Chapter 13

23.7K 905 5
                                    

Aku menenyeh mata yang terasa berat. Aku kat mana ni? Bilik yang gelap dan hanya diterangi lampu tidur itu kuamati agak lama. Bilik siapa ni? ruang bilik itu sangat luas, katil besar dan empuk... aku kat rumah Airil?! Aku menepuk dahi, aku lupa kelmarin aku dah kahwin! Aku bangun dari pembaringan dan duduk sambil bersandar di kepala katil. Kenapa aku tak sedar langsung yang aku dah ada kat rumah dia? Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang merayap di pinggangku, secara drastik bulu romaku tegak berdiri. Aku terkaku disitu tetapi tanganku tetap bergerak dan mengalihkan selimut yang menutupi separuh tubuhku. Airil peluk aku?! arghhh! Dadaku berombak kencang, perlahan-lahan aku mengangkat tangannya menggunakan dua tanganku. Aku berhenti apabila dia bergerak-gerak dalam tidurnya. Setelah berjaya, aku turun dari katil itu secara perlahan-lahan. Dan perkara yang tidak diingini berlaku, dia menarik aku dengan kuat. Aku tidak mampu melawan, badan aku melekat kuat dengan tubuhnya. Jantung aku dah racing ni!' Dia ni tidur ke tak?!'bisik hatiku geram. Terdengar dengkuran halusnya. Wajahnya hanya beberapa inci dari wajahku. Tanganku juga yang memisahkan tubuhnya dengan tubuhku. Sekarang ni aku betul-betul rasa nak pengsan! Aku memang tak boleh lari, sia-sia... Wajahnya yang bersih itu aku pandang dengan penuh minat. Kening lebat yang terbentuk cantik dan yang paling aku suka, matanya... bulu matanya yang panjang dan lebat, macam mat saleh pun ada. Bibirnya yang seksi... ehh, apa pulak aku fikir ni! Perlahan-lahan aku tersenyum sendirian. Tipulah kalau aku benci dia, taknak kahwin dengan dia... setiap perempuan mesti nakkan lelaki macam suami aku ni. Cuma akhlak je yang perlu diperbaiki.
"Dah puas tengok muka abang?" soal lelaki itu seraya tersenyum, bahasanya pun sudah bertukar. Aku terkejut, pipiku memerah. Aishh...tak sempat nak cover... Aku memejamkan mata, tidak mahu bercakap dengannya. Masih malu... aku terdengar dia ketawa.
"Diamlah, saya nak tidur"
"Aikk...nak tidur lagi? dah lama sayang tidur tadi tau... Letih abang tunggu sayang jaga, abang sembang dengan cicak kat siling tu aje" bisiknya dekat denganku. Aku tidak dapat menahan senyum. Aku membuka mata melihatnya, mata kami bertembung.
"Siapa suruh awak sembang dengan cicak tu?" soalku geli hati.
"Yelah, dah sayang tidur... Sayang panggil abang" ujarnya tidak lepas melihatku. Aku mencebik. Tak tahu kenapa, sekarang ni aku rasa selesa dalam pelukan dia.
"Gelilah..."
"Kalau taknak sayang, abang...nak panggil apa?" soalnya seraya mengangkat sebelah keningnya. Aku berfikir sejenak.
"Kau, aku?"
"Kita dah suami isteri okay?"
Aku berfikir lagi.
"Lu, gua?"
"Sayang nak kena cium dengan abang ke?" ugut lelaki itu, aku menggeleng laju.
"Mami, daddy?" soal lelaki itu memberi cadangan.
"Taknak ahh....gedik" balasku bersahaja.
"Hmmm...abang, sayang la...sweet jugak" Aku memberi kata putus. Tengku Airil buat muka toya.
"Dari tadi abang dah cakap, cuba panggil abang"
"A..abang" Aku mencuba seraya tersenyum, macam lawak je... Lelaki itu ikut tersenyum.
"Hmmm...baru la best, sayang dan abang...Now for punishment..." Aku mengerutkan dahi, hukuman? untuk apa?
" Punishment... for what?" soalku pelik. Terasa pelukan lelaki itu semakin erat. Aku mula takut. Dia tersenyum jahat.
" Sebab pengsan masa akad tadi, lepas tu abang yang kena angkat sayang naik bilik, abang layan tetamu sorang-sorang dan... abang jugalah yang tukarkan baju pengantin sayang dan sayang kena terima hukumannya" ujar lelaki itu seraya tersengih nakal. Aku tergamam. Dia tu...tukarkan baju aku?! patutla aku pelik bila tengok baju pengantin aku dah hilang. Badan aku pun dah siap dengan baju tidur. Nasib baik baju dan seluar dalam aku tak ditukarnya juga.
"Okay, tapi jangan melebih-lebih" ujarku mengalah. Aku memejamkan mata menunggu hukumannya. Takde apa-apa pun... Tiba-tiba, satu kucupan hinggap dibibirku. Aku terkejut, jantungku mula berirama tak menentu. Mataku terbuka melihatnya yang juga sedang melihat kearahku.Aku hanya membiarkan tingkahnya. Setelah beberapa saat, dia melepaskan ciumannya dan mula menjalarkan tangannya di belakangku. Nafas semakin tidak menentu... Aku teringat sesuatu, dengan pantas aku menahan tangannya. Sebelum lebih teruk, baik aku hentikannya. Lelaki itu melihatku dengan wajah aneh.
"Sayang tak boleh disentuh sekarang" bisikku perlahan ditelinganya. Wajah lelaki itu berubah riak.
"Tapi kita dah sah sayang, kita dah kahwin" lelaki itu bersuara sedikit tak berpuas hati. Walaupun dia jahil tentang agama, tetapi dia ada juga mengikuti kursus kahwin. Semestinya boleh bersentuhan selepas kedua-duanya sah(berkahwin). Aku tersenyum. Kesian suami aku...
"Sayang period abang..." perlahan aku menuturkan kata-kata. Haid aku memang tak menentu, padahal bulan ni aku dah period. Wajah lelaki itu keruh. Dia melepaskan pelukan di tubuhku, matanya memandang kipas siling yang bergerak laju. Aku merangkul lengannya. Alaaa... dah merajuk pulak suami aku ni.
"Abang janganla risau, sayangkan milik abang sepenuhnya... Sayang takkan berpaling dari abang langsung" ujarku cuba memujuknya.
"Janji?" soal lelaki itu seperti kanak-kanak ribena. Aku tersenyum.
"Janji, abang pun kena janji jugak"
"Okay, abang janji akan cuba mencintai, menyayangi dan menjaga sayang seumur hidup abang. Tiada siapa yang akan bertahta di hati abang selain sayang" Tengku Airil mengangkat tangannya seperti berikrar. Air mataku bergenang kerana terharu. Adakah ini takdirku? Aku tersenyum bahagia. Tidur malam itu ialah tidur yang sangat nyenyak bagi aku dan suami kesayangan aku.

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now