Chapter 8

23K 894 1
                                    

Semua pekerja sudah pulang. Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik CEO yang masih terang dengan cahaya lampu. Tengku Airil tak balik lagi? peluang aku! Dengan pantas aku berjalan kearah bilik tersebut. Dengan lafaz bismillah, aku masuk kedalam setelah mengetuk pintu. Aku melihat lelaki itu masih di meja kerjanya, wajahnya masih serius tetapi sudah sedikit tenang berbanding tadi. Perlahan-lahan aku melangkah kearahnya. Jantungku berdetak semakin laju, aku pun tak tahu kenapa. Bila dekat dengan dia, jantung aku macam racing. 'Mungkin dia lelaki kot' bisik hatiku cuba menyedapkan hati.
"Hmm... maaf ganggu. Tolong bagi saya satu peluang untuk explain! Please?" ujarku dengan pantas.
"Tak perlu" balas lelaki itu dingin. Sedikit pun dia tidak teringin untuk melihat wajah gadis 'pelakon' itu.
"Awak tolong la percayakan saya..."
"Siapa kau nak aku percaya? Aku kenal kau ke?" soal lelaki itu tidak berperasaan. Aku terpana. What...? Marahnya dia pada aku... Aku mengeluh perlahan.
"Awak, please... saya perlukan kerja ni, mak saya kat kampung..."
"Ada aku kisah?" soalnya memotong percakapanku lagi. Aku menunduk, sabarlah wahai hati. Aku dah letih menangis...
"Look, Sara dan Salina yang..."
"Kenapa? mereka yang kenakan kau ke? Salah sendiri, menuduh orang pulak.Hei, kalau kau nak buat maksiat pun, aku tak kisah la...but, please...pergi tempat lain, hotel bajet ada. Takkan syarikat aku ni pon kau nak buat maksiat? Kesian Tengku Sulaiman... percayakan pompuan murahan macam kau, dasar pelacur!" bidas lelaki itu. Aku memejamkan mata, sentap! Ya Allah, sampai begini dia menuduh aku? Kelopak mataku mula bergenang, hanya menunggu air mata untuk turun ke pipi. Ya, aku memang perempuan lemah.
"Astaghfirullahal'azim... sampai hati awak tuduh saya macam tu? Demi Allah, saya takkan buat perkara terkutuk macam tu. Saya tahu dosa pahala, mana baik, mana buruk. Walaupun saya miskin... saya tetap cari rezeki yang halal. Baiklah...Kalau awak dah tak percayakan saya, terpulanglah. Saya..."aku menarik nafas, menahan sebak didada. Aku tak kuat! Hati aku sakit sekarang ni. Tengku Airil hanya tersenyum sinis. 'Mantap betul lakonan dia ni' Dia merenung wajah polos gadis dihadapannya itu. Tapi, kenapa hati aku tak senang bila tengok mata dia yang cantik tu, terdapat sinar kesedihan? macam...
"Terima kasih sebab tolong saya hari tu... dan maafkan semua kesalahan saya. Assalamualaikum" tanpa membuang masa, aku terus beredar dari situ setelah mengambil semua barangku diatas meja. Setelah agak jauh dari bilik lelaki itu, air mataku terhambur juga. Aku menekup mulut. Ya Allah... adakah ini takdir yang Engkau tuliskan untuk aku?

Tengku Airil bersiap-siap untuk pulang. Dia melangkah kepintu pejabat, meja Syaz dikerling sekilas. Meja gadis itu sudah kosong, dia baru mengenalinya dua hari yang lalu. Gadis itulah yang membuka sedikit hatinya untuk menerima cinta ketika membalas pandangannya di jalan raya semasa traffic light warna merah, walaupun dia belum kenal siapa gadis itu. Pelik batul, tapi dia gembira apabila bertemu gadis itu di dalam syarikat papanya...fikirnya mungkin dia ialah jodohnya. Tapi... arghhh!!! sial! Betul ke tindakan aku pecat dia? kenapa aku rasa bersalah pulak ni? betul ke kata-kata dia tadi? Aku pun menonong je tuduh dia sebab ikutkan amarah hati aku. Tengku Airil meraup rambut hitamnya kebelakang, wajahnya kusut. Satu sahaja cara untuk memastikan perkara tersebut ialah benar... siasat! Nombor Kak Zar didailnya pantas...tadi dia ada melihat Kak Zarina berada agak lama bersama Syaz di dalam bilik kertas lama itu, mungkin dia tahu sesuatu.
"Assalamualaikum...Kak Zar! kita kena jumpa sekarang, urgent! Okay, Cafe Corner!"

Aku mengesat sisa air mata yang masih ada. Tanganku mencapai telefon di dalam handbag. Jariku pantas mencari-cari nombor rumah. Aku menarik nafas yang tidak teratur sebelum menekan nombor tersebut.
Setelah beberapa saat menunggu jawapan, terdengar suara yang sangat aku rindu.
"Assalamualaikum...mak!" jeritku gembira. Hilang sedikit luka yang berbekas di hati apabila mendengar suara mak.
"Waalaikumussalam w.b.t.Ooo... baru sekarang ingat nak call mak?"
"Alaaa... sorry laa. Syaz sibuk sikit kebelakangan ni. Mak canne? sihat? dah makan?" soalku bertubi-tubi. Ya Allah, rindunya pada mak!
"Alhamdulillah...sihat ni. Dah makan...lauk ikan temenung masak lemak cili api. Syaz sihat? kerja okay?"
"Sihat mak. Alhamdulillah... Esok Syaz balik, mak tunggu tau. Masak lauk febret Syaz, oklah...Syaz memandu ni, nanti Syaz telefon lagi...Babai!" Aku tidak menjawab pertanyaan mak tentang kerja, nantilah aku cakap.
"Ooo...yelah, bawak kereta elok-elok. Assalamualaikum..."
" Waalaikumussalam w.b.t" Aku mengeluh perlahan. Terpaksalah aku cari kerja lain nanti... Aku melihat cermin pandang belakang, dahiku berkerut. Aikk...aku rasa dua kereta tu dari tadi ikut aku. Hatiku mulai risau, aku menambah kelajuan kereta. Dah la malam-malam macam ni, ada orang ikut pulak! Tiba-tiba...sebuah kereta hitam muncul dihadapanku, aku tak sempat nak elak! Ya Allah... adakah ini pengakhiran hidup aku? maafkan Syaz mak... skrett!!! bunyi geseran tayar keretaku yang mulai hilang kawalan sangat bingit dan...semuanya kelam. Prangg!! Mak Senah terkejut beruk, tiba-tiba sahaja gelas ditangannya terlepas. 'Astaghfirullahal'azim... Ya Allah, kenapa hati aku rasa tak sedap ni? lindungilah anakku Ya Allah!'

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now