Chapter 6

24K 893 3
                                    

Kelmarin, bos hantar aku balik rumah dengan konco-konco dia. Kononnya cakap nak temankan aku, tapi sebenarnya takut aku hebohkan tentang siapa dia yang sebenarnya. Apa aku kisah? lantak dia la, janji lepas ni aku taknak terlibat dengan dia lagi. Dah la banyak kali kena ugut, nak bunuh aku la...nak bakar rumah aku la... nak bunuh mak aku la...Eiii, berani sangat la tu? Memang tak patut betul ketua gangster jadi CEO, atau lebih tepat lagi bos aku. Aku termenung di atas katil sambil memikirkan sesuatu. Tiba-tiba...
"Alamak!" aku menepuk dahi. Adusss...macam mana aku boleh lupa tentang tu?! Minggu depan aku cuti... pastu kena balik rumah mak! Mak mesti nak tengok menantu terbaik dia punya. 'Aishhh... mana pulak aku nak cari menantu terbaik mak ni?!' jerit hatiku runsing. Aku mengusutkan rambutku. Stress wei!

Aku menapak masuk kedalam pejabat Tengku Airil. Tiada langsung senyuman yang terbit dibibir. Lelaki itu hanya melihatku sambil tersenyum manis. Tanpa memperdulikannya, aku terus duduk di mejaku yang agak cantik sebenarnya. Eiii...aku tak suka! dahla menghadap dia, lepastu duduk satu pejabat dengan dia pulak. Haa... boleh pengsan aku macam ni. Dia ni memang menambahkan lagi kusut kat kepala aku lah! Dah la tengok aku dengan pandangan miang keladi dia tu, seram aku! Aku mengambil fail yang tak siap kelmarin. Satu demi satu helaian aku selak dengan wajah tak percaya. What?! dah siap? siapa yang buatkan?! Tengku Airil ke? Wow... Baik jugak ketua gangster aku ni, ingat tahu bunuh orang je. Aku mencuri melihat wajah lelaki itu yang mula sibuk dengan kerjanya. Haihhh... rupa dah A+... Kerjaya pun dah A+ tapi, perangai C--. Nampak lagi hensem pulak aku tengok dia dari arah sini. Cool, relax, handsome, smart. Aku tersenyum apabila melihat dahinya berkerut, macam comel je. Tiba-tiba... hp aku berbunyi menandakan sms masuk.Hishh... terkejut aku. Dahla tengah skodeng bos ni. Dahiku berkerut, nombor tak diketahui?

Syaz, tolong jangan tengok aku dengan muka macam tu. Tak takut ke kalau aku baham kau dalam pejabat ni? buat kerja tu kalau nak selamat.

Tawaku meledak apabila membaca mesej ringkas dari lelaki itu. Adehh...malu wei, canne dia tahu aku skodeng dia ni?. Haihh...macam budak-budak bos aku ni. Tengku Airil melihatku tajam, aku hanya buat muka selamba. Apa aku nak save nombor ni ye? hmmm... Bos aku? taknaklaa...formal pulak. Ketua gangster? ishh...kalau dia tahu habis aku. Tengku Airil? taknaklah, nanti mak aku kata pakwe aku pulak. Hmm...ha! secret admire, haha. Biorlerr... dia bukan tahu pun, aku menaip nama untuk nombor itu dengan pantas. Tapi, macam mana dia tahu nombor aku pulak? rasanya aku tak pernah beritahu dia pun... Aku berfikir sejenak, lantaklahh...malas nak fikir. Tengku Sulaiman bagi la kot.
" Bos... saya nak jumpa Syaz kejap" ujar Sara yang tiba-tiba sahaja muncul di pintu tanpa memberi salam. Aku dan Tengku Airil secara drastik melihat kearahnya. Sara melihat kearah bosnya itu dengan perasaan berdebar-debar, dia cuba memikat hati lelaki itu dengan pandangan menggoda tetapi hampeh... Tengku Airil hanya berwajah serius, dia mengangguk mengiakan. Aku mendekati Sara dengan wajah aneh. Tak penah-penah minah ni cakap dengan aku...pelik. Sebelum sempat aku menghampirinya, gadis berambut pendek itu terus menarik tanganku keluar. Kasar pulak tu, apa kejadah pompuan ni? aku hanya mengikut dia membawa aku, agak jauh dari pejabat CEO.Aku hanya diam tak berkutik, almaklumlah aku ni pekerja baru. Lagipun pompuan ni tua dua tahun dari aku, kena la hormat sikit kann... Setelah sampai di sebuah bilik yang agak gelap, dia melepaskan tanganku dengan kuat. Sara sengaja mencengkam lengan gadis itu. Konon nak tunjuk garang.Aku mencebik. Hello! aku ada black belt. Ingat aku takut ke? Tiba-tiba, 6 atau 5 orang pekerja atasan menghampiri aku dengan wajah tegang, yang peliknya semua pompuan.
"Hmm... ada apa ya panggil saya?" soalku naif. Tapi memang aku tak tahu langsung kenapa ada mesyuarat tergempar ni...tanpa bos pulak tu.
"Sorry... U tak payah buat suara tak bersalah macam tu bleh?! Geli I dengarlah" bisik Kak Milah dengan nada geram. Setahu aku Kak Milah dan Kak Zar yang selalu baik dengan aku, tapi apasal Kak Milah bersikap macam ni pulak?
"Kau ni memang tak puas hati ke dengan kitaorang? busuk betul hati kau ni. Dahla buat maksiat kat syarikat ni!" Sara memeluk tubuh seraya melihatku atas dan bawah. Bos aku ni buta ke apa ?! pompuan kampung ni dia teringin? aku lagi seksilah!
"Hei, kau tak payah tunjuk baik sangat la dengan tudung kau ni...Kejadah kau datang sini, baru kerja dah jadi PA bos, puihh!" marah Salina sambil menyingkap tudungku. Aku menepis tangannya seraya membetulkan tudungku. Dahiku berkerut. What the hell is going on?! Aku tak paham sepatah haram pon diorang ni dan bila aku buat maksiat? PA?
"Apa ni? saya tak faham la!" Tegasku berang. Sara mengajuk cakapku. Mereka semua mencebik meluat.
" Dahla Tengku Sulaiman pun kau nak kebas, sekarang anak dia pon kau nak jugak?! memang mata duitan kau ni, perempuan kampung! miskin, huh!" Lisa yang hanya mendiamkan diri mula menunjukkan taringnya. Aku tergamam. 'Bila pulak aku kebas bos-bos aku tu?' soal hatiku pelik bercampur sedih dihina sebegitu rupa.
"Aku..." percakapanku terhenti apabila ada seseorang menekup mulutku dari belakang. Umpp...!!! Aku terkejut. Terasa seperti terdapat benda tajam yang mencucuk di lengan ku. Ya allah...!
"Dia kena blah dari sini!" bisik Salina seraya melihat rakannya. Mereka mengangguk.

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now