Chapter 19

22.3K 781 10
                                    

Tengku Dania hanya melihat gadis itu pergi dengan senang hati. Tadi dia terlihat perempuan asing itu dengan seorang doktor. 'Heh, nampak kacak... nampak kaya terus nak pikat, perempuan murahan! Marah konon... Ada hati kacau kekasih aku? Tunggu kau!' bisik hatinya geram, dia cuba merencanakan sesuatu. Tetapi, buat masa ini... dia perlu kepercayaan Airil dahulu. Tengku Airil mengetap giginya. Kenapa aku rasa bersalah pulak dengan perempuan tu? Ahh... lantak dialah! Dia bukan siapa-siapa pun pada aku.
"Sayang, you kenal ke pompuan biadap tu? kakak you?" soal Dania seraya menutup pintu. Dia duduk di kerusi sebelah lelaki itu.
"Entahla... tiba-tiba datang ganggu I"
"Kenapa pintu kunci tadi? korang buat apa? dia buat apa kat you?!" soal Dania mula geram apabila memikirkan apa yang mereka berdua lakukan didalam bilik wad ini tanpa doktor atau nurse. Airil mengeluh perlahan. Suka sangat tanya banyak-banyak, meluat pulak aku...
"You jangan risaula, dia tak buat apa-apa pun kat I. Dari mana ni?" soal lelaki itu mengubah topik. Dania mencebikkan bibirnya.
"I tunggu mama you lama sangat, so I shopping... Eh, apa tu? Cantiknya"
Dania menunjuk kearah meja, terdapat seutas rantai silver yang cantik. Walaupun dia sukakan rantai emas tetapi ukiran rantai silver itu sangat cantik. Dania mencapai rantai itu lalu dipakainya. Airil mengerutkan dahi. Papa cakap aku beli rantai tu di UK tapi tak cakap pulak untuk siapa...
"Untuk you kut..."
"Eh, mestilah. Untuk siapa lagi? I jelah kekasih sehidup semati you kan? Cantiknya" ujar Dania gembira. Setiap masa dia mengingatkan lelaki itu siapa dirinya. Dia tidak mahu kehilangan Airil seperti dulu! Tiba-tiba, Iphone 6 Dania berbunyi nyaring. Dania melihat si pemanggil di skrin Iphone tersebut. Wajahnya berubah riak, Eric! Terus sahaja dia keluar dari wad itu sambil memberi isyarat 'sekejap' pada Airil. Airil mengangguk mengiakan. Dia hanya melihat kelibat kekasihnya itu hilang di sebalik pintu. Hatinya tiba-tiba teringatkan gadis pelik yang mengganggunya tadi. Mana pompuan tu? dah balik ke? Seingatnya, dia memang ada seorang kakak tetapi bekerja diluar negara. Adik perempuan pun tak ada. Tapi, siapa pompuan tu?

"Isk, isk... Tak guna punya pompuan! Bila awak nak ingat saya balik ni? Airil, saya isteri awak. Jangan sentuh pompuan tak cukup kain tu! Wuwuuu..." esakanku semakin menjadi-jadi. Aku menggumpal tisu-tisu yang banyak ditanganku. Hati aku masih sangat sakit sekarang ni! Kalau aku tak kuat, memang dah lama aku biarkan mereka. Tapi sekarang pun aku tinggalkan mereka sebenarnya... Sebab aku memang tak kuat! Bahuku terhinjut-hinjut menahan sedu. Aku melihat wajahku yang sembap di cermin tandas. Air mata yang bercucuran, aku lap dengan tisu yang sudah basah. Budak kecil yang asyik melihat aku menangis mulai mengangis juga apabila melihat aku bercakap seorang diri. Dia berlari keluar mendapatkan ibunya.
"Sampai hati dia buat aku macam ni... dia, jahat! Pompuan tu memang nak fight dengan aku agaknya?!" esakanku mulai berkurangan. 'Aku tak boleh duduk saja, aku kena kuat! Aku tak boleh biar dia rampas suami aku!' bisik hatiku tiba-tiba sahaja bersemangat. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu aku hembus keras. Airil tak salah, pompuan tu yang salah! Entah angin mana yang merasuk jiwa aku supaya kuatkan semangat. Tapi sekarang, aku kena solat. Aku nak mengadu pada Tuhan aku dulu...

Setelah bersolat dan membeli sedikit buah untuk Airil, aku melangkah semula ke wad dimana Airil ditempatkan. 'Harap-harap pompuan tu dah balik' bisik hatiku sendirian. Sesampainya dipintu, aku berhenti. Nafas dihembus perlahan. Sewaktu aku mahu membuka pintu, Dania keluar dari wad. Dia terkejut melihatku.
"What the hell? kau ni siapa? Dari mana kau datang? Kenapa kau nak rampas kekasih aku? Kau dah lama hidup ke?!" jerit Dania marah. Aku hanya buat muka selamba. Oh, yeke kekasih Airil?. Well, aku pulak isteri Airil, dah kahwin pun tahun lepas. Tak salah kalau aku rampas suami aku dari kau rasanya. Memang aku nak cakap tapi takut kecoh pulak. Aku mendekatinya, mataku terpandang rantai silver dileher Dania. Wajahku berubah. Perlahan-lahan tanganku mahu menyentuh rantai tersebut. Rantai ni Airil letak di atas meja, rantai ni hadiah untuk aku... 'Kenapa boleh ada dengan pompuan ni?!' soal hatiku geram. Dania menepis tanganku. Aku tergamam.
"Jangan berani kau sentuh rantai ni! Dan untuk pengetahuan kau, Airil yang beri pada aku sebagai tanda cinta kami. Dan kau hanyalah... perampas!" jerit Dania seraya menolak aku jatuh. Tanganku tercucuk pisau didalam plastik yang aku beli dikedai tadi untuk memotong buah. Aku menyeringai sakit. Dania ketawa kuat.
"Itu hanya sedikit balasan dari aku, jangan ganggu Airil!" ugutnya seraya pergi dari situ. Mulutku beristighfar, cuba menahan kesabaran yang kian menipis. Perlahan-lahan aku bangun. Dahiku berkerut, kaki yang terseliuh aku belek sedikit. Tanganku mulai kebas, luka yang panjang dan agak dalam itu aku lihat dengan wajah risau. Darah mulai keluar dengan banyaknya. Pantas aku mencari tisu didalam poket seluar. Tubir mataku berair, tak tahu kerana sakit dengan luka yang perit atau kerana hadiah yang Airil beri kepada Dania. Dia ada cakap yang dia nak berikan aku rantai sebagai hadiah... Setitik air mataku jatuh. Apabila sehelai tisu tidak mencukupi untuk mengelap darah ditanganku, jantungku mula berdegup laju. Aku melangkah masuk ke dalam seraya meletakkan seplastik buah di atas meja. Airil terkejut melihatku tetapi dia hanya diam. Aneh melihatku yang berjalan sedikit terhincut-hincut. Sedikit pun aku tidak melihat kearahnya. Hatiku terasa ditoreh-toreh dengan pisau apabila mengingatkan kembali kata-kata Dania. Tanpa membuang masa, aku menuju ke dalam tandas dan mengunci pintu. Paip singki dipulas. Secara automatik mataku terpejam apabila air paip itu mengenai luka di tanganku. Aku hanya menahan rasa. Air mata aku biarkan mengalir di pipi tanpa esakan. Aku perlu bertenang...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now