Chapter 1

45.3K 1.1K 14
                                    

Nama aku Syazliana Humaira a.k.a Syaz. Umur aku jangan risau, masih muda lagi. Tahun ni baru masuk 23 tahun dan masih single. Ya, mak aku yang tercinta dah mula bising sebab aku ni jenis susah sikit tentang lelaki...maksud aku, bakal menantu mak. Aku tak suka dan benci lelaki! Ehem...korang jangan fikir macam-macam pulak, aku ni bukanlah lesbian ke apa... tapi aku ada kisah silam yang memang menyakitkan hati dan ianya disebabkan lelaki .Ha... sebab tu aku malas nak fikir pasal kahwin. Jadi, aku ambil keputusan kerja di Kuala Lumpur, jauh dari kampung aku di Penang. Walaupun sedih giler nak berpisah dengan mak, tapi nak buat macam mana... setiap minggu ade je orang datang nak meminang aku. Fuhh, seram gilerr...so, aku dah buat janji dengan mak aku...
"Mak, syaz janji...balik nanti Syaz akan tunjukkan menantu paling terbaik untuk mak, baik, bijak, dan yang paling penting beriman... mak tunggu je!"
"Orait! mak tunggu, jangan kecewakan mak! kalau tak, mak akan pinangkan Syaz dengan anak Pak Seman tu. Dia memang nak sangat kat Syaz..."ujar Mak Senah dengan wajah serius, tetapi ianya hanyalah gurauan. Dia pun tak mahu menantu sebegitu!
"Eii...taknak ahh! Dahla jiwa kacau, kurus kering macam hisap gam, mulut macam longkang tersumbat!" Seronok betul aku mengutuk budak tu, seronok pulak dia dapat pahala aku.Haihh...
"Astaghfirullahal a'zim...amboiii, seronok betul kutuk orang! anak siapa ni?" marah Mak Senah. Aku ikut beristighfar.
"Hehe...sori-sori, terlepas cakap.Mak jangan risaulah pasal menantu okey? Biar Syaz yang bereskan!"

Aku mengerutkan dahi apabila teringat janji yang aku buat dengan mak. Kalau aku mungkir, memang dosa besar la jawabnya...aku taknak dia kecewa!Haishh...dah 3 minggu lebih aku kerja dan mencari lelaki pilihan. Masih tiada lelaki yang mengikut cita rasa aku. Aku mengusutkan rambutku yang panjang dan lebat. Takkan jodoh aku tak datang lagi kot... Jariku menekan suis lampu tidur, tubuhku sudah letih dan memerlukan rehat untuk bekerja esok. Semoga hari esok ada lah yang terbaik! Aminn...

Kringgg!!! loceng berbunyi nyaring...aku menutup jam loceng itu lalu aku duduk di atas katil. Mata yang berat hendak dibuka, aku tenyeh sambil menguap. Buruk benor gaya aku...kalau orang nampak, jatuh saham wei! Aku melihat jam di dinding. Heh... tak mungkin pukul 9 dah, tak mungkin...aku terdiam seketika, perlahan-lahan aku melihat jam loceng pula, 9 pagi.
"Warghhhh!! tidak! Bila pulak aku set jam pukul 9 ni?! aku dah lewat, aku dah lewat! Ya allah, dahla ada mesyuarat penting hari ni! maafkan saya bos!" jeritku takut. Setelah mandi dan bersiap dengan pantas tahap gaban, aku terus keluar dari rumah sewaku ini. Lantakla tak makan pun, memang dah tak sempat pun! Sanggup roommates aku tak kejutkan aku, kejamnya! Nasibla aku PMS, tak payah solat. Memang terbaik gilerr hari ni...Sorry my precious Myvi, aku akan jadikan kau kereta race lagi hari ini,huhu...

Setelah menghidupkan enjin kereta, Myvi kesayanganku terus memecut ke jalan raya.Tiba-tiba, perkara yang tidak dingini berlaku. Traffic light warna merah! Oh, man!
Nak langgar nanti takut kemalangan pulak, terpaksa la aku tunggu...lambatnya! Secara tak sengaja aku terpandang kereta Porshe merah yang berada di sebelah aku. Aku terpaku. Woahhh! Porsche sebelah aku wei, cun siot! Tak sedar bahawa si empunya kereta itu dari tadi asyik melihat aku. Aku terkedu apabila terpandang wajah owner kereta tersebut, serius! tak berkelip mata aku... pastu, boleh pulak dia senyum manis kat aku?! Masyaa Allah...Manisnya senyuman dia, kalah gula Melaka! Hensemnya dia... tak payah cakaplah! Dahla ada lesung pipit.Kenapa aku rasa dia seorang yang sangat baik, bijak dan beriman? adakah dia jodohku?...pinnn!! Aku terkejut beruk. Mataku melihat kiri dan kanan. 'Eh mana kereta Porsche tu hilang?! alamak, boleh pulak aku berangan lelaki hensem kat tengah jalan raya ni, aishhh... malu siot!' Aku meneruskan perjalanan yang tergendala sebentar tadi. Selepas itu, aku terbayang senyuman lelaki tersebut,bibirku tersenyum sendiri. Rasa seperti semua masalah dah terbang pergi...haha,angau pulak aku ni.

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now