos." Aku rasa bersalah sangat...kenapala aku set jam pukul 9? pelik betul...
" All right ... tolong bancuhkan air nescafe untuk anak saya dan coffee untuk saya" arah Tengku Sulaiman seraya berlalu ke pejabatnya. Aku mengangguk sambil tersenyum. 'Fuhh...nasib baik bos aku bertimbang rasa, kalau tak sikit la gaji aku bulan ni' Aku mengemas dahulu meja kerja aku sebelum ke pantry. Tanganku mencapai dua mug... Nescafe 3in1 dan coffee, kalau bos kurang gula...anak dia cenna pulak?
"Bos suruh kau bancuh air ke?" soal Maria yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahku. Aku terkejut, mujur tak terpelanting mug ni...dahla rambut si Maria ni panjang macam, macam...entahla malas nak cakap. Aku hanya mengangguk tanpa melihat kearahnya, tangkas sahaja tanganku membuat kerja.Biasala anak kampung, bab bancuh air ni macam goreng kacang je. Kacang pun susah lagi.
" Favourite anak dia nescafe rupanya, biar aku bancuh untuk anak dia" Maria mencapai mug dan nescafe di tanganku. Dahiku berkerut.Eii... pompuan ni memang sejak lahir lagi penyibuk ke?
"Tapi bos suruh aku buat" ujarku mendatar. Maria melihatku tajam. Pantas aku mengalihkan pandangan...Wowowo...mata dia, macam mata pontianak...seram aku! Ikut suka kau la pontianak...baik aku hantar air ni pada bos.

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now