Chapter 3

24.4K 993 4
                                    

Terhegeh- hegeh si pontianak ni nak masuk dulu dalam bilik CEO tu. Aku hanya mengalah... karang kalau tak bagi, dia rasuk aku pulak. Aku menapak di belakang Maria. Maria mengetuk pintu bilik dengan lembut. Setelah mendapat maklum balas , kami berdua masuk kedalam. Maria asyik tersenyum-senyum memandang Tengku Airil, tetapi wajah Tengku Airil hanyalah seperti tiada perasaan. Aku menapak kearah Tengku Sulaiman sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipiku, kutla dengan cara senyuman aku ni boleh naikkan gaji hehe...
"Your nescafe, handsome" bisik Maria dengan gaya menggoda sambil meletakkan mug tersebut di atas meja. Aku rasa nak muntah hijau je sekarang ni...
"Thanks" ucap mereka berdua. Aku sudah berura-ura mahu keluar, rasa seperti diperhatikan tapi aku malas nak ambil tahu. Selepas meminta diri, aku mahu menapak keluar. Tetapi Maria seperti tiada reaksi yang menunjukkan dia mahu keluar dari situ. Giler betul minah ni... agak-agak la kalau nak ngorat pun, time bos ada la kau nak tunjuk belang. Adusss...
"Try la nescafe I tu..." arah Maria sambil tersenyum manis.
"Oh...okay" ujar Tengku Airil tak senang duduk. Dia mencapai mug tersebut lalu menghirup perlahan. Setelah beberapa saat...
'Puhhh!!' Tengku Airil menyerbur. Aku, Tengku Sulaiman dan lebih- lebih lagi tentulah Maria, terkejut siot! Secara drastik aku menyerahkan botol mineral kepadanya. Tengku Airil meneguk dengan rakus.
"Kenapa manis sangat ni?! Wei sial! berapa puluh sudu gula kau letak dalam air tu?! Kau nak bagi aku kencing manis ke?!" jerkah Tengku Airil. Maria menikus, Tengku Sulaiman tepuk dahi. Aku ternganga... What the hills?! Camtu ke perangai dia? aku tak percaya...
"Siapa yang buat air ni?!" keras pertanyaan lelaki itu. Maria terketar-ketar.
"Siapa?!"
"Syazliana Humaira yang buat tuan!" Maria menuding kearah aku sebelum mencicit keluar dari situ.
"What the..." aku tak mampu berkata-kata. Tak guna punya pontianak, kau tuduh aku yang buat?! Syaz... kau kena relax.
"Syazliana Humaira... hmmm...nice name. How long have you been working here Syazliana..."
" B...Bos boleh panggil saya Syaz je.." ujarku menyampuk percakapan lelaki itu. Tengku Airil berdecit. Dia bangun lalu menghampiri gadis manis yang bertudung itu, She is so pretty...
" My name is Tengku Airil Syazwan and my family call me Syaz too. So..."
" Okay... maybe you should call my another name like...Liana or Humaira??" balasku pantas sambil memberi senyuman kurang mesra. Aku lupa pulak nama dia SYAZwan...The same name? Seram!
" Okay Syaz... dah lama kau kerja dengan ayah aku jadi cita rasa aku dan ayah aku tak sama, aku tak suka air yang terlalu manis macam ni. Kenapa? kau tak reti buat air ke? From now... air yang aku nak ialah kurang manis tetapi jangan sampai tawar sangat. Letak air atas meja aku setiap hari and the last... I want you to complete this file... today!" ujar Tengku Airil seraya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Aku terpaku seketika... Lelaki itu menyerahkan aku beberapa fail yang agak aneh... Aku menyambut hulurannya dengan terpaksa. Aku menyelak kertas yang terdapat di dalam fail tersebut dengan wajah tak percaya. What are this shit?!
" B... but i didn't do this job!" tangkasku geram. Lelaki ni memang dah gila! Tengku Airil mempamerkan senyuman jahatnya. Tengku Sulaiman pula sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa...kuasanya pada syarikat ini sudah tiada, dia akan menguruskan syarikatnya di luar negara nanti. Kesian gadis itu...
" She's just a new employee Airil.." ujar Tengku Sulaiman. Kasihan melihat wajah cuak gadis itu.
" Yes, I know. Start from tomorrow... you will sit there, Syaz" Lelaki itu menuding kearah sebuah meja yang cantik di hujung bilik pejabatnya. Aku ternganga... meja tu?!
" And... starting from today, you are my private assistant" tegas Tengku Airil. Seronok dia melihat wajah putih gadis itu bertukar kemerahan kerana marah. Aku tak percaya semua ni...Apa yang dia merepek ni? I'm her private assistant?!
"Ta...Tapi"
"Okay, that's all... you can go, remember what I said" pintas Tengku Airil seraya menghalau gadis itu keluar. 'Aku dah tak tahan...permainan apa yang lelaki ni rancang?' bisik hatiku sebak. Pantas aku menggagahkan diri keluar dari bilik itu. Terdengar sayup-sayup suara Tengku Airil.
" Don't forget the file today!" Bisikku sambil meniru suara lelaki itu. Aku mengurut kepalaku yang berdenyut sakit. Geramnya... Kenapa aku?!

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now