Chapter 9

23.6K 872 2
                                    

Penerangan dari Kak Zar menyentap hatinya, jiwanya mula jadi kacau. Kata- kata Syaz benar belaka! Dia yang bertindak mengikut perasaan. Tengku Airil teringat wajah sedih gadis itu...Arghhh!!! fikirannya kusut.
"Kak Zar...apa saya nak buat? Saya dah pecat dia. Saya tak tahu perkara sebenar" wajah Tengku Airil kelihatan sangat keruh, dia benar-benar menyesal dengan tindakannya memarahi dan menghina Syaz. Mesti gadis itu sangat marah padanya... Tengku Airil mengepal penumbuk. Apa yang mereka tak puas hati dengan Syaz? Tak sangka pulak aku ada pekerja yang busuk hati macam mereka. Siapla korang...
"Relax bro... Aku faham, kira aku... kau suka dia la?" soal Azman, suami Kak Zar a.k.a kawannya sewaktu belajar di UK dulu. Tak sangka pulak isteri dia kerja di syarikat papanya, kecil bumi ni. Zarina tersengih seraya mencubit paha suaminya. Azman mengaduh perlahan. Tengku Airil memandang ke tempat lain seraya menggaru kepala yang tidak gatal. 'Aku dah agak, dia ada perasaan dengan Syaz. Nasib baik budak tu masih single' bisik hati Zarina gembira.
"Takpe... biar ianya menjadi rahsia kita" bisik mereka berdua. Tengku Airil mengetap bibir, kejadah Azman...malu aku!
"Haha... tak sangka aku, ketua gang...!" Tengku Airil menutup mulut Azman seraya menyekeh kepalanya. Eii... budak ni memang nak rasa buku lima aku ni! wajah Kak Zar yang tak faham itu dipandang sekilas seraya tersengih.
"Diam la bodoh!" bisiknya geram. Azman mengangkat tangannya tanda faham.
"Airil, Kak Zar rasa... baik kau cari si Syaz tu dan mintak maaf balik pada dia, suruh dia kerja semula di sini sebelum dia pack barang-barang dia kat rumah sewanya tu."ujar Zarina serius. Tengku Airil mengeluh kasar.
"Itulah yang saya nak buat, tapi... nak ke dia maafkan saya?" soalnya sayu. Tiba-tiba, Iphone 6 lelaki itu berbunyi menandakan mesej masuk. Dahinya berkerut. Nombor tak diketahui? Dia menekan mesej dari nombor tersebut.

Awek kau ada dengan aku!

Wajah Tengku Airil berubah riak. Awek aku... Syaz?!
"Kenapa tu? muka dah macam kena sampuk je" Azman pelik melihat wajah cuak sahabatnya itu.
"Weh, aku balik dulu...ada kerja. Terima kasih atas informasi yang berguna tu Kak Zar" Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke Porsche merahnya sambil mendail nombor yang tidak dikenali itu. Zarina dan Azman hanya melihat tingkah Tengku Airil yang agak aneh . Tengku Airil menelefon semula nombor yang tersebut.
"Hallo boss... waa manyak cantek aa lu call gua, miss someone? hahaha" suara garau persis lelaki tionghua, ketua gangster Black Skull! Dadanya berombak kencang.
"Wei sial! apa masalah kau culik awek aku?! kau nak mampos ?!" jerkah Tengku Airil panasaran.
"Wuwuu...manyak takut aa... Airil, Airil... lu nak tengok awek lu buat kali terakhir ka?" soal lelaki tionghua itu seraya membuat video call. Beberapa orang ahli geng Black Skull sedang berura-ura mahu menyentuh tubuh Syaz yang terikat dan kaku, kepala dan tangannya luka. Tengku Airil mengetap giginya. Darahnya menyirap. Kesian Syaz... semua ni salah aku! aku yang tiba-tiba mengaku Syaz awek aku depan kejadah tu! Kalau aku tak ikut cakap dia untuk lepaskan geng Black Skull hari tu...benda ni takkan terjadi.
"Jangan kau berani sentuh dia, tak guna! apa lagi masalah kau dengan aku?! Dah cukup bagus aku lepaskan orang kau hari tu, daripada aku bunuh lebih ramai lagi anak babi kau yang lemah tu!"
" Gua nak lu datang tempat gua malam ni, ada hal yang belum settle. Kalau tak, bila awek lu sedar... lu tahulah apa yang gua dan olang gua akan buat. Mantap awek lu ini... gua suka, hahaha!" lelaki itu ketawa kuat sebelum mematikan talian. Tengku Airil merengus geram, hatinya membara. Stereng kereta dihentak-hentak kuat. Kali ini baru hatinya teringatkan tuhannya yang satu...'Allah, lindungilah gadis yang baru sahaja mahu bertakhta dihatiku! Andai dia jodoh aku, maka dekatkanlah dia padaku' rintih hatinya. Biarpun dia tahu yang dia ialah orang yang jahat,banyak melakukan dosa, tetapi dia tetap berharap akan kemaafan dari-Nya cuma... hatinya masih belum terbuka dan tiada orang yang membimbingnya. Lelaki itu mendail nombor seseorang.
" Helo, Mat... kau kumpulkan semua orang kita malam ni! siapkan senjata dari bilik kebal. Awek aku dalam bahaya... Geng Black Skull nak main kasar, kita kena datang dengan cari 'baik' ke tempat mereka malam ni" ujarnya serius, wajahnya masih tegang. Memandai sahaja dia mengaku Syaz aweknya.
"Baik bos!" balas Mat pantas. Talian dimatikan.

"Bos, boleh gua try pompuan ni? meleleh air liur gua lihat sama dia."
"Jangan... relax, masih awal. Kalau gua kata boleh, Kolang jamah la ramai-ramai...hahaha!" mereka ketawa berdekah-dekah sebelum meninggalkan gadis yang pengsan itu sendirian. Malam ini mereka akan membalas dendam terhadap musuh ketat mereka. Airil, ketua gangster muda itu belum cukup bijak baginya. Senang betul dia dapat menangkap awek lelaki itu. Tiada pengawasan langsung! kesian, kesian...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now