Chapter 5

24.6K 966 14
                                    

Aku terjaga ketika terdengar suara seseorang. Tanganku memegang kepala yang masih sakit. 'Aku kat mana ni?' soal hatiku sambil melihat kekiri dan kanan. Walaupun agak gelap, aku masih dapat melihat. Bilik besar yang menempatkan pelbagai perabot mewah itu aku pandang dengan reaksi agak terkejut. Tempat ni bukan hospital ...Wajah aku mulai berubah cuak , entah- entah aku kena culik tak? tak mungkinlah... siapalah yang bodoh sangat nak culik aku? haha...hmmm, kelmarin... Tengku Airil ada dengan aku,adehhh... malunya! Haihh...lembab pulak otak aku nak ingat. Nasib baik tudung aku masih terletak elok di kepala. Pantas aku bangkit dari katil queen size yang amat empuk itu , first time aku dapat baring atas katil macam ni... Tiba-tiba, ada sesuatu yang muncul di sebelahku.
"Jembalang!" jeritku terkejut.
"Cik...cik dah bangun?" soal jembalang tersebut. Suis lampu ditekan, seluruh bilik menjadi cerah. Aku terpegun melihat bilik tersebut , cantiknya... jembalang itu ialah seorang maid? Dia masih tersenyum manis melihatku. Aku membalas seadanya...tak sakit mulut ke asyik tersenyum macam tu?
"Err...cik, saya dimana sebenarnya?" soalku separuh berbisik.
"Cik puan sebenarnya berada di rumah Tuan Sulaiman tetapi ini bilik Tuan Airil" balas maid itu masih tersenyum. Aku menggenggam tanganku. Aishh... bos aku tu baik jugak la kiranya? aku ingat pengsan kat situ dia biarkan aje...
" Mana dia Tuan Airil ya?"
" Tuan Airil sedang bermesyuarat dengan konco- konconya" Wajahku berubah aneh , konco- konco? pelik...takkan mesyuarat syarikat dalam rumah dia kot.
"Boleh saya jumpa dia?"
"Tuan Airil tak suka diganggu ketika bermesyuarat, takut dikelar leher si pengganggu" ujar si maid itu masih tersenyum tapi tak semanis tadi. Aku tak faham sebenarnya... hanya mengangguk. Dikelar leher? bilik tahanan ke apa tu? Perempuan ni melawak ngan aku kot...Aku ketawa kecil.
"Cik duduklah di sini dulu, saya ambilkan sarapannya.Jangan keluar dari sini!"Bisik maid itu berbaur ancaman. Aku mengangguk sambil menelan liur. Gadis maid itu berlalu pergi.Aku tak rasa tempat ni selamat! Okay now... aku kena pergi dari sini cepat! Aku mencari kalau ada pintu lain. Hah, itu dia! Pantas aku menuju kepintu dan memulas tombolnya perlahan-lahan. Yeah, jalan keluar! Aku menutup kembali pintu tersebut dan berlari melalui bahagian laluan...macam bilik hotel je, tak macam rumah. Serius besar rumah ni...macam istana.Aku membuka pintu di bilik hujung sekali. What the... masih laluan, gilerr...janganlah aku sesat kat sini! tiba-tiba... sayup- sayup kedengaran suara seperti orang menjerit kesakitan... aku cuba mendengar dengan teliti. 'Ya Allah bunyi apa pulak tu? ' bisik hatiku cemas. Aku meneruskan langkah mencari bunyi tersebut. Suara itu semakin jelas kedengaran.Aku menekap telingaku di pintu-pintu sepanjang laluan tersebut dan di pintu terakhir... Aku melihat di sebalik kaca cermin pintu tersebut. Jantungku berdegup kencang ... adakah itu pembulian atau pembunuhan? atau...penderaan?! Aku tak boleh biarkan macam tu je... mati budak tu nanti! Terdapat dalam 7 atau 8 orang yang sedang memukul seorang lelaki...lelaki tu dah nyawa-nyawa ikan! apa aku nak buat ni?! Tiba- tiba aku terdengar sesuatu, semakin lama semakin dekat...
"Aku nak korang semua cari perempuan tu sampai dapat! kalau tak, mati aku kerjakan!" Wajahku berubah gerun.Perempuan tu aku ke?!jantungku mula berubah irama Oh no... mana aku nak lari?! terpaksalah aku redah je... Aku membuka pintu dihadapanku ini. Semua didalamnya, melihat kearah aku... aku hanya tersenyum takut.
"Em...hai, assalamualaikum... korang buat apa ni? tak baik tau pukul orang...Allah tak suka, astaghfirullahal a'zim tengok tu... dah nak mati lelaki tu. Tak kesian ke? kutla, dia ada anak bini kat rumah... siapa nak jaga?" soalku sambil mendekati lelaki yang sudah nyawa- nyawa ikan itu, kesiannya...teruk diorang kerjakan.Tiba-tiba... Lelaki- lelaki itu ketawa melihatku. Aku membuat muka pelik, aku ada buat lawak ke?
"Cik adik...macam mana boleh sesat ni? tak elok ni...mari dekat abang meh" seorang daripada mereka mendekati aku.Siapa mereka semua ni?! Aku mengundur kebelakang. Shit, apa aku nak buat ni?! Peluh sudah merenek di dahiku... Ya Allah, tolonglah hambamu ini! Tiba-tiba, dengan sekali tendangan di kepala...lelaki dihadapanku itu jatuh, kepalanya mengalir darah pekat. Aku terkejut beruk. Tengku Airil?! atau lebih tepat lagi Tengku Airil versi jahiliah? serius, ternganga aku tengok dia, ke dia ada kembar lain?. Dengan rantai silver, rambut dah macam dilanggar todak, cincin berlambang tengkorak dijari, Memang lain gila penampilan dia kat syarikat . What the hills?! Aku beristighfar. Mungkin ini...nightmare aku kot?
"Woi! kenapa nak matikan keparat ni lama sangat, lembab betul korang ni!" marah Tengku Airil dengan wajah bengis.
"Kami nak bagi dia rasa terseksa dulu bos"
"Tak payah! banyak lagi kerja lain boleh buat " Tengku Airil mencucuh rokok dengan lighternya... dia menghisap rokok tersebut sambil melihat kearahku. Aku masih dengan wajah tak percaya. Tengku Airil duduk dihadapanku.
"Kau dah nampak semuanya, kalau kau tak nak kehilangan kerja dan mak kau selamat kat rumah...don't tell anyone about this" bisik lelaki itu sambil tersenyum. Dia menghembus asap rokok diwajahku sambil ketawa. Aku mengetap bibir...tak guna, dia ugut aku?! Aku nak tahu siapa bos aku ni sebenarnya, tapi...
"B...baiklah,tapi awak kena lepaskan lelaki tu dan bawak dia ke hospital dulu" ujarku sambil menuding kearah lelaki yang hampir mati itu. Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul atau tidak. Tengku Airil diam tak berkutik, dia melihat kearah lelaki yang aku maksudkan. Aku mengangkat sebelah keningku, kenapa? susah sangat ke permintaan aku?
"Mat, kau ikut arahan awek aku ni" ujar lelaki itu dengan suara mendatar. Lelaki yang bernama Mat itu mengikut arahanku dengan teragak-agak. Aku mengeluh lega.N...nanti dulu dia panggil aku apa? awek dia?!
"Bila masa saya..."
"Shh...banyak mulut betul kau ni, ikut aku" marah Tengku Airil seraya bangun. Aku mengikut langkahnya, bulu romaku menegak. Aku tak dapat bayang kalau kata- kata lelaki ni tadi betul, memang nightmare...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now